Thursday, 1 August 2013

KePiMpInAn...jelas MeNaKuTkAn.

penulisan ini adalah buat diri ini serta rakan2 yang menjadi pemimpin...

Mari kita menghayati sabda Rasulullah saw:
عن النبي صلى الله عليه وسلم قال : ” ما من أمير يلي أمر المسلمين ثم لا يجهد لهم وينصح إلا لم يدخل معهم الجنة ” . هذا حديث صحيح أخرجه مسلم عن عقبة بن مكرم .

Maksudnya: Mana-mana pemimpin yang dilantik memimpin urusan umat Islam, kemudian dia tidak bersungguh-sungguh berkhidmat kepada mereka, nescaya dia tidak masuk ke syurga bersama mereka.

aku takut, aku risau, aku sedih...
kerana menjadi seorang pemimpin adalah cukup merisaukan...
jelas beberapa kali sudah aku memikirkan untuk melepaskan semua jawatan yang aku pegang, bukan untuk melepas tangan namun memikirkan tentang keburukan dan padahnya jika tidak diuruskan..
antara kata2 seorang pemikir muslim terkemuka pernah mengatakan:

"Pemimpin bukan seorang yang memimpin dengan perintah-perintahnya, melainkan yang memimpin dengan perbuatannya".

Pemimpin dalam Islam adalah seorang pelayan. Oleh yang demikian, ia bukanlah sebuah kemuliaan melainkan sebuah tugas dan tanggungjawab.
Dalam Al Qur'an Allah swt menggunakan istilah "khalifah", yang ertinya wakil.

Kalau kita renung lebih mendalam, keberatan para Sahabat dahulu untuk menjadi pemimpin, disebabkan kerana mereka mengetahui akibat dan risiko menjadi pemimpin. Mereka mendengar hadits-hadits Nabi saw tentang tanggungjawab pemimpin di dunia dan di akhirat.

"Setiap kamu adalah pemimpin dan setiap pemimpin akan diminta pertanggungjawabannya. Imam (kepala negara) adalah pemimpin dan akan diminta pertanggungjawabannya atas kepimpinannya...".

Dalam hadits yang lain Nabi Muhammad saw meramalkan suasana hiruk pikuk di akhir zaman berkenaan soal kekuasaan dan menjelaskan hakikat dari kekuasaan itu. Baginda bersabda seperti yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah ra:

"Kamu akan berebut untuk mendapatkan kekuasaan. Padahal kekuasaan itu adalah penyesalan di hari Kiamat, nikmat di awal dan pahit di hujung”. (HR Imam Bukhari)

betapa risau jiwa ini bila mendengar akan kata2 ini...

Hadits-hadits yang ada lebih banyak menggambarkan kepahitan menjadi pemimpin berbanding kemanisannya sedangkan mereka adalah generasi yang lebih mengutamakan kesenangan ukhrawi daripada kenikmatan duniawi. Itulah yang dapat ditangkap dari sikap keberatan mereka untuk menjadi pemimpin.

Umar bin Al Khattab pula melahirkan suatu sifat kepimpinan Islam yang sedikit berbeza.
Diriwayatkan bahwa Umar, masih makan roti kering dan memakai baju yang penuh dengan tampalan di saat ia mencapai puncak kekuasaan. Setiap malam Umar akan berkeliling dari rumah ke rumah, membantu orang-orang yang susah. Umar juga sempat membelikan keperluan sehari-hari bagi para janda yang suaminya gugur di medan perang.

Tersebut dalam sebuah kisah bahwa pada suatu malam, Umar berkeliling memeriksa akan keadaan rakyatnya. Dari kejauhan ia ternampak ada sebuah lampu yang menyala. Apabila dia mendekatinya, ternampak seorang ibu sedang memasak dan di sampingnya ada anak-anak kecil yang sedang menangis.
Ketika Umar bertanya, si ibu menjawab :
"Anakku sedang lapar dan aku memasak batu supaya anakku tenang."
Mendengar akan hal itu, Umar terus mengambil bahan makanan dan menggendongnya sendiri dari Baitul Mal di malam itu juga. Bahkan Umar sendiri terus memasaknya untuk keluarga tersebut.

Perhatikan bagaimana Umar menyedari hakikat tanggungjawab kepimpinan. Selain itu, pada suatu hari Umar pernah berkata :
"Jika aku tidur di siang hari, aku telah abaikan rakyatku, dan bila aku tidur di malam hari aku telah abaikan diriku sendiri".

Suatu ungkapan yang seharusnya dijadikan pedoman dan ditulis dengan tinta emas oleh setiap pemimpin.

>aku perlukan sifat seperti Rasulullah untuk aku terus meluncur didalam kehidupan ini...
aku perlukan sifat2 rasulullah dan amirul mukminin sebagai pemimpin di terapkan didalam kehidupan ku...
aku risau jika2 aku gagal menjadi pemimpin...
fikiran ku celaru memikirkannya...

Ya Allah, kami memahami sesungguhnya amanah kepimpinan adalah sesuatu yang cukup berat dan akan ditanya dan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak. Kami memohon kepadaMu agar dikurniakan pemimpin yang benar-benar bertanggungjawab, adil dan sanggup memikul amanah kepimpinan dengan penuh insaf dan waspada.
wa aallahu a'lam...

rujukan bersama...
Imam Syafi’e pernah berwasiat tentang 5 perkara yang mesti ada pada pemimpin yang benar-benar bertaqwa kepada Allah swt dan jujur dalam kepimpinan iaitu
(1) benar dalam percakapan,
(2) menjaga rahsia,
(3) menunaikan segala janji,
(4) sentiasa memberi nasihat kepada kebaikan dan mencegah daripada kemungkaran
(5) menunaikan segala kewajipan yang diamanahkan dengan telus dan jujur.

No comments:

Post a Comment