Saturday, 3 August 2013

SA'AD BIN ABI WAQQASH

kopi dan pasta dari blog alfikrah...

KISAH SA'AD BIN ABI WAQQASH

Telah mengabarkan kepada kami Muhammad bin Yusuf ia berkata Israil telah mengabarkan kepada kami ia berkata telah mengabarkan kepada kami Simmak dari Mush'ab bin Sa'ad dari ayahnya Sa'ad bin Abi Waqqash ia berkata : "Telah turun empat ayat Al Qur'an yang ditujukan kepadaku – ketika itu ibuku bersumpah akan melakukan mogok makan dan minum hingga aku meninggalkan Muhammad – lalu Allah menurunkan ayat yang pertama : "Dan jika keduanya memaksakan untuk mempersekutukan dengan Aku sesuatu yang tidak ada pengetahuanmu tentang itu maka janganlah kamu mengikuti keduanya dan pergaullah keduanya di dunia dengan baik"(Luqman : 15)

Kemudian dijelaskan ayat-ayat lain yang turunnya kerana Sa'ad bin Abi Waqqash. Hadith ini adalah sebuah hadith yang panjang dan merupakan hadith sahih dari riwayat Muslim(Bab Fadha'il Ash-Sahabah). Al-Bukhari mencantumnya pada bahagian awal kitabnya Adab al-Mufrad pada bab "Berbuat baik kepada orang tua yang musyrik"

Syeikh Muqbil Hadi al-Wad'i mencantumkan riwayat yang panjang ini dalam kitabnya Sahih al-Musnad min Asbabun Nuzul - pada ayat ke-8 surah Al-'Ankabut dan tidak mengulanginya lagi pada surah Luqman ayat 15

Al-Imam Ibnu Kathir(rhm) juga mencantumkan hadith ini dari riwayat at-Tirmidzi secara ringkas ketika mentafsirkan ayat 8 surat Al-'Ankabut (Dan Kami wajibkan manusia(berbuat) kebaikan kepada dua orang ibu bapanya. Dan jika keduanya memaksamu untuk mempersekutukan Aku dengan sesuatu yang tidak ada pengetahuanmu tentang itu, maka janganlah kamu mengikuti keduanya. Hanya kepada-Kulah kembalimu lalu Aku khabarkan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan…surat Al-'Ankabut : 8). Kemudian diakhirnya berkata Ibnu Kathir(rhm) : Hadith ini diriwayatkan pula oleh Imam Muslim, Ahmad, Abu Daud dan An-Nasa'i. Imam Tirmidzi mengatakan bahawa hadith ini hasan sahih.

Al-Imam Ibnu Kathir memaparkan rincian kisah Sa'ad bin Abu Waqqash ini pada surah berikutnya yakni ketika menafsirkan surat Lukman ayat 15.

"Bahawa ia(Sa'ad) adalah seorang yang berbakti kepada ibunya. Ketika ia masuk Islam ibunya berkata kepadanya : "Hai Sa'ad mengapa engkau berubah pendirian? Kamu harus tinggalkan agama barumu itu (Islam) atau aku tidak akan makan dan minum hingga mati maka kamu akan dicela kerana apa yang telah kulakukan itu dan orang-orang akan menyerumu(memanggilmu) dengan panggilan : "Hai pembunuh ibunya". Maka aku menjawab : "Jangan engkau lakukan itu Ibu kerana sesungguhnya aku tidak akan meninggalkan agamaku kerana sesuatu." Maka ibuku tinggal selama sehari semalam tanpa mahu makan dan pada pagi harinya ia kelihatan lemah. Lalu ibuku tinggal sehari semalam lagi tanpa makan, kemudian pada pagi harinya kelihatan bertambah lemah lagi. Dan ibuku tinggal sehari semalam lagi tanpa makan, lalu pada pagi harinya ia kelihatan sangat lemah. Setelah kulihat keadaan demikian, maka aku berkata : "Hai ibu perlu engkau ketahui, demi Allah seandainya engkau mempunyai seratus nyawa lalu satu persatu keluar dari tubuhmu, nescaya aku tidak akan meninggalkan agamaku kerana sesuatu. Dan jika engkau tidak ingin makan, silakan tidak usah makan, dan jika engkau ingin makan silakan makan saja". Akhirnya ibuku mahu makan. (Hadith riwayat at-Thabrani)

Dan kisah rincian inilah yang dimasukkan oleh Syeikh Muhammad 'Ali al-Hasyimi di dalam kitabnya Syakhsiah al-Muslim pada bab 3 –Seorang Muslim dengan kedua orang tuanya.

Adapun Mush'ab bin Umair ternyata kisahnya berbeza sama sekali. Mush'a bin Umair pada asalnya adalah daripada keluarga yang hidupnya senang dan berkecukupan. Kemudian setelah masuk Islam, maka ibunya tidak memberinya makan, kemudian mengusirnya keluar daripada rumah. Dalam kitab Rahiq al-Makhtum li Al-Mubarakfuri pada fasal dakwah secara terang-terangan ada disentuh sekilas berkenaan kisah Mush'ab bin Umair yakni pada bahagian orang-orang yang mendapat tekanan apabila memeluk Islam.

Wallahua'lam.

No comments:

Post a Comment