Monday, 1 July 2013

BaHasA ArAb (RiNdU)

Benarkah Rindu Kita Kepada Tuhan?

مَنْ كَانَ يَرْجُو لِقَاءَ اللَّهِ فَإِنَّ أَجَلَ اللَّهِ لَآتٍ وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ
Barangsiapa yang mengharap pertemuan dengan Allah, maka sesungguhnya waktu [yang dijanjikan] Allah itu, pasti datang. Dan Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. (Al-'Ankabut 29:5)

Shaikh Abdul Rahman as-Sa'di berkata:
يا أيها المحب لربه، المشتاق لقربه ولقائه، المسارع في مرضاته، أبشر بقرب لقاء الحبيب،
Wahai pencinta Tuhannya, yang sungguh ghairah mahu bertemu denganNya, yang berlumba-lumba menuju keredhaanNya. Bergembiralah kalian dengan pertemuan bersama Yang Tercinta.

فإنه آت، وكل آت إنما هو قريب، فتزود للقائه، وسر نحوه، مستصحبا الرجاء، مؤملا الوصول إليه،
Sesungguhnya saat itu sedang datang, setiap yang datang itu semakin dekat! Bersiap sedialah untuk bertemu denganNya, simpanlah segala yang lain, berharaplah untuk bertemu dengannya.

ولكن، ما كل من يَدَّعِي يُعْطَى بدعواه، ولا كل من تمنى يعطى ما تمناه،
Tetapi, bukanlah semua yang berdoa itu diberikan apa yang dia doakan. Bukanlah semua yang berharap itu dikabulkan harapannya.

فإن اللّه سميع للأصوات، عليم بالنيات، .
Sesungguhnya Allah mendengar suara-suara, mengetahui niat-niat di dalam hati.

فمن كان صادقا في ذلك أناله ما يرجو،
Sesiapa yang benar pada harapannya, dia akan mendapat apa yang dia harapkan.

ومن كان كاذبا لم تنفعه دعواه،
Sesiapa yang dusta, maka doanya itu tidak memberikan manfaat.

وهو العليم بمن يصلح لحبه ومن لا يصلح
Allah itu Maha Tahu siapakah yang suci cintanya dan siapa pula yang dusta cintanya.

[Taisir al-Karim ar-Rahman]

kopi pasta- tujuan tuk baca dalam bahasa arab(cuba delete yang bm and cuba translate)

No comments:

Post a Comment