kopi dan pasta from asyraf farique as peringatan buat diri...
Inilah matlamat perjuangan kita;
Allahu ghayatuna (Allah adalah matlamat kami)
Ar-Rasulu qudwatuna (Rasulullah adalah ikutan kami)
Al-Qur’anu dusturuna (al-Qur’an adalah perlembagaan kami)
Al-jihadu sabeeluna (Jihad adalah jalan juang kami)
Al-mautu fi sabilillah asma amanina (dan mati syahid di jalan Allah adalah cita-cita kami tertinggi!)
Tekanan ujian
Syeikh Fathy Yakan di dalam bukunya “Al-Mutasaqitun ‘Ala Tariq Al-Dakwah” Golongan yang Tercicir di Jalan dakwah menyebut ;
Ujian di dalam kehidupan dakwah atau dalam kehidupan para pendakwah (du’at) adalah besar. Ramai orang yang meninggalkan amal islami ini sesudah mereka menghadapi ujian hidup sdang dahulunya mereka adalah sangat bersemangat.
Walaupun begitu, Al Quran menyatakan bahawa ujian mesti berlaku demi untuk membersihkan barisan saff dan untuk menguji keimanan
“Alif Laam Mimm. Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (saja) mengatakan “kami telah beriman” sedang mereka tidak diuji lagi” (Al Ankabut : 1-2)
Dan firman Nya lagi yang bermaksud
“Dan sesungguhnya Kami benar-benar akan menguji kamu agar kamu mengetahui orang-orang yang berjihad dan bersabar di antara kamu, dan agar kami menyatakan (baik buruknya) keadaanmu ” (Muhammad : 31)
Punca futur !
futur!!!!!!!!!
Futur terjadi apabila salah niat pada awal penggabungan itu. Hakikat sebenar penggabungan itu bukanlah bertujuan sebagai tipu muslihat, ataupun batu loncatan untuk mencapai maksud dan kepentingan peribadi seperti kepetingan politik, pengaruh, bisnes ataupun kepentingan-kepentingan lain.
Syeikh Fathy Yakan menerangkan hal ini dengan panjang lebar dalam bukunya Maza Yakni fi. Intima’ lil Islam (Apa ertinya saya menganut Islam).
Antara kata-kata yang sempat saya petik ialah ;
” Sebenarnya menggabungkan diri dengan harakah Islamiyyah bukan hanya memadai dengan sekadar membuat permohonan menjadi ahli dan mendaftar nama sahaja, bukan juga sekadar berulang alik ke markas-markas gerakan atau kelab-kelabnya dan menghadiri ijtima’-ijtima’ anjuran jamaah semata-mata. Penggabungan itu mestilah membawa pegertian yang lebih jauh dari itu. Pengabungan yang bukan sekadar dalam bentuk dan nilai-nilai tertentu sahaja tetapi ialah penggabungan yang membuktikan kemantapan aqidah dan kekuatan ikatan fikrah dan tanzim “
Penggabungan ini disebut sebagai intima ‘ . Intima’ atau penggabungan ke dalam mana-mana Harakah Islamiah adalah merupakan perkara pokok dan domain bagi memastikan kelangsungan gerakan islam. Intima’ atau penggabungan ini adalah penggabungan seorang akh ke dalam Harakah Islamiah secara aqaidi [ berdiri atas keimanan dan prinsip], bersifat kulliy [total], berciri masiri [ untuk selama-lamanya] yang melibatkan intima’ fikri, intima’ harakiy @ tandhimi dan juga intima’ syuuri.
Konklusi
Di sepanjang jalan dakwah, para pendakwah kepada Allah akan terdedah kepada gertakan, ancaman dan ugutan daripada musuh-musuh Allah. Menyebabkan sesetengah daripada mereka berasa takut lalu menjauhkan diri daripada beramal serta berhenti terus daripada meneruskan perjalanan. Tiada yang berjaya dalam berhadapan dengan dugaan tersebut melainkan mereka yang bersenjatakan iman dan berbekalkan takwa (Syeikh Umar Telmesani)
Justeru, untuk terus tsabat di jalan dakwah ini, seorang akh itu perlu sedar dan faham, hakikat pengabungan dirinya di dalam sesuatu jamaah itu. Kerana itulah yang menjamin kelangsungan dirinya di dalam jalan dakwah ini. Selain bekalan iman dan takwa seperti yang disebutkan di atas.
Dia juga perlu tahan menghadapi ujian, kerana hakikat ujian adalah untuk menapis, siapakah yang benar-benar tulus ikhlas berjuang di jalan dakwah ini.
Kerana matlamat kita bilamana menyertai jalan ini adalah untuk mewaqafkan diri sehidup semati, ketika susah mahupun senang. Bukan juga ketika zaman muda belia kita sahaja, tetapi juga setelah kita berumah tangga dan meningkat dewasa. Marhalah ini tidak akan pernah berhenti. Penggabungan ini bersifat kekal, tidak bercerai mahupun berpisah sehingga diri kita sendiri menemui Ilahi dalam keadaan masih lagi mengabungkan diri dengan Harakah Islamiyah. Mungkin bunyinya agak ekstrim. Tetapi itulah hakikat.
No comments:
Post a Comment