serius, bukan mudah aku ingin berdepan dengan pelbagai tuduhan,
jujur, bukan mudah tuk aku berkata-kata dalam berkepimpinan terutamanya untuk mengarah.
namun kepimpinan mengajar aku seribu satu perkara,
yang jelas, aku teringat kata-kata sepatutnya kepimpinan yang baik seharusnya
lembaran2 surat cinta Allah kubaca harus ditambah, bukan hanya dijadikan lirikan2 dilidah namun
seharusnya menjadi santapan jiwa, membina iman dan meneguhkan hablun minaallah..
aku melihat sekelilingku,
banyak perkara yang perlu dilakukan,
aku melihat kawan2 ku jelas mencari kebenaran,
jelas! mereka mencari erti kehidupan yang hakiki,
Sayu. Sedih. Terlalu ramai yang inginkan kebaikan.
Wajah suci yang mendambakan sentuhan tarbiyyah.
Namun, kita...Ah.
banyak benda yang perlu aku dambakan dalam merapatkan hubungan ku pada Sang PENCIPTAku,
jelas tanpaNya aku jauh dilubang jahilliyah,
mudah2an aku dapat membaiki kepimpinan ku yang jelas pasti
ada lubang2 permasalahan yang perlu dibaiki kerana itu aku dinamai manusia
yang jelas penuh kejahilan dan kelemahan.
aku mohon maaf atas kesilapan ku,
diatas kepimpinan ku selama ini,
aku mulai faham, kepimpinan yang baik bergantung secara jelas perhubungan kita dengan
SANG PENCIPTA.
KU TUTUPI PENULISANKU KALI INI dengan kata2 sang murabbi
Ustaz Rahmat 'Abdullah RH, sebagai penutup.
“Teruslah bergerak, hingga kelelahan itu lelah mengikutimu.
Teruslah berlari, hingga kebosanan itu bosan mengejarmu.
Teruslah berjalan, hingga keletihan itu letih bersamamu.
Teruslah bertahan, hingga kefuturan itu futur menyertaimu.
Tetaplah berjaga, hingga kelesuan itu lesu menemanimu.”
"Saya tidak berbangga dengan hasil yang bukan saya rencanakan sebagaimana saya tidak menyesal dengan usaha dan rencana yang saya lakukan bersungguh-sungguh walaupun hasilnya gagal."
- Harun Al-Rasyid
"Saya tidak berbangga dengan hasil yang bukan saya rencanakan sebagaimana saya tidak menyesal dengan usaha dan rencana yang saya lakukan bersungguh-sungguh walaupun hasilnya gagal."
- Harun Al-Rasyid
penulisan inspirated by ustaz syaari...
segala teguran sangat dialu-alukan...
segala teguran sangat dialu-alukan...
No comments:
Post a Comment