Saturday, 27 July 2013

marah dan aku??

bukan mudah mengawal kemarahan...
setiap insan hatta jiwa yang menulis ini juga sama, maka
penulisan ini adalah untuk peringatan bagi jiwa yang menulis ini
yang pasti lemah lagi kerdil....

marah..dikala jiwa tidak mapu menahan apabila diuji beberapa kondisi kepayahan,
marah meluap dan meletus..
hanya satu yang penting disaat ini, JANGAN MARAH...

Kuat itu bukan pada fizikalnya.Atau harta yang mengunung ke langit. Yang kuat mampu menahan ammarah. Ammarah itu api. Membakar jiwa pemarah dan yang dimarahi.

teringat kisah,
Seorang lelaki datang berjumpa nabi saw lalu berkata,
Ausini (nasihatkan aku),
La taghdab...La taghdab...La taghdab (Jangan marah)

Nasihat yang ringkas dan padat. Namun apabila yang menuturkannya ialah murabbi ummat dengan didikan langsung dari ar-rahman. Ianya menjadi penting.
Mohon maaf dan memaafkan adalah sifat yang sangat peri pentingnya.

Marah ibarat menukul paku pada papan jiwa yang dimarahi. Walaupun paku dicabut dengan ungkapan maaf, bekasnya masih tertinggal. Demikian, perlunya redha. Agar bekas tu dapat ditampal. kita harus punya sifat ini. Mampu menahan ammarah dan menuturkan kata maaf.

>aku mencemburui mu kerana kesabaranmu...
highly this credit to my bro, banyak yang aku pelajari dari mu tentang apa itu kesabaran..
YA Allah mudahkanlah aku mengawal kemarahan dalam diriku...

No comments:

Post a Comment