Monday, 26 August 2013

SeMaSaM aPpLe SeMaNis KuRma..

lama tidak ku tatapi buku penulisan sheikh Dr. 'Aidh Abdullah Al-Qarni yakni buku La Tahzan

pastinya satu buku yang sarat dengan nasihat yang akan menyebabkan kita berfikir sejenak. lebih2 lagi ia dijadikan rujukan dikala berada dalam kealpaan, kesedihan dan keletihan dalam melaksanakan amanah sebagai HAMBA ALLAH dan KHALIFAH di muka bumi pinjaman ini.

maka penulisan kali ni hanya ingin berkongsi part yang sangat penting yakni musibah dan keimanan yang mana musibah sangat berkait rapat dengan tauhid.

INGATLAH, wahai jiwa, bahawasanya Allah s.w.t. menghibur hamba yang sedang ditimpa bencana dan meringankan kesusahan yang ia hadapi adalah satu dari sekian banyak keimanan. Keimanan itu akan menjadi hiburan kepada hamba dan akan membuatnya merasa ringan tatkala ditimpa musibah dan bencana.

Firman Allah s.w.t. lagi di dalam surah at-Taghabun ayat 11 yang bermaksud;

أَصَابَ مِن مُّصِيبَةٍ إِلَّا بِإِذْنِ ٱللَّهِ وَمَن يُؤْمِنۢ بِٱللَّهِ يَهْدِ قَلْبَهُۥ وَٱللَّهُ بِكُلِّ شَىْءٍ عَلِيمٌ

“Tiada musibat yang menimpa seseorang melainkan dengan izin Allah, dan barang siapa
yang beriman kepada Allah nescaya Allah memberi hidayat kepada hatinya, dan Allah
Maha Mengetahui segala sesuatu.” (At-Taghabun: 11)

Konteks ayat ini adalah seorang hamba yang sedang ditimpa musibah. Ia menyedari bahawa musibah yang menimpanya ini berasal dari Allah s.w.t., bahawa segala yang (menurut ketentuan Allah s.w.t.) tidak akan menimpanya, pasti tidak akan terjadi. Sehingga ia dapat menerima dan pasrah kepada takdir sekalipun menyakitkan dan bencana sebesar apa pun akan tidak bererti di hadapannya kerana keyakinannya bahawa semua itu berasal dari Allah s.w.t. dan itu bererti ia akan mendapat pahala atas kesabarannya.

rujukan bersama:

Dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim Rasulullah
s.a.w. telah bersabda:


"Sungguh aneh kedudukan orang yang beriman. Apa sahaja keputusan yang
telah diputuskan Allah terhadap dirinya adalah menjadi kebajikan belaka. Jika
dilanda kesusahan dia bersabar, maka sikap ini mendatangkan kebaikan
kepadanya. Dan jika dia mendapat kesenangan dia bersyukur, maka sikap ini
juga mendatangkan kebaikan kepadanya. Balasan yang seperti ini tidak boleh
dicapai melainkan oleh orang yang beriman

No comments:

Post a Comment