Sunday, 30 June 2013

DoA rAsuLUllAh dI tAIF

(sebhagian dari doa rasulullah ketika bersandar di pohon(taif))
اللّهُمّ إلَيْك أَشْكُو ضَعْفَ قُوّتِي ، وَقِلّةَ حِيلَتِي ، وَهَوَانِي عَلَى النّاسِ
Ya Allah, aku mengadu kepadaMu kelemahan kekuatanku, sedikitnya kemampuanku dan hinanya aku pada pandangan manusia.

kisah ini diambil dari raheeq mahtum:(sekadar refreshment tentang kisah rasulullah di taif)

Rasulullah berada di kalangan penduduk Ta’if selama sepuluh hari, dengan mengajak mereka kepada Islam, tidak ada seorang pembesar pun yang tidak didakwahnya, tetapi sebagai jawapan mereka berkata: Ayuh keluarlah kamu dari bumi ini, seterusnya mereka memprovokasi dan mengapi-apikan golongan-golongan bodoh dan hamba-hamba sahaya mereka, supaya memaki hamun Rasulullah, malah mereka berbaris di sepanjang jalan keluar ke Ta’if, untuk melontar Rasulullah dengan anak-anak batu disertai maki cerca dan sumpah hamun yang tak terperi, hingga pecah dan luka-luka kaki Baginda, darah melumuri kasut Baginda manakala Zaid bin Harithah pula membentengkan badan Rasulullah dengan dirinya hingga luka kepalanya, golongan bodoh ini terus menghentam Rasulullah dengan lontaran anak-anak batu kerikil, hingga terpaksa Rasulullah berlindung di tepi tembok kepunyaan Utbah dan Syaibah dua orang anak lelaki Rabi’ah, tembok berkenaan jaraknya tiga batu dari Ta’if, setelah berlindung di situ barulah budak-budak nakal dan hamba sahaya suruhan kaum di Ta’if reda dan berpatah balik, di situ Rasulullah berteduh di bawah para pokok anggur dan menyandarkan belakangnya ke tembok lalu berdoa kepada Allah dengan doa yang amat terkenal, doa itu membayangkan isi hati Rasulullah yang melimpah dengan dukacita yang amat sangat, dengan apa yang telah dihadapi di Ta’if sana, dan kesal Baginda yang tak terkira kerana tiada siapa pun yang menyahut seruan dakwahnya.
doa- rujuk di rujukan bersama..

sifat Rasulullah juga sentiasa dipenuhi dengan pemaaf walaupun pelbagai dugaan telah baginda hadapi.
ketika dakwahnya ditolak, baginda berdoa kepada Allah supaya mereka diberikan taufik dan hidayah:

رب اهد قومي فانهم لا يعلمون 
Maksudnya : “ Wahai tuhanku ! Berikanlah hidayah kepada kaumku, kerana sesungguhnya mereka itu tidak mengetahui “.

begitu juga Imam As Syahid Hassan Al-Banna pernah berwasiat :
كونوا مع الناس كالشجر يرمونه بالحجر ويرميهم بالثمر

Maksudnya : “ Jadikan kamu dengan manusia seperti sepohon pokok buah-buahan, mereka melontarkan batu kepadanya, tetapi sebaliknya pokok itu melontarkan buah-buahan kepada manusia “

memetik kata2 mahatma gandhi, aktivis dari india:
ketika mana kamu memaafkan sesiapa yang berbuat jahat kepadamu, (ketahuilah bahawa) sesungguhnya kamu tidak mengubah apa-apa pun yang telah lepas itu, tapi (sebaliknya) kamu (pastinya akan) mengubah (apa yang bakal hadir pada) masa akan datang.

rujukan bersama:
(doa yang penuh rasulullah ketika bersandar di pohon(taif))
اللّهُمّ إلَيْك أَشْكُو ضَعْفَ قُوّتِي ، وَقِلّةَ حِيلَتِي ، وَهَوَانِي عَلَى النّاسِ
Ya Allah, aku mengadu kepadaMu kelemahan kekuatanku, sedikitnya kemampuanku dan hinanya aku pada pandangan manusia.

يَا أَرْحَمَ الرّاحِمِينَ أَنْتَ رَبّ الْمُسْتَضْعَفِينَ وَأَنْتَ رَبّي ، إلَى مَنْ تَكِلُنِي ؟ إلَى بَعِيدٍ يَتَجَهّمُنِي ؟ أَمْ إلَى عَدُوّ مَلّكْتَهُ أَمْرِي ؟ إنْ لَمْ يَكُنْ بِك عَلَيّ غَضَبٌ فَلَا أُبَالِي
Wahai Tuhan Yang Maha Pengasih, Engkaulah Tuhan golongan yang lemah dan Engkau juga Tuhanku. Kepada siapa Engkau serahkan aku ? Kepada orang jauh yang memandangku dengan wajah bengis atau kepada musuh yang menguasai urusanku? Sekiranya Engkau tidak murka kepadaku, aku tidak peduli (apa yang menimpa).

 وَلَكِنّ عَافِيَتَك هِيَ أَوْسَعُ لِي ، أَعُوذُ بِنُورِ وَجْهِك الّذِي أَشْرَقَتْ لَهُ الظّلُمَاتُ وَصَلُحَ عَلَيْهِ أَمْرُ الدّنْيَا وَالْآخِرَةِ مِنْ أَنْ تُنْزِلَ بِي غَضَبَك ، أَوْ يَحِلّ عَلَيّ سُخْطُكَ لَك الْعُتْبَى حَتّى تَرْضَى ، وَلَا حَوْلَ وَلَا قُوّةَ إلّا بِك
Namun keselamatan daripadaMu lebih melapangkan aku. Aku berlindung dengan cahaya wajah-Mu yang menyinari kegelapan serta memperelokkan urusan dunia dan akhirat.

Aku berlindung daripada kemarahanMu atau kemurkaanMu terkena kepadaku. Engkau berhak untuk mencela aku sehingga Engkau redha. Tiada kuasa dan tiada kekuatan melainkan dengan-Mu.”

Petikan dari kitab Sirah Nabawiah - Ibnu Hisyam

Saturday, 29 June 2013

iStIGhfaR??

Suatu hari Hasan Al-Basri didatangi seorang lelaki yang mengadu tentang kelaparan yang dihadapinya. Hasan dengan penuh perhatian menjawab "ISTIGHFARlah kepada Allah swt"

Datang lagi seorang lelaki meminta Hasan untuk mendoakannya agar dia mempunyai zuriat. Hasan menjawab "berISTIGHFARlah kepada Allah swt"

Kemudian datang lagi seorang lelaki yang kebunnya mengalami kekeringan. Hasan terus menjawab "BerISTIGHFARlah kepada Allah swt"

Kelakuan Hasan tadi amat menghairankan penduduk sekitarnya, sehingga seorang dari penduduk itu bertanya kepada Hasan

"Beberapa orang lelaki mendatangimu mengeluhkan berbagai persoalan, tetapi engkau hanya menyuruh mereka semua untuk membaca istighfar!"

Maka Hasan menjawab "Aku sama sekali tidak mengatakan apapun dari diriku sendiri. Sesungguhnya Allah SWT berfirman (seperti itu)".

Firman Allah yang dimaksudkan oleh Al-Hasan adalah surah an-Nuh ayat 10-12 yang bermaksud:

"Maka aku (nabi Nuh) berkata (kepada kaumnya) "Mohonlah ampunan kepada Tuhanmu, sungguh, Dia Maha Pengampun, Nescaya Dia akan menurunkan hujan yang lebat dari langit kepadamu, Dan Dia memperbanyak harta dan anak-anakmu, dan mengadakan kebun-kebun untukmu dan mengadakan sungai-sungai untukmu"

kopi pasta...

Thursday, 27 June 2013

StReSSfuL?? nAk JaDI sUpEr sAiYa KE emPat bOleY??

setiap hari yang kita lalui pasti penuh dengan cabaran dan halangan..
dalam melaksanakan amanat dan tanggungjawab yang pasti saban hari meningkat, kita perlukan satu tenaga, satu energy, satu kuasa yang luar biasa, barangkali, supersaiyer ke empat(bagi yang melihat cerita dragon ball masa kecik2 dulu)..

>bukan mudah menghadapinya, kadang-kadang kita lalai, kadang-kadang kita lupa, ingatlah kita sentiasa punyer ALLAH dalam membantu kita..

aku teringat kata2 prof dr irwan priyatno (seorang aktivitis di indonesia)
sejak aku menjadi seorang ahli politik, aku menambahkan bilangan muka surat dalam bacaan alquranku, jika dahulu satu juzuk sehari, namun selepas menjadi ahli politik, ianya menjadi dua juzuk...
kerana aku akan mula berinteraksi dengan lebih ramai orang, aku perlukan bantuan Allah dalam menghadapi hari2 seterusnya..

>bukan mudah dalam berorganisasi, kita perlukan kekuatan, betul kata kawan2 ku, hidup kita penuh dengan kepura-puraan, diluar nama manis,senyum, didalam, bom hiroshima dan nagasaki baru meletus,

pasti jiwa ni memberontak, ingatlah yang dilihat Allah adalh usaha, usah dicari penilaian manusia, nescya ianya sementara, jadi seorang yang 'tholibul ilm' pelajar yang mencari ilmu,bukan hanya dibuku, tp dari pengalaman dari persekitaran kerana dari pengalaman itu akan mendewasakan kita

>ingatlah, mohonlah pada Allah agar diperkuatkan hati dalam melaksanakan tanggungjawab....

Wednesday, 26 June 2013

PenGoRbanaN dAn MaNfAat..

Seseorang itu dimuliakan bukanlah disebabkan oleh apa yang dimilikinya, tetapi kerana pengorbanannya untuk memberikan manfaat untuk orang lain.

Sesungguhnya pengorbanan itu bermaksud, usaha seorang hamba untuk mendekatkan diri kepada penciptanya melalui amal perbuatannya yang ikhlas.

Jujur adalah sebuah pengorbanan yang tidak hanya membuat diri kita terhormat di mata orang lain tetapi lebih utama lagi, terhormat di sisi Allah.

Pejuang sejati boleh dilihat dari seberapa banyak pengorbanan yang diberikan.
Orang yang tidak mahu berkorban adalah orang yang menunjukkan kehinaan dirinya.
Ciri orang yang beriman adalah senantiasa rela berkorban untuk kepentingan umat.

Kesungguhan, kegigihan, keikhlasan dan pengorbanan adalah pilar-pilar cinta sejati.
Tunjukkan rasa cinta kita dengan berkorban kerana tidak ada cinta tanpa pengorbanan.
Allah membenci orang yang bersifat kikir kerana kekikiran itu akan menimbulkan kezaliman dan kedengkian.

Semakin orang itu mencintai apa yang dimilikinya semakin sulitlah dia berkorban untuk orang lain.
Jadilah manusia yang senantiasa mahu berkorban untuk sesama kerana itu menunjukkan kemuliaan akhlak.
Allah sangat mencintai orang-orang yang selalu ingin membahagiakan orang lain dengan apa yang dimilikinya.

Semakin seseorang itu banyak berkorban untuk orang lain, semakin mulialah dia di sisi Allah dan manusia.
Allah mencintai orang yang berkorban dengan harta dan jiwa untuk menegakkan kebenaran.
Allah sangat mencintai orang-orang yang berkorban untuk mendapatkan keredhaanNya, kerana itu menunjukkan cinta sejati pada Allah.


Tuesday, 25 June 2013

DaLaM HatI adA tAmAn? Ke AdA bUnGA???

Hati manusia adalah sesuatu yang sangat misteri. aku tidak bercakap tentang seketul hati yang antum boleh lihat menerusi imbasan X-Ray atau CT scan itu, bukan. Tapi seketul hati ghaib yang hanya Allah sahaja tahu rupa dan kedudukannnya yang sebenar.

Mengapa misteri? Kerana hanya diri sendiri dan Allah sahaja yang tahu apa isi hati kita; bilamana kita berbicara, ketika hati kita menangis hiba, tatkala hati kita tertawa gembira.. Ia adalah suatu misteri yang hanya kita dan Allah sahaja yang benar-benar memahaminya.

dan ingatlah, perkara paling penting berkaitan dengan hati kita adalah, hanya kita sahaja yang tahu hubungan kita dengan Allah. baik ke?buruk ke?

teringat kata2 imam ahmad,
apabila-apabila orang berpusu-pusu menolong aku, aku menangis alangkah hinanya aku, jika kamu semua mengetahui dosa dan kesalahan aku, nescaya kalian akan mengambil pasir dan meletakkan atas kepala aku- imam ahmad

dan kata-kata muhammad bin wasid,

 من مأثور كلام (ابن مسعود ) رحمه الله يقول:
'لو أن للذنوب رائحة ما جالسني منكم أحد'
antara kata-kata yang masyhur dinisbatkan kepada Ibn Mas'ud ra," sekiranya dosa-dosa itu berbau,tidak akan ada seorang pun dari kalian akan duduk bersamaku"
>wahai jiwa, bersyukurlah Kerana allah menyembuyikan dosa yang engkau lakukan pada malam hari, dan mengampuninya di siang hari dengan taubat dan istighfar mu yang bersungguh.


>apabila aku mendengar kata-kata ini, aku membayangkan tentang diriku yang hina ini. seorang ulamak yang begitu tawaduk, merendah diri tetapi bagaimana dengan kita?bagaimana pula dengan kesalahan kita pada Allah? ayuh muhasabah dan beristighfar sejenak....

dalam keadaan berjerebu ini, aku terfikir, langit yang luas pun boleh berjerebu dengan sangat pantas,
apatah lagi hati kita yg lemah ini,yang sentiasa terbuka pada asap-asap yang sentiasa berlari kegumbiraan sekitar kita..

Namun aku amat yakin dan percaya, setiap hati ada kunci untuk membukanya. Dan setiap hati mempunyai kunci yang berbeza-beza untuk membuka dan meneroka khazanah rahsia yang terkandung di dalamnya. ingatlah,kita tidak boleh menggunakan kunci yang sama untuk membuka dua hati yang berbeza! Dan antara kunci yang boleh membuka hati  adalah dengan sentiasa bermuhasabah, sentiasa beristighfar, dan sentiasa  menyesal atas kesalahan kita pada allah..

ingatlah ubat hati antara yang paling mujarab adalah:
1) baca quran dan maknanya
2)solat malam dirikanlah
3)bekawan dengan orang soleh
4)berpuasa
5)berzikir

>maka persoalannya sekarang dalam hati ada taman ke bunga? bagiku carilah apa yang ada dalam hati kalian, kerana kita lebih mengetahui apa yang ada dalam hati kita...

ingatlah janji Allah dalam surah assyams, ayatt 9 dan 10

قَدْ أَفْلَحَ مَنْ زَكَّاها
9. sungguh beruntunglah orang yang telah menyucikannya,

وَ قَدْ خابَ مَنْ دَسَّاها
10. dan sungguh merugilah orang yang mengotorinya

ku akhirinya dengan doa yang barangkali boleh diamalkan dalam kehidupan kita..
Wahai Zat yang yang Penyayang sucikanlah jiwa-jiwa kami....


اللَّهُمَّ طَهِّرْ قَلْبِي مِنَ النِّفَاقِ  
Ya Allah sucikanlah hatiku daripada nifaq,

وَعَمَلِي مِنَ الرِّيَاءِ 
dan 'amalanku daripada riya',

وَلِسَانِي مِنَ الْكَذِبِ
dan lisanku daripada menipu,

وَعَيْنِي مِنَ الْخِيَانَةِ
dan mataku daripada khianat,

فَإِنَّكَ تَعْلَمُ خَائِنَةَ الأَعْيُنِ
maka sesungguhnya Awak mengetahui mata yang berkhianat,

وَمَا تُخْفِي الصُّدُورُ
dan apa yang saja yang disembunyikan dalam dada....


rujukan bersama:


عن الأصمعى قال : كان أبو بكر إذا مدح قال اللهم أنت أعلم منى بنفسى وأنا أعلم بنفسى منهم اللهم اجعلنى خيرا مما يظنون واغفر لى ما لا يعلمون ولا تؤاخذنى بما يقولون

(البيهقى فى شعب الإيمان)

Abu Bakar apabila dipuji:

Ya Allah, Engkau lebih mengetahui keadaan diriku daripada diriku sendiri dan aku lebih mengetahui keadaan diriku daripada mereka yang memujiku. Ya Allah, jadikanlah diriku lebih baik dari yang mereka sangkakan, ampunilah aku terhadap apa yang mereka tidak ketahui dariku, dan janganlah menyeksaku dengan perkataan mereka.

(Al-Baihaqi dalam Syu'abul Iman)

Saturday, 22 June 2013

SyAhAdAtAiN


أَلَمْ تَرَ كَيْفَ ضَرَبَ اللّهُ مَثَلاً كَلِمَةً طَيِّبَةً كَشَجَرةٍ طَيِّبَةٍ أَصْلُهَا ثَابِتٌ وَفَرْعُهَا فِي السَّمَاء
 تُؤْتِي أُكُلَهَا كُلَّ حِينٍ بِإِذْنِ رَبِّهَا وَيَضْرِبُ اللّهُ الأَمْثَالَ لِلنَّاسِ لَعَلَّهُمْ يَتَذَكَّرُونَ
(Surah Ibrahim ; Ayat 24-25)


Maksudnya : “Tidakkah engkau melihat (wahai Muhammad) bagaimana Allah mengemukakan satu perbandingan, iaitu: Kalimah yang baik adalah sebagai sebatang pohon yang baik, yang pangkalnya (akar tunjangnya) tetap teguh dan cabang pucuknya menjulang ke langit. Ia mengeluarkan buahnya pada tiap-tiap masa dengan izin Tuhannya dan Allah mengemukakan perbandingan-perbandingan itu untuk manusia, supaya mereka beringat (mendapat pelajaran)”.

erti kalimat yang baik di sini adalah kalimat "lâ ilâha illallah" (Tiada Tuhan selain Allah) . Kalimat tauhid ini seperti pohon baik yang akarnya menancap kuat ke bumi dan cabang-cabangnya menjulang tinggi ke langit, yang pada hakikatnya ia adalah pohon kebahagiaan seseorang. Pohon ini yang merupakan hakikat tauhid akan menghidupkan hati seseorang dan akan menghancurkan segala macam bentuk berhala di dalamnya.

duduk termenung memikirkan kenapa syahadah aku dan syahadah para sahabat begitu berbeza. kenapa aku lalai dlm mentaati Rabbku dan mereka sanggup berkorban nyawa demi agama yang suci ini..dimanakah perbezaannya?

jelas, syahadatain begitu berat diperjuangkan oleh para sahabat, bahkan mereka siap menanggung resiko dan tidak takut terhadap segala ancaman kafir.  Sahabat nabi misalnya Habib ra. berani menghadapi siksaan dari Musailamah yang memotong tubuhnya satu persatu, Bilal bin Rabah tahan menerima himpitan batu besar di tengah hari dan sederet nama lainnya.  Mereka mempertahankan syahadatain.  aku terus mempersoalkannya, kenapa mereka bersedia dan berani mempertahankan kalimah syahadah ?

Ini disebabkan karena kalimah syahadah mengandung makna yang sangat mendalam bagi mereka.  Syahadah bagi mereka dan arti yang sebenarnya mencakupi pengertian ikrar, sumpah dan janji.  Majoriti umat Islam mengertikan syahadat sebagai ikrar saja, apabila mereka tahu bahawa syahadah juga mengandung arti sumpah dan janji, serta tahu bahwa akibat janji dan sumpah maka mereka akan benar-benar mengamalkan Islam dan beriman.

 Iman sebagai dasar dan juga hasil dari pengertian syahadah yang betul.  Iman yang diucapkan oleh lisan, diyakini dalam hati dan diamalkan dalam bentuk perbuatan adalah pengertian yang sebenarnya dari iman.  Apabila kita mengamalkan syahadah dan mendasarinya dengan iman yang konsisten dan istiqomah, maka beberapa hasil akan dirasakan seperti keberanian, ketenangan dan optimis menjalani kehidupan.  Kemudian Allah SWT memberikan kebahagiaan kepada mereka di dunia dan di akhirat.

rujukan dari materi tarbiyah (Kepribadian Muslim, Dr. Irwan Prayitno)

Wednesday, 19 June 2013

KePiMpInAN

kepimpinan adalah tanggungjawab bukanlah keistimewaan...
melihat kepada hukuman diatas penyalahgunaan terhadap tanggungjawab, diri ini sering memikirkan utuk melepaskan semua jawatan yang dipegang kerana rasanya diri ini lemah dan tidak berdaya...

Ingatlah sabda Rasulullulah saw; kepada Abu Dzar ra ketika ia meminta dilantik menjadi pegawai Rasulullulah saw, Rasulullulah saw menepuk bahunya serta bersabda; ‘Hai Abu Dzar kamu seorang yang lemah sedangkan jawatan itu adalah satu amanah (tanggungjawab) yang kelak di hari kiamat menjadi hina dan menyesal kecuali orang yang mengambilnya dengan hak dan menunaikan kewajipannya’.

oleh yang demikian, pertimbanganku sering berbelah bagi apabila teringat kata2 imam hasan albanna, ramai diantara kita hanya tahu menghentam, mencaci tetapi berapa ramai diantara kita berusaha menjernihkan keadaan masyarakat. walaupun aku kerdil, aku punya cita2, aku punya khamasah(semangat) agar masyarakat disekelilingku bertambah baik..aku sendiri pun masih berusaha, aku sendiri pernah berada dlam lubang gelap, aku pernah merasainya tetapi aku benci kembali ke situ...

tapi aku perlukan bantuan, aku tidak mampu bergerak bersendirian, seperti mana kata imam hasan albanna,

"Andai diumpama Islam seperti sebuah bangunan usang yang hampir roboh, maka aku akan berjalan ke seluruh dunia bagi mencari jiwa-jiwa muda. Aku tidak ingin mengutip dengan ramainya bilangan mereka. Tetapi aku ingin hati-hati yang IKHLAS untuk membantu dan bersamaku membina kembali bangunan usang itu menjadi sebuah bangunan tersergam indah."

NASIHAH
dan perkara sering ku tunggu adalah diberi nasihah..kerana apa dikatakan orang yang bijaksana adalah orang yang mampu menerima nasihah...berapa ramai diantara kita mampu menerima nasihah?persoalan ni ku tujukan khas buat insan yang kerdil ini...

“ Wahai manusia meskipun saya telah dilantik untuk memimpin kamu, tidak bererti bahawa aku yang terbaik di kalangan kamu semua. Jika kamu melihat aku berada dalam kebenaran, maka tolonglah aku. Seterusnya beliau berkata jika kamu melihat aku berada dalam kebatilan maka luruskanlah aku, taatilah aku selama aku taat mematuhi perintah Allah. Jika aku menderhaka kepada perintah Allah, kamu semua tidak perlu lagi mematuhi perintah aku”. by saidina abu bakar

yang pasti setiap insan melakukan kesilapan, maka disitulah perlunye nasihah, disitulah perlunya sahabat membantu kita.

INGATLAH

memikirkan ayat ni, jiwaku tenang dalam melakukan tugas harian ku,
الأمر إذا ضاق اتسع وإذا اتسع ضاق
al-amru iza daaqa ittasa' wa iza ittasa' daaqa
"urusan apabila sempit akan meluas, dan apabila luas menyempit"
(salah satu kaedah fiqh)

Sungguh. apa yang nampak seperti kesempitan atau musibah merupakan pintu kecil yang akan membawa kepada jalan panjang menuju kemenangan.....

Ketahuilah segala keperitan yang dirasai , adalah keluasan untuk Allah ta'ala menerima do'a-do'a kita...

nukilan ni buat diriku>sekadar nukilan....

DoA KEtiKa MuSiBah..


  إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ 
(lafaz  istirja’) Sesungguhnya kami ini milik Allah dan kami akan kembali kepada-Nya
 اللَّهُمَّ أْجُرْنِي فِي مُصِيبَتِي
 وَأَخْلِفْ لِي خَيْرًا مِنْهَا إِلَّا أَخْلَفَ اللَّهُ لَهُ خَيْرًا مِنْهَا
Ya Allah berilah aku pahala dalam musibah ini dan gantikanlah untukku dengan yang lebih baik daripadanya


MUSIBAH, kekalutan, dsbgainya sering mnejergah kita tidak mengia waktu. Lalu bagaimana agar musibah yang menimpa seorang mukmin dapat menjadi penghapus dosa bahkan menjadi pahala dan menggantikan musibah itu dengan sesuatu yang lebih baik? Pertanyaan ini telah dijawab oleh Allah SWT dalam al-Quran: "Orang-orang yang apabila tertimpa musibah mereka mengatakan:"inna lillahi wa inna ilaihi raji’un (Sesungguhnya kami ini milik Allah dan kami akan kembali kepada-Nya). Mereka itu mendapatkan salawat (pujian) dan rahmah. Merekalah orang-orang yang mendapat petunjuk." (QS Al-Baqarah 156-157)

Nabi SAW juga memberikan petunjuk kepada kita apa yang harus diucapkan ketika kita tertimpa musibah, besar atau kecil, dengan mengucapkan kalimat istirja’. Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Hendaklah salah seorang kamu mengucapkan istirja’ dalam segala hal (musibah) meskipun yang terjadi pada tali sandalnya. Sebab yang demikian tergolong musibah." (Syaikh Al Albani mengatakan bahawa hadis ini hasan setelah melihat adanya penguat hadis ini berasal dari Ibnu Sunni dengan sanad lemah (Al-Kalimuth Thayyib, Ibnu Taimiyah, tahqiq Al-Albani, hal.81)

Ummu Salamah r.a. mengatakan bahawa ia pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Seseorang yang tertimpa musibah lalu ia berkata: 'inna lillahi wa inna ilaihi raji’un' dan berdoa: Allahuma jurnii fi musibatii wakhluf liya khairan minhaa (Ya Allah berilah aku pahala dalam musibah ini dan gantikanlah untukku dengan yang lebih baik daripadanya). Niscaya Allah akan memberinya pahala kerana musibah itu dan menggantikan untuknya dengan yang lebih baik." (HR. Muslim 3/37-38).

Tatkala Abu Salamah (suaminya) meninggal, dia mengucapkan apa yang dikatakan Nabi SAW. Tak lama kemudian ia menjadi isteri Rasulullah SAW, suami baru yang lebih baik dari Abu Salamah. Siapa mangandaikan ia akan mendapat suami seperti Rasulullah SAW sementara ia sendiri pernah mengatakan: "Lelaki mana yang lebih baik daripada suamiku"? (Mukhtashar Syarah Shahih Muslim, hadith no. 918)

rujukan bersama:

عَنْ أُمِّ سَلَمَةَ  أَنَّهَا قَالَتْ 
 سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ 
 يَقُولُ مَا مِنْ مُسْلِمٍ تُصِيبُهُ مُصِيبَةٌ فَيَقُولُ مَا أَمَرَهُ اللَّهُ
  إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ 
 اللَّهُمَّ أْجُرْنِي فِي مُصِيبَتِي
 وَأَخْلِفْ لِي خَيْرًا مِنْهَا إِلَّا أَخْلَفَ اللَّهُ لَهُ خَيْرًا مِنْهَا
 قَالَتْ فَلَمَّا مَاتَ أَبُو سَلَمَةَ 
قُلْتُ أَيُّ الْمُسْلِمِينَ خَيْرٌ مِنْ أَبِي سَلَمَةَ
  أَوَّلُ بَيْتٍ هَاجَرَ إِلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
 ثُمَّ إِنِّي قُلْتُهَا فَأَخْلَفَ اللَّهُ لِي رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
 قَالَتْ أَرْسَلَ إِلَيَّ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ 
حَاطِبَ بْنَ أَبِي بَلْتَعَةَ يَخْطُبُنِي لَهُ
 فَقُلْتُ إِنَّ لِي بِنْتًا وَأَنَا غَيُورٌ 
فَقَالَ أَمَّا ابْنَتُهَا فَنَدْعُو اللَّهَ أَنْ يُغْنِيَهَا عَنْهَا وَأَدْعُو اللَّهَ أَنْ يَذْهَبَ بِالْغَيْرَةِ
Dari Ummu Salamah sesungguhnya telah berkata
telah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Setiap orang Islam yang ditimpa musibah lalu dia mengucapkan
apa yang diperintahkan Allah iaitu
Sesungguhnya kami kepunyaan Allah dan sesungguhnya kami akan kembali kepada Allah
Ya Allah ! Berikanlah aku pahala kerana musibah yang kuderitai
dan gantikan yang lebih baik "
Nescaya Allah akan menggantikan dengan yang lebih baik"
Ummu Salamah berkata : "Setelah Abu Salamah (suaminya) meninggal dunia
saya mengatakan (dalam hati) siapakah orang-orang Islam yang lebih baik
dari Abu Salamah orang pertama yang hijrah bersama keluarganya
kerana (mematuhi) Rasulullah s.a.w. ?
Kemudian saya mengucapkannya sekali lagi. Lalu Allah menggantikannya
dengan Rasulullah s.a.w. . Rasulullah s.a.w. mengutu Hatib bin Abu Baita'ah
meminang saya untuk menjadi isteri beliau.
Saya menjawab, bahawa saya mempunyai seorang anak perempuan
dan saya seorang perempuan yang cemburu.
Beliau menjawab : "Adapun anak perempuannya. Kita doakan
supaya dicukupkan Allah keperluannya dan tidak tergantung keperluannya
kepada ibunya dan aku mendoakan supaya Allah menghilangkan cemburunyamya".
Hadis sahih riwayat Muslim

Tuesday, 18 June 2013

AkU daN tAuBaH????

bismillahirrahmanirrahim..
assalamualaikum, sekadar ingin berkongsi, barangkali ingin memberi semangat pada diri sendiri dan kawan2 sekalian...

kawan2ku sekalian,
sebelum mengorak langkah, segala post2ku di FB mahupun diblog ni hanyalah untuk dimuhasabahkan oleh insan yang menulis, jauh sekali ingin ditujukan mahupun ingin meng'hentam' kawan2 ku yang lain. jika da penulisanku yang kelihatan kasar, mohon teguran antum semua...

kadang2 kita merasakan diri kita ni baik, penuh dengan post2 yang baik di FB,namun itu semua tak menjamin apa2, ianya hanyalah wasilah, namun apa yang penting bagi seorang insan adalah mereka yang benar2 taqwa pada allah.. setiap jiwa, setiap insan, pasti melakukan dosa, tidak kiralah sape kalian, masing2 ada keaiban-keaiban,cuma Allah yang bersifat ghaffur menyembunyikannya

bak kata sahabatku,
Benar kata Habib Umar bin Hafiz hafizahullah.

 كَمْ مِنْ قَرِيبٍ بَعِيدٌ وَكَمْ مِنْ بَعِيدٍ قَرِيبٌ
Berapa ramai mereka yang (nampak seperti) dekat (pada tempat)
tetapi hakikatnya jauh (pada rohani), dan berapa ramai mereka
yang (nampak seperti) jauh tetapi hakikatnya dekat(pada rohani)
>dari blog sekadar catatan..

UJIAN
Allah turunkan ujian pada kita bukan sebab suka-suka atau sebab Dia benci pada kita.
Tapi Dia beri ujian sebab Dia sangat kasih dan sayang pada kita. Supaya apabila kita diuji, kita akan merintih, mengadu padaNya. Dan supaya kita tidak terlepas, terbabas daripada batas-batasNya.

Maka bersyukurlah apabila kita diuji. Itu tandanya Dia masih ingat dan rindu pada kita.

dan Allah sendiri berpesan kat kita(2:286) Allah menguji seseorang itu bersesuaian dengan kemampuan dan kesanggupannya. Dan Allah akan uji dan cuba, sehingga sama ada si dia yang diuji itu akan berjaya mengatasinya, atau tewas, mengangkat bendera.
Jika berjaya dengan ujian yang menimpa, bergembiralah, kerana itu tandanya kita terpilih untuk terus memegang panjinya yang mulia.
Jika tewas, berjaga-jagalah, itu mungkin tandanya iman di dada belum cukup yakin dan dekat denganNya.

>kalau da masa lihat ayat tu deh, da sambungan doanyer selepas tu..selamat beramal..

PERUBAHAN
Mengapa perlu berubah? Apa salahnya kami kekal dengan siapa diri kami sekarang ini..?

Kerana berubah itu adalah sifat semula jadi manusia. Perubahan itu adalah SESUATU yang Allah ciptakan pada setiap makhluk yang bernama manusia. Manusia dan perubahan adalah ibarat roti pau dan intinya. Manusia yang tidak percaya pada perubahan pula adalah ibarat memakan kueh tat nenas tetapi tanpa jem nenas itu sendiri. Mustahil.

Setiap hari kita melalui fasa perubahan. Sama ada kita sedar atau tidak sahaja.
Setiap hari umur kita bertambah. Itu satu perubahan.
Wajah dan kulit kita akan berkedut dan mengerepot, tanda usia kita semakin meningkat. Itu satu perubahan.
Hari ini kita makan nasi lemak sebagai sarapan dan esok kita pekena capati cecah kuah dal pula. Itu juga satu perubahan.
tiga minggu lepas posting ENT, dan minggu ni dah nak end of posting OPTHAL..Bukankah itu satu perubahan..?

Pokoknya, setiap saat dan ketika, kita tidak boleh lari daripada berubah. Kerana perubahan itu berkadar terus dengan masa, makanya, tidak berubah adalah sesuatu yang amat mustahil dilakukan.

>ayuh berusahalah untuk berubah...

PERJUANGAN
hidup ini merupakan perjuangan, perjuangan dalm menghadapi mini short case, perjuangan dlm pelajaran,
perjuangan menentang nafsunya hinggalah maut menjemput. Satu perjuangan dalaman yang tiada sesiapa pun yang dapat lihat, dengar, hidu, sentuh, atau rasa. Tetapi yang pasti perjuangan dalaman itu ada.

bak kata aiman azlan,
Boleh jadi seorang insan itu seorang yang tidak solat, tetapi setiap kali azan berkumandang hatinya merayu kepada badannya untuk berdiri di hadapan Allah.
Boleh jadi seorang insan itu mempunyai buayafriend or gelifriend, tetapi setiap sentuhan bukan mahram umpama jilatan api neraka baginya.
Boleh jadi seorang insan yang ingin berubah tp setiasa terjerumus dlm maksiat, tetapi dia menangis kepada Allah meminta kekuatan untuk terus berubah...

teringat aku pada kulliyah dengan ustaz emran,yang mengingatkan kita dengan hadis menusuk qalbu ini,
-Imam An-Nawawi-

عَنْ أَنَسٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ : سَمِعْتُ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى الله عليه وسلم يَقُوْلُ : قَالَ اللهُ تَعَالَى : يَا ابْنَ آدَمَ، إِنَّكَ مَا دَعَوْتَنِي وَرَجَوْتَنِي غَفَرْتُ لَكَ عَلَى مَاكَانَ مِنْكَ وَلاَ أُبَالِي، يَا ابْنَ آدَمَ لَوْ بَلَغَتْ ذُنُوْبُكَ عَنَانَ السَّماَءِ ثُمَّ اسْتَغْفَرْتَنِي غَفَرْتُ لَكَ، يَا ابْنَ آدَمَ، إِنَّكَ لَوْ أَتَيْتَنِي بِقُرَابِ اْلأَرْضِ خَطاَياَ ثُمَّ لَقِيْتَنِي لاَ تُشْرِكْ بِي شَيْئاً لأَتَيْتُكَ بِقُرَابِهَا مَغْفِرَةً [رواه الترمذي وقال حديث حسن صحيح ]
Dari AnasAllah ta’ala telah berfirman : “Wahai anak Adam, selagi engkau meminta dan berharap kepada-Ku, maka Aku akan mengampuni dosamu dan Aku tidak pedulikan lagi. Wahai anak Adam, walaupun dosamu sampai setinggi langit, bila engkau mohon ampun kepada-Ku, niscaya Aku memberi ampun kepadamu. Wahai anak Adam, jika engkau menemui Aku dengan membawa dosa sebanyak isi bumi, tetapi engkau tiada menyekutukan sesuatu dengan Aku, niscaya Aku datang kepadamu dengan (memberi) ampunan sepenuh bumi pula”. HR. Tirmidzi, Hadits hasan shahih [1]

ku nukilkan, kata2 drpd kisah seorang lelaki yang membunuh 100 orang yg ingin bertaubat,

وَمَنْ يَحُولُ بَيْنَهُ وَبَيْنَ التَّوْبَةِ
dan siapakah yang boleh menghalang antaramu dengan taubat ?
- HR Muslim.

Pintu taubat sentiasa terbuka seluasnya-luasnya. Tiada yang menghalang seseorang itu bertaubat selain dirinya sendiri..maka apakah menghalang kita daripada bertaubah?
wahai jiwa, ingatlah harapan itu sentiasa dtg kepada kita, mengetuk jiwa, mengetuk hati,
jika tersilap melakukan dosa, maka bertaubatlah pada Allah, jika tersungkur ag, bertaubatlah, tiada  apa yang akan menghalang drpd bertaubat..
INGATLAH, ALLAH itu maha melihat, dia melihat kita ini lemah, kita berusaha melawannya, namun tetap tersungkur..

MAKA,
berusahalah jiwa, berusahalah insan, berusahalah diri,
usah putus harapan, usah putus semangat.. kita ni manusia, yang tidak putus daripada melakuakan kesilapan. itulah manusia...

teringat kata2 ustaz emran,ingatlah,syaitan sering memerangkap kita menggunakan kelemahan diri kita.
Imam Ibnul Jauzi RH, memetik satu kata-kata dalam kitab talbis iblis,
(perangkap iblis),

سمعت الْحَسَن بْن صالح رحمه اللَّه ، يَقُول :
 " إن الشَّيْطَان ليفتح للعبد تسعة وتسعين بابا من الخير يريد به بابا من الشر

sesungguhnya syaitan pasti membuka untuk hamba itu,99 pintu
daripada kebaikan, kerana dia ingin dengan-nya kita terjerumus
dalam satu pintu keburukan.

cukuplah sekadar ini, asif bangat, kerana nukilanku ini panjang, sebenarnya, tulisan ini akan ku tatap selalu, agar memberi semangat kepadaku dlm melalui hari2 yang mencabar..ku akhiri dengan doa, yang sanadnya sahih yang ku jumpai dlm riyadhus shalihin, amalkanlah yer, nak print pun boleh(dlm post yang berlainan dlm blog ni)

>minta maaf, klu da melakukan kesilapan terhadap kalian, barangkali, umurku tidak lama, maka jika da kesilapan yang dilakukan secara zahir mahupun tersembunyi, mohon diampuninye, terutamanya sebagai seorang ketua/pemimpin yang masih belajar...tegurlah secara terbuka mahupun tertutup, aku sangat memerlukannya...
>buat ayahanda, SELAMAT HARI LAHIR...

SyRiA TiDaK kItA lUpAkAn...

Ayuh doakan kemenangan buat ISLAM. Mujahidin sedang berperang dengan tentera Dajjal dan Syaitan. Ayuh tadah tangan dan minta pertolongan dari Allah swt. Kita tidak mampu mengangkat senjata, namun kita mampu mengangkat tangan.

اللَّهُمَّ انْصُرْ إخوانَنَا الْمُسْتَضْعَفِين في سُورِيَا . اللَّهُمَّ انْصُرْ إخْوانَنَا الْمُجاهِدِين في سُورِيَا . اللَّهُمَّ انْصُرْهُم نَصْراً مؤَزَّرًا . اللَّهُمَّ وَحِّدْ كَلِمَتَهُم وسَدِّدْ رَمْيَهُم وَأَنْزِلْ فِي قُلُوْبِهِمُ السَّكِينَةَ . اللَّهُمَّ كُنْ لَهُمْ وَلِيًّا ونَصِيرًا ، اللَّهُمَّ إنَّهُم مَظْلُومُون فَانْتَصِرْ لَهُمْ ، إِنَّهُمْ فُقَرَاءُ فَأَغْنِهِمْ . اللَّهُمَّ ارْحَمْ مَوْتَاهُمْ وَاشْفِ جُرْحَاهُمْ ، وَتَقَبَّلْ شُهَدَاءَهُمْ ، اللَّهُمَّ أَيِّدْهُمْ بِتَأْيِيْدِكَ وَاحْفَظْهُمْ بِحِفْظِكَ يَا قَوِيُّ يَا عَزِيزُ

maksud doa :
Ya Allah, bantulah saudara2 kami yg lemah di Syria..
Ya Allah, bantulah saudara2 mujahidin kami di Syria..
Ya Allah, bantulah mereka dgn bantuan yg berganda2..
Ya Allah, satukanlah kata2 mereka,
tepatkanlah lontaran mereka,
berikanlah ketenangan dlm hati2 mereka..
Ya Allah, Kau jadilah wali dan pembantu mereka..
Ya Allah, sesungguhnya mereka dizalimi maka bantulah mereka,
sesungguhnya mereka itu miskin maka kayakanlah mereka..
Ya Allah, Kau rahmatilah orang2 yg mati di kalangan mereka,
sembuhkanlah luka2 mereka,
dan terimalah orang yg mati syahid di kalangan mereka..
Ya Allah, Kau sokonglah mereka dgn sokongan-Mu,
peliharalah mereka dgn peliharaan-Mu,
wahai Tuhan yg Maha Kuat lagi Maha Perkasa..



اللَّهُمَّ يَا مُنْزِلَ الْكِتَابِ ، وَيَا مُجْرِيَ السَّحَابِ ، وَيَا سَرِيعَ الْحِسَابِ ، وَيَا هَازِمَ الأَحْزَابِ ، اهْزِمْ الْيَهُودَ الْمُعْتَدِينْ وَالصَّهَايِنَةَ الإسْرَائِلِيِّينَ الغَاصِبِيْنَ ، وَزَلْزِلْهُمْ وعَذِّبْهُمْ عَذَاباً شَدِيْداً . اللَّهُمَّ إنَّهُمْ قَدْ بَغَوْا وَسَعَوْا فِي الأرْضِ فَسَادًا . اللَّهُمَّ فَرِّقْ جَمْعَهُمْ وَشَتِّتْ شَمْلَهُمْ وَأنْزِلْ فِي قُلُوبِهِمُ الرُّعْبَ . وَاجْعَلْ بَأْسَهُمْ بَيْنَهُم شَدِيْدًا ، وَيَامُنْتَقِمُ مِنَ الْمُجْرِمِينَ ، اِنْتَقِمْ مِنْهُمْ وَأَنْزِلْ عَلَيْهِمْ بَأْسَكَ الَّذِي لاَيُرَدُّ عَنِ الْقَوْمِ الْمُجْرِمِينْ
Ya Allah, Engkaulah yg menurunkan kitab (al-Quran),
Engkaulah yg menggerakkan awan,
Engkaulah yg cepat mmbuat perhitungan,
Engkaulah yg menghancurkan tentera al-Ahzab (tentera kafir bersekutu dlm perang Khandaq),
maka Kau hancurkanlah orang2 yahudi yg menceroboh
dan orang2 israel zionis yg merogol,
Kau goncangkanlah (hati2) mereka,
dan Kau turunkanlah azab kepada mereka dgn azab yg sangat pedih..
Ya Allah, sesungguhnya mereka itu pendengki
dan membuat kerosakan di muka bumi..
Ya Allah, Kau pecah-belahkanlah kumpulan mereka,
Kau hilangkanlah kesatuan mereka,
dan Kau campakkanlah perasaan gementar/ragu2 di hati mereka..
Ya Allah, Kau jadikanlah kekuatan mereka (umat Islam) sesama mereka teguh..
Wahai Allah yg memberi balasan kepada orang2 yg berdosa/penjenayah,
Kau balaslah perbuatan mereka (orang2 kafir)
dan turunkanlah kekuatan Engkau (melalui bala tentera Engkau) kepada mereka (orang2 kafir)
yg mana kekuatan Kau itu semestinya tidak boleh dilawan oleh orang2 yg berdosa itu..

Saturday, 15 June 2013

DoA...

peringatan bagi diri ini...
jom amalkan..
doa yang cukup mendalam maksud dia

اللَّهُمَّ أَصْلِحْ لِي دِينِي الَّذِي هُوَ عِصْمَةُ أَمْرِي
Allahumma ashlih li dinil-ladzi huwa ‘ishmatu amri,

وَأَصْلِحْ لِي دُنْيَايَ الَّتِي فِيهَا مَعَاشِي
wa ashlih li dunyayal-lati fiha ma’asyi

وَأَصْلِحْ لِي آخِرَتِي الَّتِي فِيهَا مَعَادِي
wa ashlih li akhiratiyal-lati fiha ma’adi

وَاجْعَلْ الْحَيَاةَ زِيَادَةً لِي فِي كُلِّ خَيْرٍ
waj’alil-hayata ziyzdztzl-li fi kulli khair

وَاجْعَلْ الْمَوْتَ رَاحَةً لِي مِنْ كُلِّ شَرٍّ
waj’alil-mauta rahatal-li min kulli syarr

“Ya Allah, perbaikilah agamaku yang ia merupakan benteng pelindung bagi urusanku. Dan perbaikilah duniaku untukku, yang ia menjadi tempat hidupku. Serta perbaikilah akhiratku, yang ia menjadi tempat kembaliku. Jadikanlah kehidupan ini sebagai tambahan bagiku dalam setiap kebaikan, serta jadikanlah kematian sebagai kebebasan bagiku dari segala kejahatan.”

doa itu pedang????

seringkali kita mendengar bahawa doa orang mukmin itu umpama pedang.. namun kita kehairanan kenapa doa kita seringkali tidak dimakbulkan. benarlah tentang doa kita itu dimakbulkan mengikut kesusaian kita kerana Allah lebih mengetahui tentang apa yang terbaik bagi kita.

teringat hadis ke 10 (baik, haram dan syarat penerimaan),

Kemudian Baginda menyebut perihal seorang lelaki yang bermusafir jauh, yang berambut kusut masai dan berdebu, yang menadah tangan ke langit (iaitu berdoa): Wahai Tuhanku! Wahai Tuhanku!

Bagaimanakah doanya akan dimakbulkan sedangkan makanannya haram, minumannya haram, pakaiannya haram dan dia dikenyangkan dengan makanan yang haram? [1]

sekadar berkongsi pengajaran hadis ini yakni:

1)penerimaan amalan itu bergantung pada:
- bergantung kepada pemakanannya halal/haram.
- sebab kepada diterima atau tidaknya doa/ibadah yang dilakukan.

2) Sebab- sebab diperkenankan doa serta beberapa adabnya:
-perjalanan yang jauh – (hadis – tiga jenis doa yang diperkenankan , doa orang yg dizalimi, orang dlm
musafir dan doa ibu terhadap anaknya)
-antara asas dlm berdoa adalah sentiasa memulakan dengan memuji-memuji nama Allah dan berselawat ke atas rasulullah.

Imam al-Izz al-Hanafi berkata:
Doa-doa, memohon perlindungan daripada Allah, dan jampi adalah umpama pedang.

Pedang itu bergantung juga kepada orang yang menggunakannya, bukan sekadar pada ketajamannya.

Apabila pedang itu tajam, orang yang menghayunnya kuat, yang mahu diserang itu mampu dipotong, dan penghalang-penghalang sudah tiada; maka pihak musuh akan berjaya ditebas.

Apabila salah satu daripada faktor di atas tiada, maka ia tidak akan berjaya.

Apabila yang berdoa itu dirinya sendiri tidak soleh, atau hatinya tidak menghayati dengan apa yang diminta oleh lisannya, atau ada penghalang-penghalang yang menghalang doa daripada dimakbulkan. Maka doa itu tidak akan meninggalkan kesan.
[Sharh al-Aqidah al-Tahawiah][2]

semuanya bergantung pada diri...
ingatlah doa kita perlu dilandaskan pada 4 perkara yakni
-meletakkan segala pengharapan yang doa kita akan tertunai
-merendah diri dan hati ketika berdoa
- yang ketiga dan keempat ni seriusly tak ingat, klu sape2 ingat minta tolong gtau yer...


RUJUKAN BERSAMA:[1]

إِنَّ اللهَ تَعَالَى طَيِّبٌ لاَ يَقْبَلُ إِلاَّ طَيِّباً، وَإِنَّ اللهَ أَمَرَ الْمُؤْمِنِينَ بِمَا أَمَرَ بِهِ الْمُرْسَلِينَ، فَقَالَ تَعَالَى: يَا أَيُّهَا الرُّسُلُ كُلُوا مِنَ الطَّيِّبَاتِ وَاعْمَلُوا صَالِحًا وَقَالَ تَعَالَى: يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ كُلُواْ مِن طَيِّبَاتِ مَا رَزَقْنَاكُمْ ثُمَّ ذَكَرَ الرَّجُلَ يُطِيلُ السَّفَرَ، أَشْعَثَ أَغْبَرَ، يَمُدُّ يَدَيْهِ إِلَى السَّمَاءِ: يَا رَبُّ؛ يَارَبُّ؛ وَمَطْعَمُهُ حَرَامٌ، وَمَشْرَبُهُ حَرَامٌ، وَمَلْبَسُهُ حَرَامٌ، وغُذِيَ بِالْحَرَامِ؛ فَأَنّى يُسْتَجَابُ لَهُ رَوَاهُ مُسْلِمٌ

 Daripada Abu Hurairah r.a beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda:
Sesungguhnya Allah Ta’ala baik, Dia tidak menerima kecuali perkara yang baik. Dan sesungguhnya Allah telah memerintahkan orang-orang mukmin dengan apa yang telah diperintahkan kepada para Rasul di mana Allah Ta’ala berfirman: (Wahai para Rasul! Makan minumlah kamu makanan yang baik-baik dan hendaklah kamu beramal soleh). Dan Allah Ta’ala berfirman: (Wahai orang-orang yang beriman! Makan minumlah kamu makanan yang baik-baik yang Kami rezekikan kepada kamu).
Kemudian Baginda menyebut perihal seorang lelaki yang bermusafir jauh, yang berambut kusut masai dan berdebu, yang menadah tangan ke langit (iaitu berdoa): Wahai Tuhanku! Wahai Tuhanku!
Bagaimanakah doanya akan dimakbulkan sedangkan makanannya haram, minumannya haram, pakaiannya haram dan dia dikenyangkan dengan makanan yang haram?
Hadis riwayat al-lmam Muslim


rujukan [2]:

فالأدعية والتعوذات والرقى بمنزلة السلاح، 
Doa-doa, memohon perlindungan daripada Allah, dan jampi adalah umpama pedang.

والسلاح بضاربه، لا بحده فقط، 
Pedang itu bergantung juga kepada orang yang menggunakannya, bukan sekadar pada ketajamannya.


فمتى كان السلاح سلاحا تاما والساعد قويا، والمحل قابلا، والمانع مفقودا: حصلت به النكاية في العدو، 
Apabila pedang itu tajam, orang yang menghayunnya kuat, yang mahu diserang itu mampu dipotong, dan penghalang-penghalang sudah tiada; maka pihak musuh akan berjaya ditebas.

ومتى تخلف واحد من هذه الثلاثة تخلف التأثير,
Apabila salah satu daripada faktor di atas tiada, maka ia tidak akan berjaya.


فإذا كان الدعاء في نفسه غير صالح، أو الداعي لم يجمع بين قلبه ولسانه في الدعاء، أو كان ثم مانع من الإجابة لم يحصل الأثر.
Apabila yang berdoa itu dirinya sendiri tidak soleh, atau hatinya tidak menghayati dengan apa yang diminta oleh lisannya, atau ada penghalang-penghalang yang menghalang doa daripada dimakbulkan. Maka doa itu tidak akan meninggalkan kesan.
[Sharh al-Aqidah al-Tahawiah][2]


sayyidul istighfar

Sayyidul Istighfar

Syaddad bin Aus radiallahu 'anhu meriwayatkan Nabi sallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

سَيِّدُ الِاسْتِغْفَارِ أَنْ تَقُولَ
Sayyidul Istighfar ialah engkau membaca:

اللَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّي ، لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ ،
Ya Allah, engkau Tuhan ku, tiada yang layak disembah selain engkau.

خَلَقْتَنِي وَأَنَا عَبْدُكَ ،
Engkau telah menciptakan aku, dan aku hamba Mu.

وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَا اسْتَطَعْتُ ،
Aku berusaha untuk memenuhi sumpah dan janji ku semampu kemampuanku.

أَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْتُ ،
Aku berlindung dengan Mu daripada kejahatan perbuatan ku.

أَبُوءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَيَّ ،
Aku mengakui dengan segala nikmat Mu ke atas ku.

وَأَبُوءُ لَكَ بِذَنْبِي
Aku mengakui kepada Mu tentang dosa ku.

فَاغْفِرْ لِي فَإِنَّهُ لَا يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلَّا أَنْتَ
Ampunilah aku. Sesungguhnya tiada yang mengampuni dosa-dosa selain Engkau.


قَالَ : وَمَنْ قَالَهَا مِنَ النَّهَارِ مُوقِنًا بِهَا فَمَاتَ مِنْ يَوْمِهِ قَبْلَ أَنْ يُمْسِيَ ، فَهُوَ مِنْ أَهْلِ الْجَنَّةِ ، .
Sesiapa yang membacanya pada waktu siang dengan penuh keyakinan, lalu dia meninggal pada hari itu sebelum masuknya malam, maka dia adalah ahli syurga.

وَمَنْ قَالَهَا مِنَ اللَّيْلِ وَهُوَ مُوقِنٌ بِهَا فَمَاتَ قَبْلَ أَنْ يُصْبِحَ ، فَهُوَ مِنْ أَهْلِ الْجَنَّةِ
Sesiapa yang membacanya pada waktu malam dengan penuh keyakinan, lalu dia meninggal sebelum masuknya waktu siang, maka dia adalah ahli syurga.

صحيح البخاري»كِتَاب الدَّعَوَاتِ»بَاب أَفْضَلِ الِاسْتِغْفَارِ
[Sahih al-Bukhari, Kitab Doa, Bab Kelebihan Istighfar, hadis no: 5858]

Wednesday, 5 June 2013

cinta??? isteri???

teringat kisah sultan alfatih yang ibu bapanya bukanlah calang2 orang...subhanaallah ayahnya saja cukup hebat...maka dengan adanye baitul muslim yang benar2 berlandaskan jalan islam maka lahirkanlah lebih ramai ummat ini yang mana ber'amal dengan Islam, yang kemudian memimpin manusia-manusia lainnya kembali menyembah tuhan yang Esa...

aarrrgggh, aku cemburu melihat kalian berdua akhi, wajah kalian cukup berseri selepas antum berkahwin, persoalannya bila aku ni? maka aku mulakan dengan checklist ni:

3 perkara yang sering dinasihatkan buat pemuda/pemudi yang menghampiri gerbang pernikahan:

1) perbaiki aqidah
2) perdalami fiqh

3) sempurnakan akhlak.

sudahkah aku cukup aku penuhkan dengan ni?yang paling penting perbaiki akidah...

Baitul muslim(keluarga muslim). Unit terpenting dalam pembinaan ummat. Sungguh. Darinya lahir ulama' dan umara' yang hebat. Mujaddid yang teguh...

Permulaannya pada ibubapa. Persediaan yang baik, niat yang benar dan tujuan bernikah yang jelas....

تَفَقَّهُوا قَبْلَ أَنْ تُسَوَّدُوا
fahamilah 'ilmu(agama) sebelum memimpin

تَفَقَّهُوا قَبْلَ أَنْ تزوجوا
fahamilah 'ilmu(agama) sebelum "bernikah"

>>kata rasulullah:

من رزقه الله امرأة صالحة فقد أعانه على شطر دينه فليتق الله في الشطر الباقي 
Barangsiapa direzekikan oleh Allah seorang isteri yang solehah, maka sesungguhnya (Allah) telah menolongnya atas separuh agamanya, maka bertaqwalah pada Allah dalam separuh lagi.

>>bagi jiwaku ni dan kawan2 diluar sana, ayuh persiapkan diri kalian sebelum menghadapinya dengan bertanyerkan dengan ibu bapa kalian tentang alam perkahwinan, usah malu, insyaallah bila kalian bertanyer pasti mereka mengerti dan memberi jawapan yang tepat..

>>antara buku yang menarik yang kalian baca adalah good parenting dan yang antara menarik adalah 'AKU TERIMA NIKAHNYA' by ustaz hasrizal..(insyaallah klu da masa nanti saya akan huraikan sedikit tentang kandungan buku tersebut)...

bacalah dan fahamilah, klu nak menduduki exam itu sendiri pun kita perlu menyediakan diri kita apatah lagi bila kawen  yang mana dugaannya, subhanaallah...

>persoalan>> bila akan aku kawen?(tanyer pada diri masing2)....
klu dah berkemampuan, ayuh kawenlah...

IBARAH IRAK DAN MIKRAJ

IBARAH ISRAK DAN MIKRAJ
Al-Imam Bukhari RH(wafat 256H) meriwayatkan dalam shahihnya, Bab bagaimana difardukan solat pada malam isra’, Kata nabi saw,

 فُرِجَ عَنْ سَقْفِ بَيْتِي وَأَنَا بِمَكَّةَ فَنَزَلَ جِبْرِيلُ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَفَرَجَ صَدْرِي ثُمَّ غَسَلَهُ بِمَاءِ زَمْزَمَ ثُمَّ جَاءَ بِطَسْتٍ مِنْ ذَهَبٍ مُمْتَلِئٍ حِكْمَةً وَإِيمَانًا فَأَفْرَغَهُ فِي صَدْرِي ثُمَّ أَطْبَقَهُ

 “Atap rumahku dibuka, saat itu aku berada di Mekah. (Malaikat) Jibrail turun dan membedah dadaku, kemudian mencucinya dengan air Zam Zam. Kemudian didatangkan sebuah bekas yang dibuat daripada emas, yang berisi hikmah dan iman, lalu dituang ke dalam dadaku. Kemudian dadaku ditutup." Kitab Shahih bukhari,

JELAS . Sebelum rasulullah saw, dibawa oleh malaikat jibril as menaiki buraq bagi bertemu Allah ‘azzawajalla. Perkara pertama yang dilakukan sebagai persediaan ialah tazkiyatun nafs (pembersihan jiwa).

Membersihkan jiwa dari segala penyakit hati,riak,bongkak,ujub,angkuh dan sebaginya lalu diganti dengan  hikmah dan iman. Kerana sebentar lagi dirinya akan bertemu dengn zat yang maha agung. zat yang menguasai segala-galanya. Yang menghidupkaan dan mematikan.Yang memberi rezeki.

PERSIAPAN UNTUK SOLAT
Teringat dlm posting ophtal, hampir kesemua patient perlu dititiskan eye drop agar dpt di'dilate'kan mata sebelum nak examine eye dalam mencari cup disk ratio( subhanaallah begitu sukar tuk ku apreciatenya) dan sebagainya.hatta dlm melakukan colonoscopy sahaja kita memerlukan persediaan bowel prep untuk mendapatkan keputusan yng baik. Apalagi untuk bertemu Allah ‘azzawajalla. Sepatutnya lebih dari itu. Wallahu’alam.

 DUA PERASAAN HAMBA KETIKA BERIBADAH
1) khauf(takut) - sungguh takut jika solat yang ditunaikan itu dicampakkan balik ke atas muka kita( nazubillah min zalik)

2)raja' (mengharap) - meletakkan harapan yang tinggi agar solat kita tidak sia2 dan diterima Allah

sebahagian dr nota ni kopi dan pasta from my sahabat....

Tuesday, 4 June 2013

bUlAtAN gEMbIrA


BISMILLAHI RAHMANI RAHIM..
assalamualaikum, segala puji bagi Allah, tuhan seru sekalian alam. alhamdulillah, kita masih ag diberikan penglihatan dan pendengaran yang baik agar terus melihat kekuasaan dan ciptaanNya.
insyaallah kali ni hanyalah sekadar ingin berkongsi tentang apa yang aku peroleh dari USRAH @ BULATAN GUMBIRA..hehehehe..

barangkali ketika mula2 di menara gading, aku penghidap kronik PID bukan PID tulang tu tapi Progresive Iman Deficiency(PID) which is surely an ameregency case...
EMERGENCY CASE: A man presented with shortness of tilawah, difficulty of istighfar, reduce in dhuha prayer with loss of tahajud associated with hardly giving donation. 
>>provitional diagnosis is PID secondary to inadequate tarbiyyah dzatiyyah(pendidikan diri)

disitulah murabbi aku meng'outline'kan treatment dengan mengajak aku ke usrah. walaupun diriku ini sebenarnya mencari tentang islam namun arrgghh, kemalasan membebani aku. naqibku seolah2 memahami aku, lantas menyuruh aku dan kawan2 aku mentadabbur(mengahayati) surah attaubah ayat 41 

Pergilah kamu beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah), samada dengan keadaan ringan (dan mudah bergerak) ataupun dengan keadaan berat (disebabkan berbagai-bagai tanggungjawab) dan berjihadlah dengan harta benda dan jiwa kamu pada jalan Allah (untuk membela Islam). Yang demikian amatlah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui.

sehingga kita bila masa aku berat ingin melakukan sesuatu aku pasti teringat ayat ini, 
baiklah tentang bulatan gumbira, benar usrah ni hanya bagi mereka yang cukup EXTREME..kan cuak mendengarnya, di mana ag kita nak jumpa bila berjumpa kita bercipika dan bercipiki, cium pipi kanan dan cium pipi kiri, subhanaallah satu perasaan cukup indah.

teringat pada mula2 dlm usrah perkara pertama yang diperkenalkan adalah quran, tuk beberapa minggu, bertadabbur.. bila aku terfikir, perkara pertama yang perlu dilakukan dlm usrah adalah membawa kita hampir ke ALLAH adalah percaya akan ALLAH dan wujud perasaan takut pada ALLAH, percayalah bila kita da perasaan ni, kita akan berhati2 di atasa setiap langkah kita.

dari segi bahan2 yang digunakan, wujudnya sesi tilawah, sesi hadis 40, usai itu, kami pun akan bincang tentang akhbar islami, keadaan berita2 yang berlaku di malaysia, palestin, dan sebagainya.
secara jujur, antara buku2 yang dapat membangkit jiwa yg sesuai tuk yang baru mula adalah 'apa erti saya menganut islam', 'manhaj hidup islam', 'tauhid zindani'> percaya atau tidak buku2 ni lebih banyak menyebabkan kita berfikir tentang ciptaan ALLAH. jangan lupa muwasofat tarbiyah yang akan membimbing kita apa yang perlu dicapai.

dlm usrah, masa yang ada akan digunakan untuk bertanyer soalan kepada naqib kami walaupun, naqib kami tu hanya seorang senior dlm kos kami tp kepercayaan kami dengan ilmunya menyebabkan kami yakin dapat memberikan jawapan.

kawan2 sekalian, 
tidaklah nak dikatakan usrah ni segala2nya dlm perubahan, namun percaya lah kita memerlukan seseorang tuk membimbing kita, seseorang yang dapat kita bertanyer soalan, seseorang yg dapat kita kongsikan pahit manis kehidupan agar dia menjadi seorang penasihat yang bermakna bg kita. aku perolehnya dlm usrah. >>tapi tegas ingin ku katakan, ingatlah usrah tu tujuannya adalah membawa diri kita dan naqib dekat pada ALLAH. 

ramai yang boleh habak mai kat kita betapa sedapnya roti planta MAK YUNG(nanti pakat2 g try yer, hehehe), namun selagi mana kita tidak merasainya, selagi itu kita tidak mengetahuinya. jika kita sudah merasai betapa manisnya berusrah, kita akan sentiasa menginginkannya. 

namun tidak semua perkara akan berakhir dengan kesedapan mahupun kemanisan, ditahun 2. aku pernah ditinggalkan seorang diri kerana naqib aku berpidah. disitulah waktu yang paling sukar aku pernah alami, aku kehilangan seseorang yang aku percayai. namun ingatlah

kebaikan dan kebenaran yang perlu dilakukan itu da dua perkara iaitu mencari dan mendapatkannya seterusnya menjaga dan mempertahankannya. apabila ni menjadi perkara yang perlu dan tidak memiliki maka tugasnya adalah mencari dan mendapatkannya seterusnya mempertahankannya. begitulah soal HIDAYAH. itulah hidayah yang sentiasa berkaitan dengan ikhtiar manusia. hidayah bukanlah suatu kebetulan, HIDAYAH allah bukanlah rezeki yang tidak disangka.HIDAYAH insyaallah akan wujud apabila adanya kehendak dan ikhtiar dulu sebelum dikurniakan oleh ALLAH. HIDAYAH ITU MILIK ALLAH. demikian orang yang kehilangan hidayah allah bukanlah orang yang tidak mendapat hidayah allah melainkan mereka itu sendiri yang menjauhi. manusia yang kehilangan allah adalah manusia itu sendiri melupakanNya..

INGATLAH, 

kesusahan, perjuangan, ranjau & duri itulah sahabat, jika inginkan tilam & bantal usah lagi berbicara. maka senyumlah bila Allah berbicara "Fainna ma'al 'usri yusra"..."sesungguhnya bersama-sama dengan kesusahan itu adanya kesenangan"... bukan sesudah kesusahan ada kesenagan, tetapi bersama kesusahan (ma'a) itu sendiri sudah ada kesenangan. apakah itu kesenangan? redha Allah SWT.

>>>>teringat kata2 ni yang cukup menyucuk benak hati ku...

“Sesungguhnya orang-orang yg mengatakan ‘Rabb kami ialah Allah’ kemudian mereka meneguhkan pendirian mereka maka malaikat akan turun kepada mereka ‘Janganlah kamu merasa takut dan janganlah kamu merasa sedih; dan bergembiralah kamu dgn surga yg telah dijanjikan Allah kepadamu.” . “Sesunguhnya orang-orang yg mengatakan ‘Rabb kami ialah Allah’ kemudian mereka tetap istiqamah maka tidak ada kekhawatiran terhadap mereka dan mereka tiada berduka cita.”
(SURAH ALFUSSILAT AYAT 30-32)

>>pokoknya, usrah ni merupakan satu medan untuk kita tuk refresh diri kita dengan wujudnya MUTABAAH AMAL, >>yakni contohnya sasaran 10 page quran dlm sehari, kalau tak cukup kn ketuk ketampi seratus kali, ceh tak da hukuman itu namun, lihatlah apabila kita dan kawan seusrah kita sama2 berusaha dlm melakukan amal yang disepakati akan wujud roh kesamaan. percaya atau tidak itulah hakikatnya..

sekadar itu sahaja, insyaallah just nak tamatkan dengan 2 perkara yakni,nasihat kepada diri penulis dan kawan2 ku sekalian, ingatlah dlm usaha kearah kebaikan pasti da tenggelam timbul, umpama bayi yang mula belajar berdiri, pastinya, akan terjatuh beberapa kali sebelum berjaya, namun lihatlah betapa semangatnya bayi tu tuk terus berdiri walaupun beberapa kali jatuh, kerana apa dia tahu dan percaya dia mampu berdiri...
INGATLAH, sesungguhnya kita perlu berusaha bersungguh-sungguh kerana hasilnya kita serah pada Allah, yang penting kita berusaha..dan penting berdoalah pada Allah, kerana Allah itu maha mendengar, maha berkuasa atas sesuatu, berdoalah meminta diri kita sentiasa dibawah naungannya dan dibawah hidayahNya..

kepada semua naqib2 diluar sana barangkali, aku ni bukanlah yang terbaik namun ingatlah pesanan ini,

MENJADI NAQIB  itu mirip dengan pekerjaan seorang petani. biji yang ditanam tidak cukup hanya dibenamkan ke tanah lalu ditinggalkan. kemudian kita berharap akan kembali pada suatu hari untuk memetik hasilnya.

MUSTAHIL!MUSTAHIL!MUSTAHIL!
tanaman itu harus disiram setiap hari, dijaga, dipelihara, dipagari, bahkan kalau tunas-tunasnya mulai tumbuh, kita harus menungguinya, sebab burung-burung juga berminat pada pucuk yang segar itu.
jadi, para mad'u kita harus dirawat, situmbuhkan, diarahkan, dinasihati sampai benar-benar matang. dijaga alur pembinaannya, ditanamkan motivasi-motivasi debnagun keikhlasan mereka, didengarkan pendapat-pendapatnya, bahkan kita perlu sesekali berpergian dengannya. agar kita memahami betul k kader dakwah kita sebenarnya...
KH rahmat abdullah