Tuesday, 18 June 2013

AkU daN tAuBaH????

bismillahirrahmanirrahim..
assalamualaikum, sekadar ingin berkongsi, barangkali ingin memberi semangat pada diri sendiri dan kawan2 sekalian...

kawan2ku sekalian,
sebelum mengorak langkah, segala post2ku di FB mahupun diblog ni hanyalah untuk dimuhasabahkan oleh insan yang menulis, jauh sekali ingin ditujukan mahupun ingin meng'hentam' kawan2 ku yang lain. jika da penulisanku yang kelihatan kasar, mohon teguran antum semua...

kadang2 kita merasakan diri kita ni baik, penuh dengan post2 yang baik di FB,namun itu semua tak menjamin apa2, ianya hanyalah wasilah, namun apa yang penting bagi seorang insan adalah mereka yang benar2 taqwa pada allah.. setiap jiwa, setiap insan, pasti melakukan dosa, tidak kiralah sape kalian, masing2 ada keaiban-keaiban,cuma Allah yang bersifat ghaffur menyembunyikannya

bak kata sahabatku,
Benar kata Habib Umar bin Hafiz hafizahullah.

 كَمْ مِنْ قَرِيبٍ بَعِيدٌ وَكَمْ مِنْ بَعِيدٍ قَرِيبٌ
Berapa ramai mereka yang (nampak seperti) dekat (pada tempat)
tetapi hakikatnya jauh (pada rohani), dan berapa ramai mereka
yang (nampak seperti) jauh tetapi hakikatnya dekat(pada rohani)
>dari blog sekadar catatan..

UJIAN
Allah turunkan ujian pada kita bukan sebab suka-suka atau sebab Dia benci pada kita.
Tapi Dia beri ujian sebab Dia sangat kasih dan sayang pada kita. Supaya apabila kita diuji, kita akan merintih, mengadu padaNya. Dan supaya kita tidak terlepas, terbabas daripada batas-batasNya.

Maka bersyukurlah apabila kita diuji. Itu tandanya Dia masih ingat dan rindu pada kita.

dan Allah sendiri berpesan kat kita(2:286) Allah menguji seseorang itu bersesuaian dengan kemampuan dan kesanggupannya. Dan Allah akan uji dan cuba, sehingga sama ada si dia yang diuji itu akan berjaya mengatasinya, atau tewas, mengangkat bendera.
Jika berjaya dengan ujian yang menimpa, bergembiralah, kerana itu tandanya kita terpilih untuk terus memegang panjinya yang mulia.
Jika tewas, berjaga-jagalah, itu mungkin tandanya iman di dada belum cukup yakin dan dekat denganNya.

>kalau da masa lihat ayat tu deh, da sambungan doanyer selepas tu..selamat beramal..

PERUBAHAN
Mengapa perlu berubah? Apa salahnya kami kekal dengan siapa diri kami sekarang ini..?

Kerana berubah itu adalah sifat semula jadi manusia. Perubahan itu adalah SESUATU yang Allah ciptakan pada setiap makhluk yang bernama manusia. Manusia dan perubahan adalah ibarat roti pau dan intinya. Manusia yang tidak percaya pada perubahan pula adalah ibarat memakan kueh tat nenas tetapi tanpa jem nenas itu sendiri. Mustahil.

Setiap hari kita melalui fasa perubahan. Sama ada kita sedar atau tidak sahaja.
Setiap hari umur kita bertambah. Itu satu perubahan.
Wajah dan kulit kita akan berkedut dan mengerepot, tanda usia kita semakin meningkat. Itu satu perubahan.
Hari ini kita makan nasi lemak sebagai sarapan dan esok kita pekena capati cecah kuah dal pula. Itu juga satu perubahan.
tiga minggu lepas posting ENT, dan minggu ni dah nak end of posting OPTHAL..Bukankah itu satu perubahan..?

Pokoknya, setiap saat dan ketika, kita tidak boleh lari daripada berubah. Kerana perubahan itu berkadar terus dengan masa, makanya, tidak berubah adalah sesuatu yang amat mustahil dilakukan.

>ayuh berusahalah untuk berubah...

PERJUANGAN
hidup ini merupakan perjuangan, perjuangan dalm menghadapi mini short case, perjuangan dlm pelajaran,
perjuangan menentang nafsunya hinggalah maut menjemput. Satu perjuangan dalaman yang tiada sesiapa pun yang dapat lihat, dengar, hidu, sentuh, atau rasa. Tetapi yang pasti perjuangan dalaman itu ada.

bak kata aiman azlan,
Boleh jadi seorang insan itu seorang yang tidak solat, tetapi setiap kali azan berkumandang hatinya merayu kepada badannya untuk berdiri di hadapan Allah.
Boleh jadi seorang insan itu mempunyai buayafriend or gelifriend, tetapi setiap sentuhan bukan mahram umpama jilatan api neraka baginya.
Boleh jadi seorang insan yang ingin berubah tp setiasa terjerumus dlm maksiat, tetapi dia menangis kepada Allah meminta kekuatan untuk terus berubah...

teringat aku pada kulliyah dengan ustaz emran,yang mengingatkan kita dengan hadis menusuk qalbu ini,
-Imam An-Nawawi-

عَنْ أَنَسٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ : سَمِعْتُ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى الله عليه وسلم يَقُوْلُ : قَالَ اللهُ تَعَالَى : يَا ابْنَ آدَمَ، إِنَّكَ مَا دَعَوْتَنِي وَرَجَوْتَنِي غَفَرْتُ لَكَ عَلَى مَاكَانَ مِنْكَ وَلاَ أُبَالِي، يَا ابْنَ آدَمَ لَوْ بَلَغَتْ ذُنُوْبُكَ عَنَانَ السَّماَءِ ثُمَّ اسْتَغْفَرْتَنِي غَفَرْتُ لَكَ، يَا ابْنَ آدَمَ، إِنَّكَ لَوْ أَتَيْتَنِي بِقُرَابِ اْلأَرْضِ خَطاَياَ ثُمَّ لَقِيْتَنِي لاَ تُشْرِكْ بِي شَيْئاً لأَتَيْتُكَ بِقُرَابِهَا مَغْفِرَةً [رواه الترمذي وقال حديث حسن صحيح ]
Dari AnasAllah ta’ala telah berfirman : “Wahai anak Adam, selagi engkau meminta dan berharap kepada-Ku, maka Aku akan mengampuni dosamu dan Aku tidak pedulikan lagi. Wahai anak Adam, walaupun dosamu sampai setinggi langit, bila engkau mohon ampun kepada-Ku, niscaya Aku memberi ampun kepadamu. Wahai anak Adam, jika engkau menemui Aku dengan membawa dosa sebanyak isi bumi, tetapi engkau tiada menyekutukan sesuatu dengan Aku, niscaya Aku datang kepadamu dengan (memberi) ampunan sepenuh bumi pula”. HR. Tirmidzi, Hadits hasan shahih [1]

ku nukilkan, kata2 drpd kisah seorang lelaki yang membunuh 100 orang yg ingin bertaubat,

وَمَنْ يَحُولُ بَيْنَهُ وَبَيْنَ التَّوْبَةِ
dan siapakah yang boleh menghalang antaramu dengan taubat ?
- HR Muslim.

Pintu taubat sentiasa terbuka seluasnya-luasnya. Tiada yang menghalang seseorang itu bertaubat selain dirinya sendiri..maka apakah menghalang kita daripada bertaubah?
wahai jiwa, ingatlah harapan itu sentiasa dtg kepada kita, mengetuk jiwa, mengetuk hati,
jika tersilap melakukan dosa, maka bertaubatlah pada Allah, jika tersungkur ag, bertaubatlah, tiada  apa yang akan menghalang drpd bertaubat..
INGATLAH, ALLAH itu maha melihat, dia melihat kita ini lemah, kita berusaha melawannya, namun tetap tersungkur..

MAKA,
berusahalah jiwa, berusahalah insan, berusahalah diri,
usah putus harapan, usah putus semangat.. kita ni manusia, yang tidak putus daripada melakuakan kesilapan. itulah manusia...

teringat kata2 ustaz emran,ingatlah,syaitan sering memerangkap kita menggunakan kelemahan diri kita.
Imam Ibnul Jauzi RH, memetik satu kata-kata dalam kitab talbis iblis,
(perangkap iblis),

سمعت الْحَسَن بْن صالح رحمه اللَّه ، يَقُول :
 " إن الشَّيْطَان ليفتح للعبد تسعة وتسعين بابا من الخير يريد به بابا من الشر

sesungguhnya syaitan pasti membuka untuk hamba itu,99 pintu
daripada kebaikan, kerana dia ingin dengan-nya kita terjerumus
dalam satu pintu keburukan.

cukuplah sekadar ini, asif bangat, kerana nukilanku ini panjang, sebenarnya, tulisan ini akan ku tatap selalu, agar memberi semangat kepadaku dlm melalui hari2 yang mencabar..ku akhiri dengan doa, yang sanadnya sahih yang ku jumpai dlm riyadhus shalihin, amalkanlah yer, nak print pun boleh(dlm post yang berlainan dlm blog ni)

>minta maaf, klu da melakukan kesilapan terhadap kalian, barangkali, umurku tidak lama, maka jika da kesilapan yang dilakukan secara zahir mahupun tersembunyi, mohon diampuninye, terutamanya sebagai seorang ketua/pemimpin yang masih belajar...tegurlah secara terbuka mahupun tertutup, aku sangat memerlukannya...
>buat ayahanda, SELAMAT HARI LAHIR...

No comments:

Post a Comment