iya, pastinya tidak ku post di FB kerana ianya perkara2 yang barangkali boleh disalah erti, namun kini peristiwa itu telah lama hampir lebih 6-12 bulan lepas meninggalkan aku, namun aku letakkan disini sekadar peringatan dan untuk aku mengenang dan muhasabah perkara itu....
"setiap daripada kita pastinya memegang jawatan hatta diri ini. namun terfikir tak kita mengenai betapa beratnya tanggungjawab walaupun jawatan sebagai AJK KEBERSIHAN dan sebagainya. kita sering kali memandang remeh dan seringkali mengabaikan amanah terhadap jawatan2 ini. dan kawan2 sering mengatakan, ler ko baru jadi exco logistic, senang je, aku ni timbalan pengarah, kerja ko senang dibandingkan dengan aku. nah, berkata mmg mudah namun setiap individu perlu fikir sejauh mana kemampuannya melakasanakan amanah ni. memang jelas, kita pasti melakukan kesilapan dalam menjalankan amanah ni, namun kita seharusnya berusaha sebaik mungkin untuk melaksanakan amanah ni sebaik mungkin walaupun tanggungjawab itu kecil...
lebih pedih lagi, ramai diantara kita suka mengatakan 'aku ni sibuklah', 'esok aku da teaching, 'tak da masa',case write up tak siap ag' dikala kita mempunyai tanggungjawab yang perlu dilaksanakan terutamanya untuk handle program kolej.
barangkali kita lupa, kita semua juga merupakan pelajar perubatan, semua busy kut....
apakah definisi busy? padahal kita punya masa untuk menonton movie? masih punya masa ber'facebook', masih punya masa untuk berchit chat, masih sempat bershopping?
>arrrggghhhh, tidak kita risau kelak setiap amanah itu akan dipertanggungjawab? dan lupakah kita bahawa jika kita memudahkan tugas orang lain, Allah akan mudahkan tugas kita?
>namun biarlah, yang penting kita terus mujahadah dalam melaksanakan tugas kita. kerana aku tahu, dalam risalah hasan albanna, antara ciri2 pemuda adalah mempunyai semngat(khamasah) yang tinggi, maka aku harus kuat dengan semangat muda ku, terus melangkah mencari redhaMu dengan khamasah yang Engkau berikan..
>dan tidak lupa allah berfirman, surah albaqarah ayat 286
لَا يُكَلِّفُ اللَّهُ نَفْسًا إِلَّا وُسْعَهَا ۚ لَهَا مَا كَسَبَتْ وَعَلَيْهَا مَا اكْتَسَبَتْ
Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya
>nah apa lagi perlu engkau fikirkan, teruskan melangkah, genggam kata2 tuhanmu, sesungguhnya setiap daripada kita pasti diuji pokonya, adakah kita yakin pada ayat ni....
----keep moving bro------
nota tangan:
teringat enam persoalan imam alghazali, dan persoalan yang keempat adalah
, "Apa yang paling berat di dunia ini?". Ada yang menjawab baja, besi, dan gajah. Semua jawapan hampir benar, kata Imam Ghazali, tapi yang paling berat adalah "memegang AMANAH" (Al Ahzab 72). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka untuk menjadi kalifah (pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya sanggup mencabar permintaan Allah SWT, sehingga ramai dari manusia masuk ke neraka kerana ia tidak mampu memegang amanahnya.
semoga kita melaksanakan setiap tanggungjawab yang diberikan dengan sebaik mngkin...
No comments:
Post a Comment