Sunday, 28 July 2013

taubat...

aku terfikir kata-kata ini dari seorang patient,
"kalau saya buat salah, adakah Allah maafkan saya"

natijahnya pasti ramai pernah fikir akan soalan ini...

Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dialah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.(Az-zumar 39 :53)

cukuplah ayat ini menjawab segala2nya, jika diperhatikan dengan teliti, bagaaimana Allah memujuk jiwa setiap insan yang melakukan dosa agar tidak putus asa dengan rahmatnya. Ketika mana kita melampaui batas dengan melakukan dosa dan maksiat kepada Allah ‘azzawajalla. Tiba-tiba dengan lembut Allah ‘azzawajalla menyapa dengan firmannya

“la taqnatu min rahmatillah, innallaha yaghfiru zunuuba jamii'a” janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa.

Bahkan bukan itu sahaja. Malah Allah ‘azzawajalla menegaskan sekali lagi di penghujung ayat sesungguhnya Dialah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

Kita semua tidak akan pernah sunyi dari melakukan dosa. Samada sengaja ataupun tidak.Maka, di saat kita tergelincir, Segeralah kembali kepada Allah. Ketahuilah, Dia sentiasa ada untuk mengampuni. Tidak kira dosa itu setinggi awan dilangit atau sebesar dunia.

Firman Allah 'azzawajalla dalam hadis qudsi riwayat Imam at tirmizi RH(wafat 279H). "wahai anak adam, sekirannya engkau memohon kepada-Ku dan berharap kepada-Ku akan aku ampuni apa yang telah kamu lakukan. Aku tidak peduli. Wahai anak adam, jika dosa-dosamu setinggi awan di langit kemudian engkau meminta ampunan kepada-Ku,akan aku ampuni.
Imam Tirmizi RH berkata, hadis ini hasan shahih.
Hadis ke 42 Arba'in An nawawiyyah, Allah pengampun segala dosa

>menghampiri 10 malam terakhir....
ayuh semua usaha mencari dan mendapatkan keampunanNya

( اللَّهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ، تُحِبُّ الْعَفْوَ، فَاعْفُ عَنِّى )

( اللَّهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ،
"Ya Allah,  ya Tuhanku,  sesungguhnya Engkau sentiasa memaafkan
 تُحِبُّ الْعَفْوَ،
lagi suka memaafkan
 فَاعْفُ عَنِّى )
oleh itu maafkanlah salah silapku.

huraian penuh...
link penuh

(Hadith Sahih - Riwayat Tirmizi)
Maksud doa yang tersebut: "Ya Allah,  ya Tuhanku,  sesungguhnya Engkau sentiasa memaafkan (salah silap hamba-hamba-Mu), lagi suka memaafkan, oleh itu maafkanlah salah silapku."
link penuh

rujukan bersama

وَمَنْ يَحُولُ بَيْنَهُ وَبَيْنَ التَّوْبَةِ
dan siapakah yang boleh menghalang antaramu dengan taubat ?
- HR Muslim.
link penuh

  وَمَن يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلاَّ اللّهُ
 "wa man yaghfiruzzunuba illallah"
dan siapa(lagi) yang dapat mengampuni dosa-dosa selain Allah?(3:135)

Wallahu'alam.

No comments:

Post a Comment