IBARAH ISRAK DAN MIKRAJ
Al-Imam Bukhari RH(wafat 256H) meriwayatkan dalam shahihnya,
Bab bagaimana difardukan solat pada malam isra’, Kata nabi saw,
فُرِجَ عَنْ سَقْفِ بَيْتِي وَأَنَا بِمَكَّةَ فَنَزَلَ جِبْرِيلُ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَفَرَجَ صَدْرِي ثُمَّ غَسَلَهُ بِمَاءِ زَمْزَمَ ثُمَّ جَاءَ بِطَسْتٍ مِنْ ذَهَبٍ مُمْتَلِئٍ حِكْمَةً وَإِيمَانًا فَأَفْرَغَهُ فِي صَدْرِي ثُمَّ أَطْبَقَهُ
“Atap rumahku dibuka,
saat itu aku berada di Mekah. (Malaikat) Jibrail turun dan membedah dadaku, kemudian
mencucinya dengan air Zam Zam. Kemudian didatangkan sebuah bekas yang dibuat
daripada emas, yang berisi hikmah dan iman, lalu dituang ke dalam dadaku.
Kemudian dadaku ditutup." Kitab
Shahih bukhari,
JELAS . Sebelum rasulullah saw, dibawa oleh malaikat jibril
as menaiki buraq bagi bertemu Allah ‘azzawajalla. Perkara pertama yang
dilakukan sebagai persediaan ialah tazkiyatun nafs (pembersihan jiwa).
Membersihkan jiwa dari segala penyakit
hati,riak,bongkak,ujub,angkuh dan sebaginya lalu diganti dengan hikmah dan iman. Kerana sebentar lagi dirinya
akan bertemu dengn zat yang maha agung. zat yang menguasai segala-galanya. Yang
menghidupkaan dan mematikan.Yang memberi rezeki.
PERSIAPAN UNTUK SOLAT
Teringat dlm posting ophtal, hampir kesemua patient perlu
dititiskan eye drop agar dpt di'dilate'kan mata sebelum nak examine eye dalam
mencari cup disk ratio( subhanaallah begitu sukar tuk ku apreciatenya) dan
sebagainya.hatta dlm melakukan colonoscopy sahaja kita memerlukan persediaan
bowel prep untuk mendapatkan keputusan yng baik. Apalagi untuk bertemu Allah
‘azzawajalla. Sepatutnya lebih dari itu. Wallahu’alam.
DUA PERASAAN HAMBA
KETIKA BERIBADAH
1) khauf(takut) - sungguh takut jika solat yang ditunaikan
itu dicampakkan balik ke atas muka kita( nazubillah min zalik)
2)raja' (mengharap) - meletakkan harapan yang tinggi agar
solat kita tidak sia2 dan diterima Allah
sebahagian dr nota ni kopi dan pasta from my sahabat....
sebahagian dr nota ni kopi dan pasta from my sahabat....
No comments:
Post a Comment