seorang anesthetic sedang mengambil history taking sambil membuat last prep on the patient yang mana bakal berada dalam general anesthesia untuk membuang dosa dan menambahkan dose iman sekaligus mencapai tahap taqwa seperti yang dikehendaki di akhir rawatan ramadhan ini...
maka anesthetic itupun membuat konklusi awal tentang keadaan patient,
This is young gentleman/lady, background history of lack of khusyuk in shalat, insufficient of solat sunat, difficulty of istighfar and shortness of alquran recitation for the past 11months. He also complaints of hardly giving donation.
He was admitted to OT for major operation on purifies and atones for sin.
(as the Prophet said: "Whoever fasts Ramadan out of sincere faith and seeking his reward from God, his previous sins will be forgiven.").
as patient lying flat on the bed in OT, patient was indused with propofol and fentanyl causing patient unconcious and the operation is easily been carry out. situasi ini cuba kita bayangkan dimana kesemua syaitan dibelenggu, nereka2 ditutup di bulan ramadhan dimana kita dalam keadaan unconcious tentang dunia dan hanya kita dengan ALLAH, sewajarnya kita merebut peluang ini untuk memudahkan kita dalm mencapai taqwa di akhir ramadhan seperti yang termaktub dalam hadis ini:
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ ، قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ :
Abu Hurairah r.a berkata: Rasulullah s.a.w bersabda:
" أَتَاكُمْ رَمَضَانُ شَهْرٌ مُبَارَكٌ ،
Telah datang kepada kamu bulan Ramadhan yang penuh keberkatan.
فَرَضَ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ عَلَيْكُمْ صِيَامَهُ ،
Allah telah memfardhukan ke atas kalian untuk berpuasa.
تُفْتَحُ فِيهِ أَبْوَابُ السَّمَاءِ ،
Pintu-pintu langit telah dibuka,
وَتُغْلَقُ فِيهِ أَبْوَابُ الْجَحِيمِ ،
pintu-pintu neraka telah ditutup.
وَتُغَلُّ فِيهِ مَرَدَةُ الشَّيَاطِينِ لِلَّهِ ،
Syaitan-syaitan telah dirantai kerana Allah.
فِيهِ لَيْلَةٌ خَيْرٌ مِنْ أَلْفِ شَهْرٍ ،
Padanya terdapat satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan.
مَنْ حُرِمَ خَيْرَهَا فَقَدْ حُرِمَ "
Sesiapa yang diharamkan daripada kebaikannya, maka sesungguhnya benar-benar dia haram daripadanya.
[Imam an-Nasaie dalam as-Sunan al-Sughra : 2089]
maka disini bermulalah saat betapa pentingnya maintainance phase yakni penggunaan gas inhalation of sevoflurane agar patient terus dalam keadaan unconcious dan cuma beribadah kerana ALLAH tanpa gangguan syaitan.
dalam keadaan unconcious dari gangguan syaiatin,seharusnya kita mudah mempertingkat amalan kita sepanjang berada dalam bulan ramadhan dalam pada yang sama agar dapat terus melatih diri kita dekat dengan RABB kita...
antara amalan yang digalakkan dalam bulan ramadhan adalah membaca quran, sedekah, solat fardhu berjemaah, solat terawih berjemaah, membantu orang lain dan sebagainya. malah ianya bukan hanya melatih kita dekt pada Allah hatta pahala yang diberikan itu adalah milik Allah.
Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam pernah bersabda:
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ ، قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : ” كُلُّ عَمَلِ ابْنِ آدَمَ يُضَاعَفُ الْحَسَنَةُ عَشْرُ أَمْثَالِهَا إِلَى سَبْعمِائَة ضِعْفٍ ، قَالَ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ : ” إِلَّا الصَّوْمَ فَإِنَّهُ لِي ، وَأَنَا أَجْزِي بِهِ ، يَدَعُ شَهْوَتَهُ وَطَعَامَهُ مِنْ أَجْلِي ، لِلصَّائِمِ فَرْحَتَانِ : فَرْحَةٌ عِنْدَ فِطْرِهِ ، وَفَرْحَةٌ عِنْدَ لِقَاءِ رَبِّهِ ، وَلَخُلُوفُ فِيهِ أَطْيَبُ عِنْدَ اللَّهِ مِنْ رِيحِ الْمِسْكِ ” .
Abu Hurairah radiallahu ‘anhu berkata: Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Setiap amalan anak adam, pahalanya akan digandakan sepuluh kali ganda sehinggalah tujuh ratus kali ganda. Allah berkata: Kecuali puasa. Sesungguhnya ia milik Aku. Aku lah yang akan membahagi-bahagikan ganjaran pahalanya. Orang yang berpuasa itu telah meninggalkan nafsu syahwat dan makan minum kerana Aku. Orang yang berpuasa memiliki dua kegembiraan: Kegembiraan ketika berbuka puasa dan kegembiraan ketika bertemu Tuhannya. Sesungguhnya bau mulut orang yang berpuasa lebih wangi daripada wangian kasturi. [Sahih Muslim, Kitab Puasa, Bab Fadhilat Puasa, hadis no:1952]

moga2 pembedahan kita dalam month of ramadhan berjaya tanpa sebarang komplikasi sama ada dr pembendahan itu sendiri atau dari anesthetic complication. sesuatu yang perlu diusahakan bersama, moga2 selepas ramadhan, kita teruskan dalam beribadat kepada ALLAH. ramadhan ini adalah alat dalam membantu kita menjadi seorang yang bertaqwa.
ingatlah aku yang menulis disini bukanlah seorang yang baik atau alim, aku hanya berusaha memperbaiki diriku sendiri,jika ada sebarang kesilapan, aku memohon keampunan dan paling pasti memerlukan teguran kalian jika da melakukan kesilapan...
insyallah now time to recharged, salam menjalani ibadah didalam ramadhan....
Berniat puasa setiap hari di bulan Ramadhan akan membantu untuk melahirkan keikhlasan -Dr. Bilal Philips-
No comments:
Post a Comment