Wednesday, 19 June 2013

KePiMpInAN

kepimpinan adalah tanggungjawab bukanlah keistimewaan...
melihat kepada hukuman diatas penyalahgunaan terhadap tanggungjawab, diri ini sering memikirkan utuk melepaskan semua jawatan yang dipegang kerana rasanya diri ini lemah dan tidak berdaya...

Ingatlah sabda Rasulullulah saw; kepada Abu Dzar ra ketika ia meminta dilantik menjadi pegawai Rasulullulah saw, Rasulullulah saw menepuk bahunya serta bersabda; ‘Hai Abu Dzar kamu seorang yang lemah sedangkan jawatan itu adalah satu amanah (tanggungjawab) yang kelak di hari kiamat menjadi hina dan menyesal kecuali orang yang mengambilnya dengan hak dan menunaikan kewajipannya’.

oleh yang demikian, pertimbanganku sering berbelah bagi apabila teringat kata2 imam hasan albanna, ramai diantara kita hanya tahu menghentam, mencaci tetapi berapa ramai diantara kita berusaha menjernihkan keadaan masyarakat. walaupun aku kerdil, aku punya cita2, aku punya khamasah(semangat) agar masyarakat disekelilingku bertambah baik..aku sendiri pun masih berusaha, aku sendiri pernah berada dlam lubang gelap, aku pernah merasainya tetapi aku benci kembali ke situ...

tapi aku perlukan bantuan, aku tidak mampu bergerak bersendirian, seperti mana kata imam hasan albanna,

"Andai diumpama Islam seperti sebuah bangunan usang yang hampir roboh, maka aku akan berjalan ke seluruh dunia bagi mencari jiwa-jiwa muda. Aku tidak ingin mengutip dengan ramainya bilangan mereka. Tetapi aku ingin hati-hati yang IKHLAS untuk membantu dan bersamaku membina kembali bangunan usang itu menjadi sebuah bangunan tersergam indah."

NASIHAH
dan perkara sering ku tunggu adalah diberi nasihah..kerana apa dikatakan orang yang bijaksana adalah orang yang mampu menerima nasihah...berapa ramai diantara kita mampu menerima nasihah?persoalan ni ku tujukan khas buat insan yang kerdil ini...

“ Wahai manusia meskipun saya telah dilantik untuk memimpin kamu, tidak bererti bahawa aku yang terbaik di kalangan kamu semua. Jika kamu melihat aku berada dalam kebenaran, maka tolonglah aku. Seterusnya beliau berkata jika kamu melihat aku berada dalam kebatilan maka luruskanlah aku, taatilah aku selama aku taat mematuhi perintah Allah. Jika aku menderhaka kepada perintah Allah, kamu semua tidak perlu lagi mematuhi perintah aku”. by saidina abu bakar

yang pasti setiap insan melakukan kesilapan, maka disitulah perlunye nasihah, disitulah perlunya sahabat membantu kita.

INGATLAH

memikirkan ayat ni, jiwaku tenang dalam melakukan tugas harian ku,
الأمر إذا ضاق اتسع وإذا اتسع ضاق
al-amru iza daaqa ittasa' wa iza ittasa' daaqa
"urusan apabila sempit akan meluas, dan apabila luas menyempit"
(salah satu kaedah fiqh)

Sungguh. apa yang nampak seperti kesempitan atau musibah merupakan pintu kecil yang akan membawa kepada jalan panjang menuju kemenangan.....

Ketahuilah segala keperitan yang dirasai , adalah keluasan untuk Allah ta'ala menerima do'a-do'a kita...

nukilan ni buat diriku>sekadar nukilan....

No comments:

Post a Comment