
dan ingatlah, perkara paling penting berkaitan dengan hati kita adalah, hanya kita sahaja yang tahu hubungan kita dengan Allah. baik ke?buruk ke?
teringat kata2 imam ahmad,
apabila-apabila orang berpusu-pusu menolong aku, aku menangis alangkah hinanya aku, jika kamu semua mengetahui dosa dan kesalahan aku, nescaya kalian akan mengambil pasir dan meletakkan atas kepala aku- imam ahmad
dan kata-kata muhammad bin wasid,
من مأثور كلام (ابن مسعود ) رحمه الله يقول:
'لو أن للذنوب رائحة ما جالسني منكم أحد'
antara kata-kata yang masyhur dinisbatkan kepada Ibn Mas'ud ra," sekiranya dosa-dosa itu berbau,tidak akan ada seorang pun dari kalian akan duduk bersamaku"
>wahai jiwa, bersyukurlah Kerana allah menyembuyikan dosa yang engkau lakukan pada malam hari, dan mengampuninya di siang hari dengan taubat dan istighfar mu yang bersungguh.
>apabila aku mendengar kata-kata ini, aku membayangkan tentang diriku yang hina ini. seorang ulamak yang begitu tawaduk, merendah diri tetapi bagaimana dengan kita?bagaimana pula dengan kesalahan kita pada Allah? ayuh muhasabah dan beristighfar sejenak....
dalam keadaan berjerebu ini, aku terfikir, langit yang luas pun boleh berjerebu dengan sangat pantas,
apatah lagi hati kita yg lemah ini,yang sentiasa terbuka pada asap-asap yang sentiasa berlari kegumbiraan sekitar kita..

ingatlah ubat hati antara yang paling mujarab adalah:
1) baca quran dan maknanya
2)solat malam dirikanlah
3)bekawan dengan orang soleh
4)berpuasa
5)berzikir
>maka persoalannya sekarang dalam hati ada taman ke bunga? bagiku carilah apa yang ada dalam hati kalian, kerana kita lebih mengetahui apa yang ada dalam hati kita...
ingatlah janji Allah dalam surah assyams, ayatt 9 dan 10
قَدْ أَفْلَحَ مَنْ زَكَّاها
9. sungguh beruntunglah orang yang telah menyucikannya,
وَ قَدْ خابَ مَنْ دَسَّاها
10. dan sungguh merugilah orang yang mengotorinya
ku akhirinya dengan doa yang barangkali boleh diamalkan dalam kehidupan kita..
Wahai Zat yang yang Penyayang sucikanlah jiwa-jiwa kami....
اللَّهُمَّ طَهِّرْ قَلْبِي مِنَ النِّفَاقِ
Ya Allah sucikanlah hatiku daripada nifaq,
وَعَمَلِي مِنَ الرِّيَاءِ
dan 'amalanku daripada riya',
وَلِسَانِي مِنَ الْكَذِبِ
dan lisanku daripada menipu,
وَعَيْنِي مِنَ الْخِيَانَةِ
dan mataku daripada khianat,
فَإِنَّكَ تَعْلَمُ خَائِنَةَ الأَعْيُنِ
maka sesungguhnya Awak mengetahui mata yang berkhianat,
وَمَا تُخْفِي الصُّدُورُ
dan apa yang saja yang disembunyikan dalam dada....
rujukan bersama:
عن الأصمعى قال : كان أبو بكر إذا مدح قال اللهم أنت أعلم منى بنفسى وأنا أعلم بنفسى منهم اللهم اجعلنى خيرا مما يظنون واغفر لى ما لا يعلمون ولا تؤاخذنى بما يقولون
(البيهقى فى شعب الإيمان)
Abu Bakar apabila dipuji:
Ya Allah, Engkau lebih mengetahui keadaan diriku daripada diriku sendiri dan aku lebih mengetahui keadaan diriku daripada mereka yang memujiku. Ya Allah, jadikanlah diriku lebih baik dari yang mereka sangkakan, ampunilah aku terhadap apa yang mereka tidak ketahui dariku, dan janganlah menyeksaku dengan perkataan mereka.
(Al-Baihaqi dalam Syu'abul Iman)
No comments:
Post a Comment