Saturday, 15 June 2013

doa itu pedang????

seringkali kita mendengar bahawa doa orang mukmin itu umpama pedang.. namun kita kehairanan kenapa doa kita seringkali tidak dimakbulkan. benarlah tentang doa kita itu dimakbulkan mengikut kesusaian kita kerana Allah lebih mengetahui tentang apa yang terbaik bagi kita.

teringat hadis ke 10 (baik, haram dan syarat penerimaan),

Kemudian Baginda menyebut perihal seorang lelaki yang bermusafir jauh, yang berambut kusut masai dan berdebu, yang menadah tangan ke langit (iaitu berdoa): Wahai Tuhanku! Wahai Tuhanku!

Bagaimanakah doanya akan dimakbulkan sedangkan makanannya haram, minumannya haram, pakaiannya haram dan dia dikenyangkan dengan makanan yang haram? [1]

sekadar berkongsi pengajaran hadis ini yakni:

1)penerimaan amalan itu bergantung pada:
- bergantung kepada pemakanannya halal/haram.
- sebab kepada diterima atau tidaknya doa/ibadah yang dilakukan.

2) Sebab- sebab diperkenankan doa serta beberapa adabnya:
-perjalanan yang jauh – (hadis – tiga jenis doa yang diperkenankan , doa orang yg dizalimi, orang dlm
musafir dan doa ibu terhadap anaknya)
-antara asas dlm berdoa adalah sentiasa memulakan dengan memuji-memuji nama Allah dan berselawat ke atas rasulullah.

Imam al-Izz al-Hanafi berkata:
Doa-doa, memohon perlindungan daripada Allah, dan jampi adalah umpama pedang.

Pedang itu bergantung juga kepada orang yang menggunakannya, bukan sekadar pada ketajamannya.

Apabila pedang itu tajam, orang yang menghayunnya kuat, yang mahu diserang itu mampu dipotong, dan penghalang-penghalang sudah tiada; maka pihak musuh akan berjaya ditebas.

Apabila salah satu daripada faktor di atas tiada, maka ia tidak akan berjaya.

Apabila yang berdoa itu dirinya sendiri tidak soleh, atau hatinya tidak menghayati dengan apa yang diminta oleh lisannya, atau ada penghalang-penghalang yang menghalang doa daripada dimakbulkan. Maka doa itu tidak akan meninggalkan kesan.
[Sharh al-Aqidah al-Tahawiah][2]

semuanya bergantung pada diri...
ingatlah doa kita perlu dilandaskan pada 4 perkara yakni
-meletakkan segala pengharapan yang doa kita akan tertunai
-merendah diri dan hati ketika berdoa
- yang ketiga dan keempat ni seriusly tak ingat, klu sape2 ingat minta tolong gtau yer...


RUJUKAN BERSAMA:[1]

إِنَّ اللهَ تَعَالَى طَيِّبٌ لاَ يَقْبَلُ إِلاَّ طَيِّباً، وَإِنَّ اللهَ أَمَرَ الْمُؤْمِنِينَ بِمَا أَمَرَ بِهِ الْمُرْسَلِينَ، فَقَالَ تَعَالَى: يَا أَيُّهَا الرُّسُلُ كُلُوا مِنَ الطَّيِّبَاتِ وَاعْمَلُوا صَالِحًا وَقَالَ تَعَالَى: يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ كُلُواْ مِن طَيِّبَاتِ مَا رَزَقْنَاكُمْ ثُمَّ ذَكَرَ الرَّجُلَ يُطِيلُ السَّفَرَ، أَشْعَثَ أَغْبَرَ، يَمُدُّ يَدَيْهِ إِلَى السَّمَاءِ: يَا رَبُّ؛ يَارَبُّ؛ وَمَطْعَمُهُ حَرَامٌ، وَمَشْرَبُهُ حَرَامٌ، وَمَلْبَسُهُ حَرَامٌ، وغُذِيَ بِالْحَرَامِ؛ فَأَنّى يُسْتَجَابُ لَهُ رَوَاهُ مُسْلِمٌ

 Daripada Abu Hurairah r.a beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda:
Sesungguhnya Allah Ta’ala baik, Dia tidak menerima kecuali perkara yang baik. Dan sesungguhnya Allah telah memerintahkan orang-orang mukmin dengan apa yang telah diperintahkan kepada para Rasul di mana Allah Ta’ala berfirman: (Wahai para Rasul! Makan minumlah kamu makanan yang baik-baik dan hendaklah kamu beramal soleh). Dan Allah Ta’ala berfirman: (Wahai orang-orang yang beriman! Makan minumlah kamu makanan yang baik-baik yang Kami rezekikan kepada kamu).
Kemudian Baginda menyebut perihal seorang lelaki yang bermusafir jauh, yang berambut kusut masai dan berdebu, yang menadah tangan ke langit (iaitu berdoa): Wahai Tuhanku! Wahai Tuhanku!
Bagaimanakah doanya akan dimakbulkan sedangkan makanannya haram, minumannya haram, pakaiannya haram dan dia dikenyangkan dengan makanan yang haram?
Hadis riwayat al-lmam Muslim


rujukan [2]:

فالأدعية والتعوذات والرقى بمنزلة السلاح، 
Doa-doa, memohon perlindungan daripada Allah, dan jampi adalah umpama pedang.

والسلاح بضاربه، لا بحده فقط، 
Pedang itu bergantung juga kepada orang yang menggunakannya, bukan sekadar pada ketajamannya.


فمتى كان السلاح سلاحا تاما والساعد قويا، والمحل قابلا، والمانع مفقودا: حصلت به النكاية في العدو، 
Apabila pedang itu tajam, orang yang menghayunnya kuat, yang mahu diserang itu mampu dipotong, dan penghalang-penghalang sudah tiada; maka pihak musuh akan berjaya ditebas.

ومتى تخلف واحد من هذه الثلاثة تخلف التأثير,
Apabila salah satu daripada faktor di atas tiada, maka ia tidak akan berjaya.


فإذا كان الدعاء في نفسه غير صالح، أو الداعي لم يجمع بين قلبه ولسانه في الدعاء، أو كان ثم مانع من الإجابة لم يحصل الأثر.
Apabila yang berdoa itu dirinya sendiri tidak soleh, atau hatinya tidak menghayati dengan apa yang diminta oleh lisannya, atau ada penghalang-penghalang yang menghalang doa daripada dimakbulkan. Maka doa itu tidak akan meninggalkan kesan.
[Sharh al-Aqidah al-Tahawiah][2]


No comments:

Post a Comment