Friday, 30 August 2013

teRiNgAt aKn nAsIhAt..

الأمر إذا ضاق اتسع وإذا اتسع ضاق
al-amru iza daaqa ittasa' wa iza ittasa' daaqa
"urusan apabila sempit akan meluas, dan apabila luas menyempit"
(salah satu kaedah fiqh)

Sungguh. apa yang nampak seperti kesempitan atau musibah
merupakan pintu kecil yang akan membawa kepada jalan panjang
menuju kemenangan.....

Ketahuilah segala keperitan yang dirasai , adalah keluasan untuk
Allah ta'ala menerima do'a-do'a kita...

penulisan ini ana mulakan dengan usul fiqh itu adalah kurangnya kita
dlm mempercayai bahawa Allah itu sentiasa akan membantu hamba2Nya
yang membantu agamaNya.

serigkali kita selalu meminta nasihat yang basah untuk melembutkan hati kita.
Peringatan yang koyak untuk memukul jiwa kita. Tapi kita masih
tidak bergerak, masih banyak memberikan alasan.

Sudah, mahu basah dan koyak macam mana lagi sehingga kita mahu
betul-betul serius dalam tarbiyah dan dakwah ini...??

"Belum tibakah waktunya bagi orang-orang yang beriman, untuk secara
 khusyuk mengingat Allah dan mematuhi kebenaran yang telah diwahyukan
 (kepada mereka) dan janganlah mereka (berlaku) seperti orang-orang
yang telah menerima kitab sebelum itu, kemudian mereka melalui masa
 yang panjang sehingga hati mereka menjadi keras. Dan banyak di antara
 mereka menjadi orang-orang yang fasik."
[al-Hadid, 57:16]

pastinya manusia ni tidak sempurna, pasti ada kekurangan,
kita ni saling perlu-memerlukan, pertamanya dlm memberi nasihat
dan pling penting dlam membantu menyebarkan syiar islam
yang subur..sepertimana dlm kata2 syeikul islam imam hasan albanna..

"Andai diumpama Islam seperti sebuah bangunan usang yang hampir roboh,
 maka aku akan berjalan ke seluruh dunia bagi mencari jiwa-jiwa muda.
Aku tidak ingin mengutip dengan ramainya bilangan mereka. Tetapi aku ingin
hati-hati yang IKHLAS untuk membantu dan bersamaku membina kembali
bangunan usang itu menjadi sebuah bangunan tersergam indah."

>yang penting adalah ikhlas dlm melakukan kerja ni...

akhir sekali ana berpegang pada kata2 saidina abu bakr,

“ Wahai manusia meskipun saya telah dilantik untuk memimpin kamu, tidak
bererti bahawa aku yang terbaik di kalangan kamu semua. Jika kamu melihat
aku berada dalam kebenaran, maka tolonglah aku. Seterusnya beliau berkata jika
kamu melihat aku berada dalam kebatilan maka luruskanlah aku, hormatilah aku
selama aku taat mematuhi perintah Allah. Jika aku menderhaka kepada perintah Allah,
kamu semua tidak perlu lagi mematuhi perintah aku”

No comments:

Post a Comment