Friday, 13 September 2013

Ini bukan cobaan, tapi ini betul-betul!

Allah turunkan ujian dan dugaan pada kita bukan sebab suka-suka atau sebab Dia benci pada kita.

Tapi Dia beri ujian sebab Dia sangat kasih dan sayang pada kita. Supaya apabila kita diuji, kita akan merintih, mengadu padaNya. Dan supaya kita tidak terlepas, terbabas daripada batas-batasNya.

Makanyer kita seharusnya bersyukurlah apabila kita diuji. Itu tandanya Dia masih ingat dan rindu pada kita.


Ini bukan cobaan, tapi ini betul-betul! betul-betul kasih sayang Allah pada kita...

Benar. Di dunia ini, Allah mahu melihat dan menilai, siapakah di kalangan para hambaNya yang benar-benar tegar dengan ujian-ujianNya. Dia mahu melihat, siapakah yang benar-benar istiqamah dan berpegang teguh dengan taliNya. Oleh itu, Dia letaklah duri dan ranjau di sepanjang perjalanan hidup kita di dunia ini. Dan siapa yang berjaya mengharunginya di akhirat sana, pasti ada syuga yang menanti dengan penuh setia.

"Adakah kamu mengira kamu akan masuk sorga, padahal belum datang kepadamu (cubaan) seperti (yang dialami) oleh orang-orang yang terdahulu sebelum kamu. Mereka ditimpa kemelaratan, penderitaan dan digoncang (dengan pelbagai cubaan), sehingga Rasul dan orang-orang yang beriman bertanya, 'Bilakah sampai pertolongan Allah?' Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat.'
[al-Baqarah, 2:214]

pokoknyer, article ini ku tulis selepas aku ditembak menggunakan machine gun M16 bertalu-talu oleh seniurku semalam ketika aku risau memikirkan sesuatu. manakan tidak, risau-risau terpaksa mengangkat bendera putih sebelum mahu berjuang.. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar pada saat ini..

antara inti pati tegurannya, kesilapan kita apabila kita menilai ujian dan dugaan dari Allah itu sebagai bala dan tanda Allah menghukum kita. Sedangkan nikmat dan kejayaan hidup di dunia adalah tanda Allah sayang dan cinta kepada kita. Itu adalah satu kesilapan besar.

Firman Allah di dalam surah al-Fajr:

"Maka adapun manusia, apabila Tuhan mengujinya lalu memuliakannya dan memberinya kesenangan, maka dia berkata, 'Tuhanku telah memuliakanku.'

Namun apabila Tuhan mengujinya lalu membatasi rezekinya, maka dia berkata, 'Tuhanku telah menghinaku.'

[al-Fajr, 89:15-16]

jarang-jarang ketika melalui jalan yang penuh duri-duri yang bertebaran, kita mempunyai perasaan yang positive... teringat ketika semalam, salah satu peluru short snipple yang tepat mengenai right subintercostal space yang ke tiga, ketika dibacakan hadis ini:

Daripada Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu bahawa Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam pernah bersabda :

”Mukmin yang kuat lebih disukai oleh Allah daripada mukmin yang lemah. Namun pada kedua-duanya ada kebaikan. Berjaga-jagalah terhadap perkara yang boleh mendatangkan kebaikan kepada engkau, pintalah pertolongan daripada Allah. Sekiranya engkau ditimpa sesuatu musibah, maka jangan engkau berkata : ”KALAULAH aku lakukan begini maka sudah pasti lain yang berlaku. Tetapi katakanlah : ”Itu merupakan takdir Allah dan Dia melakukan apa yang dikehendaki-Nya, sesungguhnya ‘KALAU’ akan membukakan pintu amalan syaitan.” [Riwayat Muslim]

iya pastinya inilah yang biasa kita semua lakukan, Ahh entah bagaimana semua ni boleh berlaku.. semua ini tidaklah terhenti disitu, tembakan kedua daripada seniurku tepat mengenai di frontal part of the head, DUSHH (sound effect sikit)....

peluru itu berbunyi mengatakan ujian atau cobaan bagi seseorang mukmin adalah kebaikan,  seperti sabda Nabi Muhammad saw

 “Sungguh unik perkara orang mukmin itu, semua perkaranya adalah baik. Jika mendapat kebaikan ia bersyukur, maka itu menjadi kebaikan baginya. Dan jika ditimpa musibah ia bersabar, maka itupun sebuah kebaikan baginya. Dan ini hanya akan terjadi pada orang mukmin. (HR. Muslim)

>dengan luka tembakan di sana sini, banyak benda yang menyebabkan aku berfikir, benarlah jika kita bersama penjual minyak wangi pasti diri kita berbau perfume yang wangi..... apapun buat seniurku itu, banyak yang telah engkau mengajarkanku selama 4 tahun pengenalanku...

point to be ponder:
untuk mendidik diri kita menjadi hambaNya yang taqarrub denganNya, yang sentiasa bersyukur dan rendah hati dan yang sentiasa berazam untuk menjadi hambaNya yang lebih baik, soleh dan bertaqwa sehari-hari. Sementara kita ini adalah hambaNya yang hina, yang begitu banyak berhutang dengan rahmat dan kasih-sayangNya yang melimpah ruah. 

maka, pokoknyer, apabila sesuatu musibah atau perkara-perkara yang kurang enak berlaku kepada kita, menjadi tanggungjawab dan tugas kita sebenarnya untuk mencari hikmah yang tersembunyi. Keduanya, orang yang rugi adalah orang yang tidak belajar daripada kesilapan dan kegagalannya. 

Kata Saidina 'Ali r.a.:

"Orang yang hari ininya lebih teruk daripada hari semalam, maka dia adalah orang yang bodoh.
Orang yang hari ininya sama seperti harinya semalam, dia adalah orang yang rugi.
Sedangkan orang yang hari ininya lebih baik daripada semalam, maka dialah orang yang beruntung."

Bangunlah wahai jiwa selepas jatuh. Teruskan melangkah. Dan sekiranya jatuh sekali lagi, jangan sekali-kali berputus asa. Bangun, dan teruskan lagi melangkah. seperti mana dalam firman Allah:

"Wahai jiwa-jiwa yang tenang! Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang redha dan diredhaiNya. Maka masuklah ke dalam golongan hamba-hambaKu, dan masuklah ke dalam sorgaKu."
[al-Fajr, 89: 27-30]

Definitely this is the posting which teach me alot of things, anyway, sedih meninggalkannya..
ok, after all, failure is the best teacher for success...

>anyway to all my friend who will seat for the final exam, lets do our best, with putting the real hope to our YA RAHMAN, we do our best, lets Allah do the rest....

any sebarang teguran, sangatlah di tagih.....
dan jika diri ini ada melakukan kesilapan, pastinyer saya ingin memohon maaf kepada kalian....

No comments:

Post a Comment