Friday, 2 August 2013

MasAm=MaSaM mAnIS

sekadar berkongsi kerana tertarik dengan video ini

link penuh

kisah perkahwinan bukanlah seindah umpama kisah novel mahupun filem hindustan. kita terlalu dihidangkan dengan kisah kehidupan selepas bernikah yang mana sisuami sentiasa romantik dan si isteri sentiasa manja. hakikatnya, kita lupa, pasti dalam diri manusia pastinya terdapat kelemahan tidak kisah baik sisuami mahupun siisteri, yang mana pergolakkan rumah tangga pasti berlaku. bak kata p ramlee,sedangkan lagi lidah tergigit, nikan pula rumah tangga.....
>maka kita seharusnya mempelajari dan memahami ilmu dalam menguruskan rumah tangga...
>bak kata ustaz emran, takkan kita nak belajar berenang selepas terjun ke dalam laut, barangkali boleh selamat namun peratusan tuk kegagalan itu lebih daripada kejayaan...
>sekadar nasihat buat diri ini dan kawan2 sekalian......

rujukan bersama,
doa ketika mendapat perkara baru....

Apabila seseorang di antara kamu kawin dengan seorang perempuan atau membeli pembantu, hendaklah mengucapkan:

اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَسْأَلُكَ خَيْرَهَا وَخَيْرَ مَا جَبَلْتَهَا عَلَيْهِ، وَأَعُوْذُ بِكَ مِنْ شَرِّهَا وَشَرِّ مَا جَبَلْتَهَا عَلَيْهِ

Ya Allah! Sesungguhnya aku mohon kepadaMu kebaikan perempuan atau pembantu ini dan apa yang telah Engkau ciptakan dalam wataknya. Dan aku mohon perlindungan kepadaMu dari kejelekan perempuan atau pembantu ini dan apa yang telah Engkau ciptakan dalam wataknya.
HR. Abu Dawud 2/248, Ibnu Majah 1/617 dan lihatlah Shahih Ibnu Majah 1/324.

>inshaALlah boleh juga di 'amalkan ketika membeli barangan-barangan baru, dalam hadis lengkap nabi saw sebut ketika membeli unta letak tangan atas belakang unta dan bacakan doa tersebut.

doa kepada pengantin

بَارَكَ اللهُ لَكَ وَبَارَكَ عَلَيْكَ وَجَمَعَ بَيْكَمُاَ فِيْ خَيْرٍ

Semoga Allah memberi berkah kepadamu dan atasmu serta mengumpulkan kamu berdua (pengantin laki-laki dan perempuan) dalam kebaikan(HR. Penyusun-penyusun kitab Sunan, kecuali An-Nasai dan lihat Shahih At-Tirmidzi 1/316)

No comments:

Post a Comment