اللّهُمّ إلَيْك أَشْكُو ضَعْفَ قُوّتِي ، وَقِلّةَ حِيلَتِي ، وَهَوَانِي عَلَى النّاسِ
Ya Allah, aku mengadu kepadaMu kelemahan kekuatanku, sedikitnya kemampuanku dan hinanya aku pada pandangan manusia.
kisah ini diambil dari raheeq mahtum:(sekadar refreshment tentang kisah rasulullah di taif)
Rasulullah berada di kalangan penduduk Ta’if selama sepuluh hari, dengan mengajak mereka kepada Islam, tidak ada seorang pembesar pun yang tidak didakwahnya, tetapi sebagai jawapan mereka berkata: Ayuh keluarlah kamu dari bumi ini, seterusnya mereka memprovokasi dan mengapi-apikan golongan-golongan bodoh dan hamba-hamba sahaya mereka, supaya memaki hamun Rasulullah, malah mereka berbaris di sepanjang jalan keluar ke Ta’if, untuk melontar Rasulullah dengan anak-anak batu disertai maki cerca dan sumpah hamun yang tak terperi, hingga pecah dan luka-luka kaki Baginda, darah melumuri kasut Baginda manakala Zaid bin Harithah pula membentengkan badan Rasulullah dengan dirinya hingga luka kepalanya, golongan bodoh ini terus menghentam Rasulullah dengan lontaran anak-anak batu kerikil, hingga terpaksa Rasulullah berlindung di tepi tembok kepunyaan Utbah dan Syaibah dua orang anak lelaki Rabi’ah, tembok berkenaan jaraknya tiga batu dari Ta’if, setelah berlindung di situ barulah budak-budak nakal dan hamba sahaya suruhan kaum di Ta’if reda dan berpatah balik, di situ Rasulullah berteduh di bawah para pokok anggur dan menyandarkan belakangnya ke tembok lalu berdoa kepada Allah dengan doa yang amat terkenal, doa itu membayangkan isi hati Rasulullah yang melimpah dengan dukacita yang amat sangat, dengan apa yang telah dihadapi di Ta’if sana, dan kesal Baginda yang tak terkira kerana tiada siapa pun yang menyahut seruan dakwahnya.
doa- rujuk di rujukan bersama..
sifat Rasulullah juga sentiasa dipenuhi dengan pemaaf walaupun pelbagai dugaan telah baginda hadapi.
ketika dakwahnya ditolak, baginda berdoa kepada Allah supaya mereka diberikan taufik dan hidayah:رب اهد قومي فانهم لا يعلمون
Maksudnya : “ Wahai tuhanku ! Berikanlah hidayah kepada kaumku, kerana sesungguhnya mereka itu tidak mengetahui “.
begitu juga Imam As Syahid Hassan Al-Banna pernah berwasiat :
كونوا مع الناس كالشجر يرمونه بالحجر ويرميهم بالثمر
Maksudnya : “ Jadikan kamu dengan manusia seperti sepohon pokok buah-buahan, mereka melontarkan batu kepadanya, tetapi sebaliknya pokok itu melontarkan buah-buahan kepada manusia “
memetik kata2 mahatma gandhi, aktivis dari india:
ketika mana kamu memaafkan sesiapa yang berbuat jahat kepadamu, (ketahuilah bahawa) sesungguhnya kamu tidak mengubah apa-apa pun yang telah lepas itu, tapi (sebaliknya) kamu (pastinya akan) mengubah (apa yang bakal hadir pada) masa akan datang.
rujukan bersama:
(doa yang penuh rasulullah ketika bersandar di pohon(taif))
اللّهُمّ إلَيْك أَشْكُو ضَعْفَ قُوّتِي ، وَقِلّةَ حِيلَتِي ، وَهَوَانِي عَلَى النّاسِ
Ya Allah, aku mengadu kepadaMu kelemahan kekuatanku, sedikitnya kemampuanku dan hinanya aku pada pandangan manusia.
يَا أَرْحَمَ الرّاحِمِينَ أَنْتَ رَبّ الْمُسْتَضْعَفِينَ وَأَنْتَ رَبّي ، إلَى مَنْ تَكِلُنِي ؟ إلَى بَعِيدٍ يَتَجَهّمُنِي ؟ أَمْ إلَى عَدُوّ مَلّكْتَهُ أَمْرِي ؟ إنْ لَمْ يَكُنْ بِك عَلَيّ غَضَبٌ فَلَا أُبَالِي
Wahai Tuhan Yang Maha Pengasih, Engkaulah Tuhan golongan yang lemah dan Engkau juga Tuhanku. Kepada siapa Engkau serahkan aku ? Kepada orang jauh yang memandangku dengan wajah bengis atau kepada musuh yang menguasai urusanku? Sekiranya Engkau tidak murka kepadaku, aku tidak peduli (apa yang menimpa).
وَلَكِنّ عَافِيَتَك هِيَ أَوْسَعُ لِي ، أَعُوذُ بِنُورِ وَجْهِك الّذِي أَشْرَقَتْ لَهُ الظّلُمَاتُ وَصَلُحَ عَلَيْهِ أَمْرُ الدّنْيَا وَالْآخِرَةِ مِنْ أَنْ تُنْزِلَ بِي غَضَبَك ، أَوْ يَحِلّ عَلَيّ سُخْطُكَ لَك الْعُتْبَى حَتّى تَرْضَى ، وَلَا حَوْلَ وَلَا قُوّةَ إلّا بِك
Namun keselamatan daripadaMu lebih melapangkan aku. Aku berlindung dengan cahaya wajah-Mu yang menyinari kegelapan serta memperelokkan urusan dunia dan akhirat.
Aku berlindung daripada kemarahanMu atau kemurkaanMu terkena kepadaku. Engkau berhak untuk mencela aku sehingga Engkau redha. Tiada kuasa dan tiada kekuatan melainkan dengan-Mu.”
Petikan dari kitab Sirah Nabawiah - Ibnu Hisyam
No comments:
Post a Comment