Friday, 27 September 2013

maqasid syariah kepimpinan

khutbah jumaat:
maqasid syariah(objektif syarak): kepimpinan

kepimpinan terbentuk atas dua teras strategi utama iaitu untuk mendatangkan sebanyak mungkin manfaat dan menghindarkan segala bentuk kemudaratan.

cara-cara mencapai kepimpinan yang baik:
1) Menjaga dan memelihara agama
- Setiap pemimpin perlu muhasabah diri dan menasihati kelompok dalam lingkungan pengaruh dan lingkungan perhatiannya tentang kesedaran beragama.
2)Menjaga dan memelihara jiwa
-Gerakan menyuruh kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran perlu diperhebatkan
3)Menjaga dan memelihara akal
-Pemerkasaan usaha untuk membina kefahaman secara informasi dan ilmiah ke arah perpaduan haruslah dipertingkatkan lagi
4)Menjaga dan memelihara keturunan
-Untuk mengukuhkan lagi perpaduan, manusia perlu pada penerapan akhlak mulia
5)Menjaga dan memelihara harta
Usaha ke arah perpaduan(ukhuwah) sememangnya memerlukan sumber kewangan yang kukuh untuk membolehkan gerak kerja berjalan dengan lancar

>mungkin ada yang kata ini khas buat pemimpin seperti pemimpin negara mahupun yang lain2(JAKSA, MEP, MPP, PERSIAP,PPK)..tp untukku satu refleksi mudah, jika ingin sesuatu perubahan yang besar, mulakan dengan kecil, perkuatkanlah akar2 pokok agar buah2 yang dihasilkan itu enak dan memberi manfaat, tidak kisahlah dimana kalian, jika kita berusaha sesuatu untuk masyarakat disekeliling insyaallah ianya akan menjadi satu perubahan yang lebih besar...
harap bermanfaat.....

No comments:

Post a Comment