
Kisah pertama, ashabul kahfi yang mana ianya menekankan kisah sekumpulan sahabat yang melarikan diri ke gua kerana ingin menyelamatkan akidah daripada seorang raja yang kufur. Kisahnya diteruskan dengan Allah menidurkan mereka selama 350 tahun, yang mana di sini Allah menegur Rasulullah agar mengucapkan INSYAALLAH setiap kali berjanji.
Jelas ketika aku menulis tentang surah ini, aku cemburu bangat sama pemuda kahfi. Manakan tidak, ramai diantara kita sering mengimpikan persahabatan seperti Rasulullah dan Abu Bakar, Nabi Musa dan Harun ataupun Salman Al-Farisi dan Abu Darda’, begitu juga dengan diriku. Aku merindukan dan mencemburui persahabatan seperti persahabatan pemuda kahfi kerana mereka hidup berkumpulan, bergerombolan meriah mencari redha Tuhan. Pastinya persahabatan mereka jauh sekali bersenggeta mahupun bermusuhan, jelas ini adalah satu pengajaran daripada Allah tentang peri pentingnya hidup tanpa bermusuhan.

Mengambil ibrah yang kedua dr kisah ini, Allah merakamkan dalam quran, ketika mana mereka dalam keadaan yang gawat dan susah serta kelaparan, tetapi mereka masih berpesan kepada sahabat mereka yang ditugaskan ke kota mencari makanan itu supaya mencari dan memilih makanan yang bersih dan halal. Ini menandakan bahawa mereka adalah pemuda-pemuda yang bertakwa kepada Allah walaupun bagaimana situasinya.
Akhir sekali, saya berpesan pada diri saya dan kalian semua usahakanlah dalam mengekalkan keimanan itu, INGATLAH Allah sentiasa ada dalam mendengar keluhan kita, mendengar rintihan kita. Maka rintihlah, adulah, nagislah memohon berdoa kepada Rabb kita. Sesungguhnya berdoa itu senjata yang sangat hebat bagi individu muslim. Sekadar ingin berkongsi satu doa yang dirakamkan dalam surah kahf, ayat 10 yang boleh diamalkan:
رَبَّنَا آتِنَا مِن لَّدُنكَ رَحْمَةً وَهَيِّئْ لَنَا مِنْ أَمْرِنَا رَشَدًا
mohon dilihat terjemahan dan membaca surah alkahfi mudah-mudahan, kita sama2 mentadabbur kisah ini secara bersama...
No comments:
Post a Comment