Sunday, 28 July 2013

taubat...

aku terfikir kata-kata ini dari seorang patient,
"kalau saya buat salah, adakah Allah maafkan saya"

natijahnya pasti ramai pernah fikir akan soalan ini...

Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dialah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.(Az-zumar 39 :53)

cukuplah ayat ini menjawab segala2nya, jika diperhatikan dengan teliti, bagaaimana Allah memujuk jiwa setiap insan yang melakukan dosa agar tidak putus asa dengan rahmatnya. Ketika mana kita melampaui batas dengan melakukan dosa dan maksiat kepada Allah ‘azzawajalla. Tiba-tiba dengan lembut Allah ‘azzawajalla menyapa dengan firmannya

“la taqnatu min rahmatillah, innallaha yaghfiru zunuuba jamii'a” janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa.

Bahkan bukan itu sahaja. Malah Allah ‘azzawajalla menegaskan sekali lagi di penghujung ayat sesungguhnya Dialah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

Kita semua tidak akan pernah sunyi dari melakukan dosa. Samada sengaja ataupun tidak.Maka, di saat kita tergelincir, Segeralah kembali kepada Allah. Ketahuilah, Dia sentiasa ada untuk mengampuni. Tidak kira dosa itu setinggi awan dilangit atau sebesar dunia.

Firman Allah 'azzawajalla dalam hadis qudsi riwayat Imam at tirmizi RH(wafat 279H). "wahai anak adam, sekirannya engkau memohon kepada-Ku dan berharap kepada-Ku akan aku ampuni apa yang telah kamu lakukan. Aku tidak peduli. Wahai anak adam, jika dosa-dosamu setinggi awan di langit kemudian engkau meminta ampunan kepada-Ku,akan aku ampuni.
Imam Tirmizi RH berkata, hadis ini hasan shahih.
Hadis ke 42 Arba'in An nawawiyyah, Allah pengampun segala dosa

>menghampiri 10 malam terakhir....
ayuh semua usaha mencari dan mendapatkan keampunanNya

( اللَّهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ، تُحِبُّ الْعَفْوَ، فَاعْفُ عَنِّى )

( اللَّهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ،
"Ya Allah,  ya Tuhanku,  sesungguhnya Engkau sentiasa memaafkan
 تُحِبُّ الْعَفْوَ،
lagi suka memaafkan
 فَاعْفُ عَنِّى )
oleh itu maafkanlah salah silapku.

huraian penuh...
link penuh

(Hadith Sahih - Riwayat Tirmizi)
Maksud doa yang tersebut: "Ya Allah,  ya Tuhanku,  sesungguhnya Engkau sentiasa memaafkan (salah silap hamba-hamba-Mu), lagi suka memaafkan, oleh itu maafkanlah salah silapku."
link penuh

rujukan bersama

وَمَنْ يَحُولُ بَيْنَهُ وَبَيْنَ التَّوْبَةِ
dan siapakah yang boleh menghalang antaramu dengan taubat ?
- HR Muslim.
link penuh

  وَمَن يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلاَّ اللّهُ
 "wa man yaghfiruzzunuba illallah"
dan siapa(lagi) yang dapat mengampuni dosa-dosa selain Allah?(3:135)

Wallahu'alam.

Saturday, 27 July 2013

marah dan aku??

bukan mudah mengawal kemarahan...
setiap insan hatta jiwa yang menulis ini juga sama, maka
penulisan ini adalah untuk peringatan bagi jiwa yang menulis ini
yang pasti lemah lagi kerdil....

marah..dikala jiwa tidak mapu menahan apabila diuji beberapa kondisi kepayahan,
marah meluap dan meletus..
hanya satu yang penting disaat ini, JANGAN MARAH...

Kuat itu bukan pada fizikalnya.Atau harta yang mengunung ke langit. Yang kuat mampu menahan ammarah. Ammarah itu api. Membakar jiwa pemarah dan yang dimarahi.

teringat kisah,
Seorang lelaki datang berjumpa nabi saw lalu berkata,
Ausini (nasihatkan aku),
La taghdab...La taghdab...La taghdab (Jangan marah)

Nasihat yang ringkas dan padat. Namun apabila yang menuturkannya ialah murabbi ummat dengan didikan langsung dari ar-rahman. Ianya menjadi penting.
Mohon maaf dan memaafkan adalah sifat yang sangat peri pentingnya.

Marah ibarat menukul paku pada papan jiwa yang dimarahi. Walaupun paku dicabut dengan ungkapan maaf, bekasnya masih tertinggal. Demikian, perlunya redha. Agar bekas tu dapat ditampal. kita harus punya sifat ini. Mampu menahan ammarah dan menuturkan kata maaf.

>aku mencemburui mu kerana kesabaranmu...
highly this credit to my bro, banyak yang aku pelajari dari mu tentang apa itu kesabaran..
YA Allah mudahkanlah aku mengawal kemarahan dalam diriku...

Thursday, 25 July 2013

tanzim?organisasi?

وَتَفَقَّدَ ٱلطَّيۡرَ فَقَالَ مَا لِىَ لَآ أَرَى ٱلۡهُدۡهُدَ أَمۡ ڪَانَ مِنَ ٱلۡغَآٮِٕبِينَ
Dan (setelah itu) Nabi Sulaiman memeriksa kumpulan burung (yang turut serta dalam tenteranya) lalu berkata:  Mengapa aku tidak melihat burung hud-hud? Adakah dia dari mereka yang tidak hadir?
(An-naml 27:20)

Sifat burung Hud hud ini yang sangatlah "proactive", dan "resourceful". Apa tidaknya. Dia terlewat ke pembarisan bukan dengan alasan remeh yang dibuat. Dengan an-naba'(berita besar)
yang dibawanya ini telah membuka jalan pengislaman ratu saba' dan kaumnya. Namun kali ini saya ingin menilitinya dari sisi yang agak berbeza.

TANZIM/ORGANISASI
Jika dilihat secara keseluruhannya. Jelas sekali. Keberjayaan pengislaman Puan ratu ini bukan kerja individu. Perbarisan tentera Nabi sulaiman as ini asas buktinya. Di situ adanya sekelompok individu yang tersusun. Di situ adanya amir(ketua) dan 'amil(pekerja)....

Jika dilihat rentetan kisah ini kita pasti akan dapat menangkap beberapa watak di dalamnya. Antaranya burung hud-hud, Nabi sulaiman as,Ifrit, seorang ahli kitab dan beberapa lagi orang termasuk si ratu dan pembesarnya...Sebelum terlupa, berkenaan dengan amir dan 'amil. Ciri amir itu kita boleh cari melalui dialog nabi sulaiman as dan juga dialog ratu saba'. Tentang 'amil pula lihat pada watak hud-hud,ahli kitab,ifrit dan pembesar...

antara yang penting dalam satu2 orgnanisasi adalah bagaimana kita berkejasama dalam melaksanakan tugas...teringat kata2 ini,

a boss say go...
but a LEADER say LET'S go.....

apa yang penting?
KERJASAMA!

sungguh indah ayat2 ni dirakam dalam alquran dalam mendidik diri kita semua menjadi seorang pemimpin..
pemimpin bukanlah hanya pada yang memimpin negara, tetapi jauh merangkumi ketua posting, wakil pelajar dan sebagainya..

credit to my murrabi.....

Tuesday, 23 July 2013

zikir

Dzikir Yang Ringan di Mulut Berat di Timbangan dan disukai Allah

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، قَالَ:
قَالَ رَسُوْلُ الله صلى الله عليه وسلم :كَلِمَتَانِ خَفِيْفَتَانِ عَلَى اللِّسَانِ، ثَقِيْلَتَانِ فِي الْمِيْزَانِ، حَبِيْبَتَانِ إِلَى الرَّحْمَنِ سُبْحَانَ اللهِ وَبِحَمْدِهِ. سَبْحَانَ اللهِ الْعَظِيْمِ
Hadis riwayat Abu Hurairah Radhiyallahu’anhu, ia berkata: Rasulullah Shallallahu alaihi wassalam bersabda: Dua kalimat yang ringan untuk diucapkan, tetapi berat dalam timbangan dan disukai oleh Allah Yang Maha Pengasih, yaitu:

 سُبْحَانَ اللهِ وَبِحَمْدِهِ. سَبْحَانَ اللهِ الْعَظِيْمِ
 “Maha Suci Allah dengan segala pujian-Nya dan Maha Suci Allah Tuhan Yang Maha Agung

Everything Allah Has Granted You Makes You Who You Are

“Allah does not burden any individual more than his/her capacity”.

This is a very profound statement, mentioned four or five times in the Qur’an, and should be understood properly. Has many implications. The first of them, is that we all have different capacities. Our capacities are a product of our genes, our heredity, our physical ability, our intellectual ability.

and remember, the way we think about our problem is not something congenitally-inherited. We obtain it by learning, face it

remembering of one of my friend post from our ONG prof, READ, It change the way you think. Make yourselves organized. Study not until you pass your professional exam, but until you die. ~ Prof.Norzilawati.

as for me reading is also really influensing the way we thinking of a problem, the way WE think about ourselves, the way we organise ourselves and importantly influenzing our thought about out life, the main reason of our life...

thus people have different capabilities and skills. All of us are at different levels. Each nafs has own capacity, each person has own potential… and Allah does not burden anyone except to the extent of their potential.

One of the direct implications is:
قُلْ كُلٌّ يَعْمَلُ عَلَىٰ شَاكِلَتِهِ فَرَبُّكُمْ أَعْلَمُ بِمَنْ هُوَ أَهْدَىٰ سَبِيلًا
 "Everyone acts according to his own disposition: But your Lord knows best who it is that is best guided on the Way.". (Surah Isra ayat 84)

lastly,
 if we have been given a burden, it is because we can bear it, so we can never say this is too much.

happy ramadhan...


http://www.quranweekly.com/
from this web(video) i learn a lot of things about tafseer quran
>now, there are already uploaded video till juz 15, i think all of us should watch it...

Monday, 22 July 2013

taqwa dan Rahmat..

taqwa satu perkataan yang mudah dilafaz, namun tahukah kita bahawa dengan taqwa pada Allah itulah yang akan menjadi dinding diantara azab Allah dan diri kita

dan bagaimana pula ingin memasukki syurga Allah?
ingatlah setiap jiwa memasuki syurga Allah kerana rahmat Allah.

siapakah mereka yang mendapat rahmat Allah?

۞ وَٱكْتُبْ لَنَا فِى هَٰذِهِ ٱلدُّنْيَا حَسَنَةًۭ وَفِى ٱلْءَاخِرَةِ إِنَّا هُدْنَآ إِلَيْكَ ۚ قَالَ عَذَابِىٓ أُصِيبُ بِهِۦ مَنْ أَشَآءُ ۖ وَرَحْمَتِى وَسِعَتْ كُلَّ شَىْءٍۢ ۚ فَسَأَكْتُبُهَا لِلَّذِينَ يَتَّقُونَ وَيُؤْتُونَ ٱلزَّكَوٰةَ وَٱلَّذِينَ هُم بِـَٔايَٰتِنَا يُؤْمِنُونَ

"Dan tetapkanlah untuk Kami kebaikan dalam dunia ini dan juga di akhirat, sesungguhnya kami kembali (bertaubat) kepadaMu". Allah berfirman: "AzabKu akan Aku timpakan kepada sesiapa yang Aku kehendaki, dan rahmatKu meliputi tiap-tiap sesuatu; maka Aku akan menentukannya bagi orang-orang yang bertaqwa, dan yang memberi zakat, serta orang-orang yang beriman kepada ayat-ayat Kami.
(Al A'raf: 156).

maka carilah taqwa itu bermula dari bulan yang sungguh indahini dengan  perkara pertama adalah bertaubat kepada Allah 'azzawajalla ,memperbaharui taubat dan kemudian diikuti dengan perkara2 lain, tinggal maksiat, baca quran, zikir dan lain2. wallahu'alam.

DOa dAn KItA.

Berdoa bukan hanya soal mengangkat tangan dan meminta.
tetapi seharusnya perlu disulami dengan perasaan kehambaan.
Tadarru'(merendah diri).
raja'(mengharap).
yaqin(meyakini akan dikabulkan).
khusu'(fokus)
khufyah(suara yang lembut).....

Oh jiwa. Tundukkanlah dirimu dihadapan tuhan.
Dengan sebenar-benar ketundukan. Betapa dirimu lemah.
tidak bermaya.

lahaula wa la quwwah illa billah(tiada daya dan kekuatan
melainkan Allah)...

Thursday, 18 July 2013

depression? How Surah Ad-Dhuha can change our life..

بسم الله الرحمن الرحيم
surah addhuha, satu surah yang membawa banyak maksud dalam diri ini, ada yang kata ianya berkaitan tentang solat dhuha dan sebagainya.

secara ringkas surah ini merupakan surah makkiyah. Turun ketika Nabi SAW sedang bersendirian. Surah ini turun setelah berlaku suatu tempoh masa tiadanya wahyu baru yang turun kepada baginda sehingga menimbulkan fitnah di kalangan penduduk di Kota Makkah.

-maka dalam kehidupan ini, sometimes  we feels our ibadah is not giving any impact to ourself, disconnected from Allah.
- we can feel like Allah is not responding to us, not talking to us, we seems like to be lost, thus suposely makes us depression... 

According to MediLexicon's Medical Dictionary, depression is:
"a mental state or chronic mental disorder characterized by feelings of sadness, LONELINESS, despair, low self-esteem, and self-reproach; accompanying signs include psychomotor retardation (or less frequently agitation), withdrawal from social contact, and vegetative states such as loss of appetite and insomnia."

> thus the antidote for this depression and the greatest way to feel good in our heart is to read the surah Ad Dhuha. because it is amazing surah in quran that tells us to be POSITIVE and feel good about ALLAH.

surah adDhuha
وَالضُّحَى
[1] Demi waktu Duha.
وَاللَّيْلِ إِذَا سَجَى
[2] Dan malam apabila ia sunyi-sepi.
مَا وَدَّعَكَ رَبُّكَ وَمَا قَلَى
[3] (Bahawa) Tuhanmu (wahai Muhammad) tidak meninggalkanmu dan Dia tidak benci (kepadamu, sebagaimana yang dituduh oleh kaum musyrik).
وَلَلآخِرَةُ خَيْرٌ لَّكَ مِنَ الأُولَى
[4] Dan sesungguhnya kesudahan keaadaanmu adalah lebih baik bagimu daripada permulaannya.
وَلَسَوْفَ يُعْطِيكَ رَبُّكَ فَتَرْضَى
[5] Dan sesungguhnya Tuhanmu akan memberikanmu (kejayaan dan kebahagiaan di dunia dan di akhirat) sehingga engkau reda (berpuas hati).
أَلَمْ يَجِدْكَ يَتِيمًا فَآوَى
[6] Bukankah Dia mendapati engkau yatim piatu, lalu Dia memberikan perlindungan?
وَوَجَدَكَ ضَالًّا فَهَدَى
[7] Dan didapatiNya engkau mencari-cari (jalan yang benar), lalu Dia memberikan hidayat petunjuk (dengan wahyu Al-Quran)?
وَوَجَدَكَ عَائِلا فَأَغْنَى
[8] Dan didapatiNya engkau miskin, lalu Dia memberikan kekayaan?
lupakah kita dikala kita memerlukan sesuatu, Allah memenuhi kehendak kita?
فَأَمَّا الْيَتِيمَ فَلا تَقْهَرْ
[9] Oleh itu, adapun anak yatim maka janganlah engkau berlaku kasar terhadapnya.
وَأَمَّا السَّائِلَ فَلا تَنْهَرْ
[10] Adapun orang yang meminta (bantuan pimpinan) maka janganlah engkau tengking herdik.
وَأَمَّا بِنِعْمَةِ رَبِّكَ فَحَدِّثْ
[11] Adapun nikmat Tuhanmu, maka hendaklah engkau sebut-sebutkan (dan zahirkan) sebagai bersyukur kepadaNya.

to all depressed people, ALLAH says, wake up! see the sunlight, it is not doomy or gloomy day. there is beautiful sunlight which is a beautiful day.(as dhuha is the time of rising of sunlight)
second ayat, as we now, people who is depressed usually have insomnia(lacking of sleep), thus kebiasaannya mereka akan stay up pada waktu malam kerana memikirkan akan masalah mereka.

dalam keadaan depressed ini, maka Allah mengingatkan kita dalm ayat ketiga, ingatlah Allah tidak pernah meninggalkan atau membenci kita walaupun kita kadang2 lupa pada Allah. ingatlah, seharusnya kita tidak depressed kerana kita perlu yakin yang Allah sentiasa bersama kita.

maka dalam ayat keempat, Allah said the coming situation will be much more better than what was passed. ingatlah setiap perkara yang berlaku itu pasti ada hikmah disebaliknya. maka berfikirlah secara positive terhadap setiap masalah kita.

ingatlah,allah later ill give us massive reward very soon.(the most expensive , important reward to us is to enter jannah. maka ayat inilah Allah memujuk hati2 kita agar hati jiwa yang sedih dapat menggembirakan.

bermula ayat 6 hingga 8, maka Allah bertanya pada kita, disaat kita sedih, bukankah ALLAH bersama kita? dan menghantar ibu kita, kawan kita dalam membantu kita dalam menghadapi sebarang masalah?
lupakah kita dikala berada dalam lubang jahiliyyah, Allah menyelamatkan kita dari terjunam didalam lubang jahiliyyah itu?lupa kah kita?ALLAH lah yang memberikan kita hidayah pada kita..

maka dalam ayat ke9, Allah said to all depressed people this is the best treatment ever to be obtain, the antidote is to always remember to others who is far more unfortunate compare to us. kadang2 kita lupa untuk melihat dan membantu orang yang lebih bernasib malang terutamanya fakir miskin dan anak yatim. mereka tidak punya ibubapa untuk menjaga mereka, tp kita punya ibu bapa. mereka sanggup berlapar kerana tidak punya makanan sehingga mereka terpaksa tidur dalam keadaan berlapar. maka lihatlah mereka yang lebih susah dari kita agar kita bersyukur seperti mana dinyatakan dalam penghujung surah addhuha..

>maka secara mudah, jika Allah tidak menyayangi kita, kenapa Allah sentiasa membiarkan dan membantu kita dalam kehidupan?

remember if u believe allah can forgive all our sin, Allah will forgive all our sin..
if believe allah can reward us to enter jannah, allah will not betray us in our belief, allah will enter us to jannah..

thus patient can be discharge after full recovery from major depression syndrome after have good understand on depression dan knows Allah..

Alquran Menjawab by Ustaz haslin bollywood

dibawah ini link kulliyah tersebut...
kulliyah alquran menjawab
kenapa manusia saling bermusuhan?
surah hujurat ayat 13
surah yunus ayat 19
surah alimran ayat 103

kenapa manusia mudah gelisah?merungut?
surah al maarij ayat 19-22
surah al fajr ayat 15-16

kenapa wujudnya orang yang dengki dan saling bermusuhan?
surah alaaraf ayat 16,17
surah alhasyr ayat 16

kenapa umat islam ditidas, dizalimi(palestin, rohingya, syria)?
surah al imran ayat 140
surah anbiyaa ayat 35

kenapa manusia memberi alasan tiada mempunyai masa?
al insyirah ayat 7

kenapa manusia selalu memungkiri janji?
surah annahl ayat 91
surah alisra' ayat 34

اِنَّ صَلاَتِي وَنُسُكِي وَمَحْيَايَ وَمَمَاتِي ِﷲِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanyalah kerana Allah, Tuhan seluruh alam

Sunday, 14 July 2013

AnEsThEtIa AnD oPeRaTiOn In rAmAdHAn???

situation in operating theater,
seorang anesthetic sedang mengambil history taking sambil membuat last prep on the patient yang mana bakal berada dalam general anesthesia untuk membuang dosa dan menambahkan dose iman sekaligus mencapai tahap taqwa seperti yang dikehendaki di akhir rawatan ramadhan ini...
maka anesthetic itupun membuat konklusi awal tentang keadaan patient,

This is young gentleman/lady, background history of lack of khusyuk in shalat, insufficient of solat sunat, difficulty of istighfar and shortness of alquran recitation for the past 11months. He also complaints of hardly giving donation.
He was admitted to OT for major operation on purifies and atones for sin.
(as the Prophet said: "Whoever fasts Ramadan out of sincere faith and seeking his reward from God, his previous sins will be forgiven.").

as patient lying flat on the bed in OT, patient was indused with propofol and fentanyl causing patient unconcious and the operation is easily been carry out. situasi ini cuba kita bayangkan dimana kesemua syaitan dibelenggu, nereka2 ditutup di bulan ramadhan dimana kita dalam keadaan unconcious tentang dunia dan hanya kita dengan ALLAH, sewajarnya kita merebut peluang ini untuk memudahkan kita dalm mencapai taqwa di akhir ramadhan seperti yang termaktub dalam hadis ini:

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ ، قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ :
Abu Hurairah r.a berkata: Rasulullah s.a.w bersabda:

" أَتَاكُمْ رَمَضَانُ شَهْرٌ مُبَارَكٌ ،
Telah datang kepada kamu bulan Ramadhan yang penuh keberkatan.

فَرَضَ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ عَلَيْكُمْ صِيَامَهُ ،
Allah telah memfardhukan ke atas kalian untuk berpuasa.

تُفْتَحُ فِيهِ أَبْوَابُ السَّمَاءِ ،
Pintu-pintu langit telah dibuka,

وَتُغْلَقُ فِيهِ أَبْوَابُ الْجَحِيمِ ،
pintu-pintu neraka telah ditutup.

وَتُغَلُّ فِيهِ مَرَدَةُ الشَّيَاطِينِ لِلَّهِ ،
Syaitan-syaitan telah dirantai kerana Allah.

فِيهِ لَيْلَةٌ خَيْرٌ مِنْ أَلْفِ شَهْرٍ ،
Padanya terdapat satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan.

مَنْ حُرِمَ خَيْرَهَا فَقَدْ حُرِمَ "
Sesiapa yang diharamkan daripada kebaikannya, maka sesungguhnya benar-benar dia haram daripadanya.
[Imam an-Nasaie dalam as-Sunan al-Sughra : 2089]

maka disini bermulalah saat betapa pentingnya maintainance phase yakni penggunaan gas inhalation of sevoflurane agar patient terus dalam keadaan unconcious dan cuma beribadah kerana ALLAH tanpa gangguan syaitan.

dalam keadaan unconcious dari gangguan syaiatin,seharusnya kita mudah mempertingkat amalan kita sepanjang berada dalam bulan ramadhan dalam pada yang sama agar dapat terus melatih diri kita dekat dengan RABB kita...

antara amalan yang digalakkan dalam bulan ramadhan adalah membaca quran, sedekah, solat fardhu berjemaah, solat terawih berjemaah, membantu orang lain dan sebagainya. malah ianya bukan hanya melatih kita dekt pada Allah hatta pahala yang diberikan itu adalah milik Allah.

Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam pernah bersabda:

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ ، قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ :  ” كُلُّ عَمَلِ ابْنِ آدَمَ يُضَاعَفُ الْحَسَنَةُ عَشْرُ أَمْثَالِهَا إِلَى سَبْعمِائَة ضِعْفٍ ، قَالَ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ : ” إِلَّا الصَّوْمَ فَإِنَّهُ لِي ، وَأَنَا أَجْزِي بِهِ ، يَدَعُ شَهْوَتَهُ وَطَعَامَهُ مِنْ أَجْلِي ، لِلصَّائِمِ فَرْحَتَانِ : فَرْحَةٌ عِنْدَ فِطْرِهِ ، وَفَرْحَةٌ عِنْدَ لِقَاءِ رَبِّهِ ، وَلَخُلُوفُ فِيهِ أَطْيَبُ عِنْدَ اللَّهِ مِنْ رِيحِ الْمِسْكِ ” .

Abu Hurairah radiallahu ‘anhu berkata: Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Setiap amalan anak adam, pahalanya akan digandakan sepuluh kali ganda sehinggalah tujuh ratus kali ganda. Allah berkata: Kecuali puasa. Sesungguhnya ia milik Aku. Aku lah yang akan membahagi-bahagikan ganjaran pahalanya. Orang yang berpuasa itu telah meninggalkan nafsu syahwat dan makan minum kerana Aku. Orang yang berpuasa memiliki dua kegembiraan: Kegembiraan ketika berbuka puasa dan kegembiraan ketika bertemu Tuhannya. Sesungguhnya bau mulut orang yang berpuasa lebih wangi daripada wangian kasturi.  [Sahih Muslim, Kitab Puasa, Bab Fadhilat Puasa, hadis no:1952]

 maka dipenghujung bulan ramadhan, sebelum patient been given reversal agent such as neostigmine or atropine, seharusnya kita sudah dELETE semua dosa kita agar menjadi seorang insan yang bertaqwa.(hatta diri ni sediri berdoa agar kita sama2 didischargedkan dari OT (ramadhan) dalam keadaan taqwa,.(Allahumma amin).

moga2 pembedahan kita dalam month of ramadhan berjaya tanpa sebarang komplikasi sama ada dr pembendahan itu sendiri atau dari anesthetic complication. sesuatu yang perlu diusahakan bersama, moga2 selepas ramadhan, kita teruskan dalam beribadat kepada ALLAH. ramadhan ini adalah alat dalam membantu kita menjadi seorang yang bertaqwa.
ingatlah aku yang menulis disini bukanlah seorang yang baik atau alim, aku hanya berusaha memperbaiki diriku sendiri,jika ada sebarang kesilapan, aku memohon keampunan dan paling pasti memerlukan teguran kalian jika da melakukan kesilapan...

insyallah now time to recharged, salam menjalani ibadah didalam ramadhan....




Berniat puasa setiap hari di bulan Ramadhan akan membantu untuk melahirkan keikhlasan -Dr. Bilal Philips-

Saturday, 13 July 2013

PuAsA AdAlAh mILiK Ku

Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam pernah bersabda:

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ ، قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ :  ” كُلُّ عَمَلِ ابْنِ آدَمَ يُضَاعَفُ الْحَسَنَةُ عَشْرُ أَمْثَالِهَا إِلَى سَبْعمِائَة ضِعْفٍ ، قَالَ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ : ” إِلَّا الصَّوْمَ فَإِنَّهُ لِي ، وَأَنَا أَجْزِي بِهِ ، يَدَعُ شَهْوَتَهُ وَطَعَامَهُ مِنْ أَجْلِي ، لِلصَّائِمِ فَرْحَتَانِ : فَرْحَةٌ عِنْدَ فِطْرِهِ ، وَفَرْحَةٌ عِنْدَ لِقَاءِ رَبِّهِ ، وَلَخُلُوفُ فِيهِ أَطْيَبُ عِنْدَ اللَّهِ مِنْ رِيحِ الْمِسْكِ ” .

Abu Hurairah radiallahu ‘anhu berkata: Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Setiap amalan anak adam, pahalanya akan digandakan sepuluh kali ganda sehinggalah tujuh ratus kali ganda. Allah berkata: Kecuali puasa. Sesungguhnya ia milik Aku. Aku lah yang akan membahagi-bahagikan ganjaran pahalanya. Orang yang berpuasa itu telah meninggalkan nafsu syahwat dan makan minum kerana Aku. Orang yang berpuasa memiliki dua kegembiraan: Kegembiraan ketika berbuka puasa dan kegembiraan ketika bertemu Tuhannya. Sesungguhnya bau mulut orang yang berpuasa lebih wangi daripada wangian kasturi.  [Sahih Muslim, Kitab Puasa, Bab Fadhilat Puasa, hadis no:1952]

Kenapakah Allah membezakan antara puasa dan ibadah yang lain? Kenapa pahala ibadah puasa suatu yang misteri, tidak disebutkan jumlahnya?

Pendapat pertama: Puasa itu Sabar

Mari kita lihat ayat al-Quran yang berikut:

إِنَّمَا يُوَفَّى الصَّابِرُونَ أَجْرَهُمْ بِغَيْرِ حِسَابٍ

Sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabarlah yang dicukupkan pahala mereka tanpa batas.

[az-Zumar 39:10]

Persamaan yang ada pada hadis qudsi dan ayat di atas ialah ganjaran pahala puasa sama seperti ganjaran sifat sabar, iaitu pahala tanpa batas. Lalu apakah hubungan puasa dengan sabar itu sendiri. Terdapat banyak penafsiran ulama kenapa pahala puasa itu wujud tanpa batas.

Persoalan ini terjawab apabila kita melihat sabda Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam.

عَنْ رَجُلٍ مِنْ بَنِي سُلَيْمٍ ، قَالَ : عَدَّهُنَّ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي يَدِي أَوْ فِي يَدِهِ ، التَّسْبِيحُ نِصْفُ الْمِيزَانِ ، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ يَمْلَؤُهُ ، وَالتَّكْبِيرُ يَمْلَأُ مَا بَيْنَ السَّمَاءِ وَالْأَرْضِ ، وَالصَّوْمُ نِصْفُ الصَّبْرِ ، وَالطُّهُورُ نِصْفُ الْإِيمَانِ

Seorang lelaki daripada Bani Sulaim berkata: Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam mengira-ngira dengan tangannya; Tasbih (Subhanallah) itu separuh daripada timbangan mizan, Alhamdulillah pula memenuhi timbangan itu, Takbir (Allahuakbar) pula mengisi apa yang ada antara langit dan bumi. Puasa itu separuh daripada kesabaran. Bersuci itu separuh keimanan. [Sunan at-Tirmizi, Kitab ad-Daawat (Doa), hadis no: 3465, hadis hasan]

Al-Imam Ibn Rajab al-Hanbali menghuraikan dalam Lathoif al-Maarif:

يكون استثناء الصوم من الأعمال المضاعفة فتكون العمال كلها تضاعف بعشر أمثالها إلى سبعمائة ضعف إلا الصيام فإنه لا ينحصر تضعيفه في هذا العدد بل يضاعفه الله عز و جل أضعافا كثيرة بغير حصر عدد

Amalan puasa terkecuali daripada amal-amal yang dilipat gandakan. Kesemua amalan yang lain digandakan pahalanya sepuluh kali ganda sehingga tujuh ratus kali ganda kecuali puasa. Sesungguhnya pahala puasa tidaklah dibataskan gandaan pahalanya, bahkan Allah akan menggandakan pahalanya dengan gandaan yang banyak tanpa ada batasan.

Kata Al-Imam Ibn Rajab lagi:

والصبر ثلاثة أنواع : صبر على طاعة الله و صبر عن محارم الله و صبر على أقدار الله المؤلمة .وتجتمع الثلاثة في الصوم فإن فيه صبرا على طاعة الله و صبرا عما حرم الله على الصائم من الشهوات و صبرا على ما يحصل للصائم فيه من ألم الجوع و العطش و ضعف النفس و البدن و هذا الألم الناشىء من أعمال الطاعات يثاب عليه صاحبه

Sabar itu ada tiga jenis: (Pertama) Sabar dalam mentaati Allah. (Kedua) Sabar daripada melakukan perkara yang Allah haramkan. (Ketiga) Sabar atas segala musibah yang mendatang. Ketiga-tiga jenis sabar ini berkumpul dalam ibadah puasa. Dalam ibadah puasa terdapat kesabaran dalam mentaati Allah, sabar dalam menghadapi perkara yang Allah haramkan ke atas orang berpuasa daripada nafsu syahwatnya, dan bersabar atas apa yang akan menimpa seseorang yang berpuasa seperti kelaparan, dahaga, lemahnya tubuh badan. Semua penderitaan ini yang berpunca daripada ketaatan kepada Allah akan membuahkan pahala kepada pelakunya.

Gandaan pahala puasa tanpa batas di atas hakikatnya umum untuk semua jenis puasa tidak kira dalam bulan Ramadhan atau pun luar Ramadhan. Lalu, jika di luar Ramadhan digandakan tanpa batas, tanpa ragu lagi, pahala puasa Ramadhan berganda-ganda lebih besar.

Al-Imam Ibn Rajab menukilkan beberapa kalam ilmuan Islam dalam hal ini:

و ذكر أبو بكر بن أبي مريم عن أشياخه أنهم كانوا يقولون : إذا حضر شهر رمضان فانبسطوا فيه بالنفقة فإن النفقة فيه مضاعفة كالنفقة في سبيل الله و تسبيحة فيه أفضل من ألف تسبيحة في غيره

Abu Bakar bin Abi Maryam meriwayatkan daripada guru-gurunya bahawa mereka pernah berkata: Apabila masuknya bulan Ramadhan, bergembiralah dengan bersedekah. Sesungguhnya sedekah pada bulan Ramadhan iti digandakan pahalanya seperti pahala yang orang di jalan Allah. Tasbih dalam bulan Ramadhan lebih afdhal daripada seribu kali tasbih di tempat lain.

قال النخعي : صوم يوم من رمضان أفضل من ألف يوم وتسبيحة فيه أفضل من ألف تسبيحة و ركعة فيه أفضل من ألف ركعة فلما كان الصيام في نفسه مضاعفا أجره بالنسبة إلى سائر الأعمال كان صيام شهر رمضان مضاعفا على سائر الصيام لشرف زمانه و كونه هو الصوم الذي فرضه الله على عباده

Imam an-Nakhaie pula berkata: Puasa sehari di bulan Ramadhan lebih baik daripada puasa seribu hari. Bertasbih dalam bulan Ramadhan lebih afdhal sebanyak seribu kali bacaan tasbih. Satu rakaat solat dalam Ramadhan lebih afdhal daripada seribu rakaat di luar sana. Ibadah puasa itu sendiri secara zatnya menggandakan puasa pelakunya berbanding amal-amal yang lain. Berpuasa di bulan Ramadhan lebih afdhal daripada segala jenis puasa. Ini kerana kemuliaan waktu itu (iaitu bulan Ramadhan) dan kemuliaan puasa yang Allah wajibkan ke atas hamba-hambanya.

Pendapat kedua: Puasa Ibadah Rahsia Seorang Hamba dan Tuhan

إن الصيام سر بين العبد و ربه لا يطلع عليه غيره لأنه مركب من نية باطنة لا يطلع عليها إلا الله و ترك لتناول الشهوات التي يستخفي بتناولها في العادة …….

Puasa itu adalah rahsia antara seorang hamba dengan tuhannya. Tiada seorang pun tahu yang dia berpuasa atau tidak kerana ia bergantung kepada niat hatinya. Tiada yang mengetahui kecuali Allah. Seorang hamba itu (apabila berpuasa) dia meninggalkan kehendak nafsu syahwatnya yang mana kebiasaannya dia secara sembunyi-sembunyi melakukannya.

 فإن من ترك ما تدعوه نفسه إليه لله عز و جل حيث لا يطلع عليه غير من أمره و نهاه دل على صحة إيمانه و الله تعالى يحب من عباده أن يعاملوه سرا بينهم و بينه

Sesungguhnya sesiapa yang meninggalkan kehendak nafsunya kerana Allah, bukan kerana yang lain. melainkan kerana suruhan dan larangan Allah. Ia menunjukkan betapa murninya keimanan dia dan Allah cinta kepada hamba-hambaNya yang bergaul denganNya secara rahsia antara mereka dan Allah.

و أهل محبته يحبون أن يعاملوه سرا بينهم و بينه بحيث لا يطلع على معاملتهم إياه سواه حتى كان بعضهم يود لو تمكن من عبادة لا تشعر بها الملائكة الحفظة

Orang yang mencintai Allah suka agar hubungan cintanya berlaku secara rahsia antara mereka dengan yang mana tiada seorang pun yang mengetahui tentang hubungan mereka.  Sehingga sebahagian mereka suka jika ibadah mereka tidak diketahui oleh malaikat yang mencatat amalan.

Pendapat ketiga: Pahala Puasa Tidak Terhapus Sebagai Kafarah Dosa

Al-Imam Ibn Rajab berkata:

و أما على الرواية الثالثة : فالإستثناء يعود إلى التكفير بالأعمال.

Pengecualian puasa daripada ibadah-ibadah lain adalah berbalik kepada persoalan kafarah kepada dosa-dosa yang dilakukan.

Imam al-Baihaqi dalam al-Sunan al-Kubra merekodkan ulasan Al-Imam Sufyan bin Uyainah kepada hadis di atas:

Seorang lelaki telah bertanya kepada al-Imam Sufyan bin ‘Uyainah:

يَا أَبَا مُحَمَّدٍ فِيمَا يَرْوِيهِ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ رَبِّهِ عَزَّ وَجَلَّ : كُلُّ عَمَلِ ابْنِ آدَمَ لَهُ إِلا الصَّوْمَ فَإِنَّهُ لِي وَأَنَا أَجْزِي بِهِ ” ،

Wahai Abu Muhammad! Terangkan kepada aku tentang hadis nabi sallallahu ‘alaihi wasallam daripada Allah: Setiap amal anak Adam adalah untuknya kecuali puasa. Sesungguhnya ia milik aku dan akulah yang akan membalasnya.

فَقَالَ ابْنُ عُيَيْنَةَ : هَذَا مِنْ أَجْوَدِ الأَحَادِيثِ وَأَحْكَمِهَا إِذَا كَانَ يَوْمُ الْقِيَامَةِ يُحَاسِبُ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ عَبْدَهُ ، وَيُؤَدِّي مَا عَلَيْهِ مِنَ الْمَظَالِمِ مِنْ سَائِرِ عَمَلِهِ حَتَّى لا يَبْقَى إِلا الصَّوْمُ فَيَتَحَمَّلُ اللَّهُ عَنْهُ مَا بَقِيَ عَلَيْهِ مِنَ الْمَظَالِمِ ، وَيُدْخِلُهُ بِالصَّوْمِ الْجَنَّةَ .

Al-Imam Ibn ‘Uyainah menjawab: Ini merupakan hadis yang paling pemurah isi kandungannya. Apabila berlakunya hari kiamat, Allah akan menghisab amalan hambanya. Kezaliman akan dihukum dengan semua amalan pelakunya dijadikan kafarah kepada dosa kezaliman tersebut tanpa tinggal sedikit pun kecuali puasa. Lalu Allah bertolak ansur dengan pahala puasa yang berbaki daripada kezaliman tersebut. Lalu pelaku kezaliman itu dimasukkan ke dalam syurga kerana pahala puasa tadi.

Imam Ibn Rajab lalu menyimpulkan:

: أن الصيام لله عز و جل فلا سبيل لأحد إلى أخذ أجره من الصيام بل أجره مدخر لصاحبه

Sesungguhnya puasa adalah milik Allah. Tidak ada jalan bagi seorang pun untuk merampas pahala puasa. Bahkan pahala puasa itu akan kekal bersama pemiliknya.

Sumber:

Lathoif al-Maarif oleh Al-Imam Ibn Rajab al-Hanbali (Maktabah Syamilah)
Ensiklopedia Hadis http://library.islamweb.net/hadith/hadithsearch.php
http://alkahfi.com.my/

Monday, 8 July 2013

PrEpArE tO EnTeR dEpArTmEnT Of RaMaDhAn...


situasi in RD(ramadhan department)
a medical student is in hurry presenting a case,

This is young gentleman/lady, presented with lack of khusyuk in shalat, insufficient of solat sunat, difficulty of istighfar and shortness of alquran recitation for the past 11months. He also complaints of hardly giving donation.

The provitional diagnosis is taqwa failure secondary to unstable iman...

before we outline the management, we need to know the pathophysio of this presenting illness, can someone eloborate on that? said PROF.
first, as encode in the quran,

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ
“Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan puasa ke atas kamu sepertimana telah diwajibkan ke atas orang-orang daripada sebelum kamu. Semoga kamu bertaqwa” (al-Baqarah: 183)

Sesungguhnya Allah SWT memulakan ayat ini dengan seruan يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا. Menunjukkan di sana ada berita penting yang ingin Allah SWT sampaikan kepada kita dengan harapan supaya kita mengambil perhatian mengenainya.

manakala, كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَام
"Diwajibkan ke atas kamu berpuasa", inilah perkara penting yang ingin Allah SWT sampaikan kepada kita, iaitu perintah untuk berpuasa.
.
Apakah yang dimaksudkan dengan الصِّيَامُ itu?
.
الصِّيَامُ dari sudut bahasa disebut berhenti. Maknanya berhenti daripada bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain. Ada juga yang mengertikannya sebagai diam, iaitu diam daripada percakapan. Sesuai dengan maksudnya dari istilah syara’, di mana puasa menuntut kita untuk berhenti dan diam daripada makan dan minum, serta apa jua jenis perbuatan yang boleh membatalkan puasa sejak dari terbit fajar sehinggalah terbenamnya matahari.

Kemudian Allah SWT menyebut:

كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ
Ayat ini menunjukkan bahawa umat-umat terdahulu juga mempunyai aturan dan pensyariatan yang telah ditetapkan oleh Allah SWT kepada mereka. 

Di akhir ayat ini, Allah SWT menyebut:

لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ
“Semoga kamu bertaqwa”
Apakah kita mahu menjadikan tanggungjawab berpuasa ini sebagai amalan yang hanya menahan lapar dan dahaga semata-mata, atau kita benar-benar ingin menjadikannya sebagai latihan untuk mempertingkatkan taqwa kita.

baiklah, secara konklusinya, dalam akhir sebelum didischargedkan from department of RAMADHAN, we need to gain Taqwa, maka puasa ini adalah alat dalam kita memperoleh taqwa,too boost up our taqwa, our iman, our faith to ALLAH, moga2 kita adalah hambaNya yang berjaya dlam memperoleh erti dan rasa taqwa kepada Allah dan teringat kata2 ayahanda sheikh yusuf alqardhawi,
كن ربا نىان، ولاتكن رمضانىان
 " Kun Rabbaniyun,wala takun ramadhaniyun" ( Jadilah kamu Hamba Allah , Janganlah kamu jadi hamba kepada Ramadhan )..

so the outline of management is..
Management>admitted ward of ramadhan...
1. keep patient nil by mouth from fajr till sunset 
2. encourage patient to suhur, even with one tamar 
3. encourage patient to listen to kulliyah(utube), frequently read quran,
     solah (rawatib, tarawih, and qiyam) 
4. educate patient to increase the knowledge by reading or attend kulliyah and practice it.            
5. encourage patient to dzikr and istighfar routinely 
6. allow patient to ambulate and do good deeds 
7. encourage patient to sedekah and remind on the benefit of sedekah. 
8. Infuse patient with knowledge with enough dose of good akhlak 
9. Monitor patient until able to independent in doing things with iman 
10. discharge patient once taqwa achieve! 


baiklah, dengan ini ana meminta maaf jika pernah terkasar bahasa mahupun menyakitkan hati kalian semua.

selamat berpuasa dan selamat didischarged from month of ramadhan...
<<happy ramadhan>>

Saturday, 6 July 2013

Penyembur gas untuk pesakit lelah

Penyembur gas untuk pesakit lelah

>pandangan pertama
Dijawab oleh Syaikh Muhammad bin Shalih Al-Utsaimin;
Menggunakan inhaler bagi yang berpuasa hukumnya boleh, sama ada ianya puasa Ramadhan ataupun yang lainnya. Kerana inhaler itu tidak sampai ke perut tapi hanya berfungsi melegakan saluran pernafasan dan penggunaannya pun hanya dengan bernafas seperti biasa. Jadi hal ini tidak seperti makan dan minum.
Sebagaimana diketahui, bahawa hukum asal puasanya adalah sah sampai ada dalil yang menunjukkan rosaknya puasa, baik dari Al-Kitab, As-Sunnah, Ijma’ ataupun Qiyas yang Sahih.
[Fadha’il Ramadhan, disusun oleh Abdurrazaq Hasan, Soalan no. 1]
[Disalin dari bukuAl-Fatawa Asy-Syar’iyyah Fi Al-Masa’il Al-Ashriyyah Min Fatawa Ulama Al-Balad Al-Haram, edisi Indonesia Fatwa-Fatwa Terkini, Penerbit Darul Haq]

pandangan kedua,
Hukumnya: Pada bulan Julai 2007, Persidangan Majlis Fiqh Antarabangsa (Majma‟ AFiqh Al-Islami) di Putrajaya ada membincangkan isu ini. Tidak dinafikan ia satu isu yang amat kerap dibincangkan oleh para ulama seantero dunia dan mereka berbeza pandangan apabila sebahagian menyatakannya batal dan sebahagian lain menolak.

Menurut kajian terperinci bantuan para doktor, mendapati gas semburan itu punyai jisimjisim putih yang jelas kelihatan jika di sembur di atas kertas. Selain itu, hampir 90 % darinya akan terus masuk ke tekak dan melekat di esophagus dan terus ke perut. Ini bermakna ianya jisim-jisim gas itu masuk ke perut setiap kali semburan. Justeru sudah pasti ia membatalkan puasa. Demikian pandangan awal dari Majlis Fiqh Antarabangsa yang bersidang Julai 2007 baru-baru ini, tetapi kemudiannya mereka menarik balik
keputusan mereka untuk dibincangkan lebih terperinci dalam persidangan akan datang.

Bagaimanapun para ulama masih bergantung kepada makumat jelas dari para doktor bagi memberikan fatwa tepat kerana Lajnah Daimah lil ifta‟ Arab Saudi, Syeikh At-Tantawi, Syeikh Dr Muhd „Uqlah, menyebut hukumnya tidak batal kerana gas itu hanya terhenti di paru-paru dan tidak masuk ke perut.
Manakala, ubat lelah jenis hidu melalui hidung adalah membatalkan puasa kerana ia akan masuk ke bahagian kepala. (As-Siyam, Dr. Mohd Uqlah, hlm 226).

>pandangan kedua diperoleh daripada kertas kerja seminar memburu pintu arayyan oleh ustaz abdul basit.

Monday, 1 July 2013

BaHasA ArAb (RiNdU)

Benarkah Rindu Kita Kepada Tuhan?

مَنْ كَانَ يَرْجُو لِقَاءَ اللَّهِ فَإِنَّ أَجَلَ اللَّهِ لَآتٍ وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ
Barangsiapa yang mengharap pertemuan dengan Allah, maka sesungguhnya waktu [yang dijanjikan] Allah itu, pasti datang. Dan Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. (Al-'Ankabut 29:5)

Shaikh Abdul Rahman as-Sa'di berkata:
يا أيها المحب لربه، المشتاق لقربه ولقائه، المسارع في مرضاته، أبشر بقرب لقاء الحبيب،
Wahai pencinta Tuhannya, yang sungguh ghairah mahu bertemu denganNya, yang berlumba-lumba menuju keredhaanNya. Bergembiralah kalian dengan pertemuan bersama Yang Tercinta.

فإنه آت، وكل آت إنما هو قريب، فتزود للقائه، وسر نحوه، مستصحبا الرجاء، مؤملا الوصول إليه،
Sesungguhnya saat itu sedang datang, setiap yang datang itu semakin dekat! Bersiap sedialah untuk bertemu denganNya, simpanlah segala yang lain, berharaplah untuk bertemu dengannya.

ولكن، ما كل من يَدَّعِي يُعْطَى بدعواه، ولا كل من تمنى يعطى ما تمناه،
Tetapi, bukanlah semua yang berdoa itu diberikan apa yang dia doakan. Bukanlah semua yang berharap itu dikabulkan harapannya.

فإن اللّه سميع للأصوات، عليم بالنيات، .
Sesungguhnya Allah mendengar suara-suara, mengetahui niat-niat di dalam hati.

فمن كان صادقا في ذلك أناله ما يرجو،
Sesiapa yang benar pada harapannya, dia akan mendapat apa yang dia harapkan.

ومن كان كاذبا لم تنفعه دعواه،
Sesiapa yang dusta, maka doanya itu tidak memberikan manfaat.

وهو العليم بمن يصلح لحبه ومن لا يصلح
Allah itu Maha Tahu siapakah yang suci cintanya dan siapa pula yang dusta cintanya.

[Taisir al-Karim ar-Rahman]

kopi pasta- tujuan tuk baca dalam bahasa arab(cuba delete yang bm and cuba translate)

Perbanyakkan Istighfar


Al-Aghar radiallahu 'anhu meriwayatkan Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

إِنَّهُ لَيُغَانُ عَلَى قَلْبِى وَإِنِّى لأَسْتَغْفِرُ اللَّهَ فِى الْيَوْمِ مِائَةَ مَرَّةٍ
Sesungguhnya kelalaian menimpa hati ku. Lalu aku beristighfar (memohon keampunan) Allah sebanyak seratus kali dalam sehari.

[Sahih Muslim, Bab Istihbab Al-Istighfar (Bab Galakkan beristighfar), hadis no: 7033 (Maktabah Syamilah]

Al-Qadhi bin 'Iyadh berkata:

الْمُرَاد الْفَتَرَات وَالْغَفَلَات عَنْ الذِّكْر الَّذِي كَانَ شَأْنه الدَّوَام عَلَيْهِ ،
Yang dimaksudkan di sini ialah apabila baginda sallallahu 'alaihi wasallam lalai daripada mengingati Allah sedangkan mengingati Allah itu satu perkara yang baginda sering berterusan melakukannya.

فَإِذَا أَفْتَرَ عَنْهُ أَوْ غَفَلَ عَدَّ ذَلِكَ ذَنْبًا ، وَاسْتَغْفَرَ مِنْهُ
Lalu apabila baginda sallallahu 'alaihi wasallam terlalai, baginda sallallahu 'alaihi wasallam menganggap ia satu dosa, lalu baginda sallallahu 'alaihi wasallam memohon ampun atas kelalaian itu.

[Syarah Sahih Muslim oleh Imam an-Nawawi, juzuk 9, m/s 65 (Maktabah Syamilah)]

kopi pasta