walaupun diri yang menulis ini tidaklah memahami dan melalui alam perkahwinan namun sedikit pencerapan dari ibu bapa dan sedikit bacaan menulis agar ianya bermanfaat uat diri, pastinya teguran dan nasihat sangat2 ditagih dari kalian semua..
.jpg)
pastinya cinta itu satu yang fitrah dan makanya harus dikekalin suci dengan uslub dan minhaj yang bersih...
Firman Allah:
"Dijadikan indah pada pandangan manusia, kecintaan kepada apa-apa yang diinginkan iaitu wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia dan disisi Allah tempat kembali yang baik"
[ali-Imraan, 3:14]
Membicarakan soal Baitul Muslim/perkahwinan, dan bukannya perkara yang biasa-biasa. Ia adalah penyatuan dua jiwa, menggabungkan dua planet dari marikh dan venus yang sama-sama mahu mengejar aspirasi agung dalam menggapai keredhaanNya yang hakiki. namun jauh disudut kehadapan, tanggungjawab dan amanah yang datang bersamanya juga lebih besar dan berat..
ingatlah wahai jiwa, kahwin/baitul muslim boleh jadi ibadah tatkala kena pada niatnya,caranya dan lain-lain. Kerana-nya(kahwin) Allah redha. Lalu kita diberi syurga. Namun, di sebalik itu, kahwin boleh mengundang murka andai kita tidak bersedia. Lalu menjadilah kita lalai dengan dunia. hidup sepi dengan agama. terputus hubungan dengan yang Esa.
Seorang suami dalam Baitul Muslim tidak boleh tidak, bertanggungjawab bukan sahaja memastikan dirinya kekal utuh setelah berkahwin, malah wajib pula memastikan pendidikan/tarbiyyah pasangan dan anak-anaknya nanti juga terbela dan terjaga. Waduh-waduh, ini kerja beraaaattt dong! Makanya, seorang rijal/pemuda itu perlu betul-betul bersedia sebelum melangkah ke alam yang penuh mencabar itu.
>secara ringkas persediaan bagi menempuh alam perkahwinan ini haruslah bermula dari diri sendiri baik laki2 mahupun wanita. manakan berbunyi jika bertepuk sebelah tangan?
bagaimana berjaya nakhoda kapal tanpa klasi2 kapalnyer yang mahir?
baiklah berbalik pada pemilihan.. ramai yang bertanyer, bagaimana ingin memilih?
ya bukan mudah kok..
teringat kata seorang sahabat, perkara paling penting adalah sentiasa berharap dengan mereasakan diri ini pasti dan sepastinya lemah, maka bermohonlah pada Allah. melakukan istiharah(pastinya istiharah tidaklah hanya pada ketika pemilihan jodoh namun jauh untuk setiap kali kita ingin membuat pilihan hatta ketika ke kafe...)...jangan lupa betapa peri pentingnya kita dalam berusaha , berdoa, dan bertawakal pada allah...
berusaha dalam mencari yang beragama dan berdoa seperti mana yang diajarin di dalam quran:
"Dan orang-orang yang berkata: "Ya Rabb kami, anugerahkanlah kepada kami pasangan kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertaqwa."
[al-Furqan, 25:74]
>teringat sepanjang berada di dalam posting psychiatric, teringat kata2 ini dari seorang wanita,
'saya redha dengan dia, walaupun dia seorang yang jahat, dialah jodoh saya dr'
'saya redha dengan dia, walaupun dia seorang yang jahat, dialah jodoh saya dr'
>pastinya jiwa yang mendengar ini, bagai dipanah dengan pemanah buluh dari jarak 30 meter!!
manakan tidak, perempuan berhak memilih si jejaka untuk dijadikan sebagai bakal zaujnyer.. hatta ketika si rijal mencari bakal zaujahnya, pastinya mereka meninginkan seorang yang beragama, rupa paras, berketurunan, dan sebagainya...
begitu juga pada kalian penghuni venus(sedikit adaptasi judul men from mars, women from venus), kalian berhak mencari siapa yang dirasakan sesuai buat kalian...
lupakah kita akan kisah romantik saidatina khadijah dan Nabi muhammad, bagaimana saidatina khadijah meng'approach' Rasulullah...
pokoknya, cinta itu suci dan tidak seharusnya dideletekan, namun harus dimenifistasikan dengan cara yang benar!(amaran:ini khas bagi mereka yang sudah bersedia untuk berumah tangga, yang belum, anda dilarang)..
manakan tidak, perempuan berhak memilih si jejaka untuk dijadikan sebagai bakal zaujnyer.. hatta ketika si rijal mencari bakal zaujahnya, pastinya mereka meninginkan seorang yang beragama, rupa paras, berketurunan, dan sebagainya...

lupakah kita akan kisah romantik saidatina khadijah dan Nabi muhammad, bagaimana saidatina khadijah meng'approach' Rasulullah...
pokoknya, cinta itu suci dan tidak seharusnya dideletekan, namun harus dimenifistasikan dengan cara yang benar!(amaran:ini khas bagi mereka yang sudah bersedia untuk berumah tangga, yang belum, anda dilarang)..
cukuplah sampai situ, sekadar sharing satu hadis yakni
Kata nabi saw: من رزقه الله امرأة صالحة فقد أعانه على شطر دينه فليتق الله في الشطر الباقي
Barangsiapa direzekikan oleh Allah seorang isteri yang solehah,maka sesungguhnya (Allah) telah menolongnya atas separuh agamanya, maka bertaqwalah pada Allah dalam separuh lagi.
وفي الطبراني ومستدرك الحاكم وصححه .
(Riwayat at-tobrani dan dalam mustadrak Al-hakim(beliau menshahihkan sanadnya)
>moga kita dapat meraih indahnya bercinta menurut kaca mata islam...
^-^ sYoKnYeR NiKAh....
No comments:
Post a Comment