Monday, 9 September 2013

KeYaKiNaN mEnGaTsI FaNtAsI....

sewaktu mula2 mengenali uncle Hasan albanna, aku teringat disini aku mula mengenal perkataan2 alergic yakni ana, enta, antum, ya akh, tarbiyyah dan sebagainya...
hatta bila memikirkannya aku rasa gembira bercampu sedih pastinya bukanlah mixed episode(psychiatric emergency)...

>pastinya aku kagum dengan cara pemerintahan Rasulullah serta sahabat yang berjaya membangun satu empayar yang besar sehinggakan aku kini digelar seorang islam. persoalannya islam ku ini ISLAM pada nama atau Islam pada kerja?(teringat ayat ni pada masa muda2 dulu)...

ketika mula mengenali uncle Hasan Albanna, aku mula menjadi confius, pastinyer blurr sebentar...apakan tidak, siapakah individu ini? walaupun nama awalannya familiar dengan aku namun manakan pula ketika mengenalinya cuma aku tahu beliau ini dari mesir dan pastinya  pada saat itu aku dibawah kuali bulat...

pastinya ketika aku mula mengenalinya, uncle hasan albanna mempunyai impian yang cukup besar ketika beliau menubuhkan pergerakan Ikhwanul Muslimin. selepas kejatuhan khilafah Uthmaniyyah pada tahun 1924, beliau berazam untuk menegakkan kembali hukum Allah di muka bumi ini. Namun melihatkan akan banyaknye dugaan, menyebabkan ramai yang berundur ke belakang....

>ketika menulis ini, pastinya seorang pemuda seperti aku mempunya khamasah(semangat) seperti beliau, namun melihat kisah ini pastinya dugaan yang menghampiri adalah sesuatu yang pasti dalam berjuang sebagai seorang pelajar, seorang pemimpin dan sebagainya....

Di sinilah uncle Hassan alBanna meletakkan harapan yang tinggi, agar kita, para pemuda(rijjal) yang menyambung mata-mata rantai perjuangan Nabi SAW agar terus bersemangat dlam kehidupan ini.....

namun ramai yang memberi alasan, aku busylah, i need sometime for myself!!!
pastinya disini perlunya kepercayaan.
ya udah! dimanakah kepercayaan kita pada janji2 Allah yang kita selalu baca didalam alquran?

Firman Allah SWT, bermaksud
 “Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu” (Surah Muhammad, ayat 7)

Bismillahirrahmaanirrahiim
وَلَيَنصُرَنَّ اللَّهُ مَن يَنصُرُهُ إِنَّ اللَّهَ لَقَوِيٌّ عَزِيزٌ

Sesungguhnya Allah pasti menolong orang yang menolong (agama)-Nya.  Sesungguhnya Allah benar-benar Maha kuat lagi Maha perkasa”.  (Penggalan QS 22-Al Hajj : 40)

>pastinya berada didlam perjuangan sebagai pelajar dan  kepimpinan ini, pastinya akan ada pasang surutnyer, berdiri dan jatuh tersembam..

teringat dalam post uncle APG, yang mana menceritakan tentang kisah nabi yusuf yang dilantik sebagai BENDAHARA mesir, jika melihat pada kehidupan Nabi Yusuf pastinya ada naik turunnya dan jatuh bangkitnya, baginda tetap yakin dan berlapang dada dengan perancangan yang telah Allah tetapkan untuknya.

"Sesungguhnya Tuhanku telah berbuat baik kepadaku, ketika Dia membebaskan aku dari penjara dan ketika membawa kamu dari dusun, setelah syaitan merosak (hubungan) antara aku dengan saudara-saudaraku. Sunggu, Tuhanku Maha lembut terhadap apa yang Dia kehendaki. Sungguh, Dia Yang Maha Mengetahui, Maha Bijaksana."
[Yusuf, 12:100]

Maka sepertimana lapangnya dada Nabi Yusuf dan baiknya sangkaan baginda terhadap perancangan dan susun atur yang telah ditetapkan oleh Allah, begitu juga seharusnya sikap kita dalam merancang dan melaksanakan agenda dalam melaksanakan tugas sebagai seorang pelajar, seorang pimpin pelajar dan sebagainya....

inspirated by http://www.youtube.com/watch?v=XY-w2RrKbqg
penulisan kali ini sekadar untuk membangkit semangat yang pasti ada masanye surut dan ada masanye akan meningkat....
moga2 ianya bermanfaat buat semua.....
dan saya sedia menerima sebarang teguran....


No comments:

Post a Comment