tidak kisahlah ianya jalan dakwah mahupun jalan mencari tuhan. pokoknya, jalan yang dilalui adalah satu yakni dijalanmu aku bercinta. bercinta ape? bukanlah cinta mat jenin mahupun cinta monyet, namun jauh lebih penting, cinta pada Allah dan Rasul. ianya tidaklah mudah, semudah kata, kerana ianya perlu dicari, perlu dilalui dengan pelbagai onak.
bak kata hasan albanna,
Tidak ada kebangkitan tanpa cinta dan tidak ada cinta tanpa iman.....
Tidak ada kebangkitan tanpa cinta dan tidak ada cinta tanpa iman.....
ingatlah berjalan di jalan mencari kebenaran ini bukanlah mudah, ianya akan terus dan terus diuji.
teringat seorang sahabat bertanyer 'diuji bagaimana?'
perkara pertama yang akan diuji adalah diri kita sendiri. bagaimana kita dalam melakukan perubahan. adakah cukup bersedia? apakah tujuan kita berubah? semua ni haruslah kita bermuhasabah bersama...
>dan ingat dalam melakukan perubahan ni, ayat ni yang selalu saya fikirkan.
>dan ingat dalam melakukan perubahan ni, ayat ni yang selalu saya fikirkan.
انْفِرُوا خِفَافًا وَثِقَالًا وَجَاهِدُوا بِأَمْوَالِكُمْ وَأَنْفُسِكُمْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ ۚ ذَٰلِكُمْ خَيْرٌ لَكُمْ إِنْ كُنْتُمْ تَعْلَمُونَ
Berangkatlah kamu baik dalam keadaan merasa ringan maupun berat, dan berjihadlah kamu dengan harta dan dirimu di jalan Allah. Yang demikian itu adalah lebih baik bagimu, jika kamu mengetahui.
(surah attaubah ayat 41)
ayat nilah, antara ayat2 pertama yang saya kenal daripada quran yang menyusuk qalbu beberapa tahun lepas. ianya bukan mudah tuk berubah. masa yang penjang sangat diperlukan terutamnya diri sendiri.
perkara kedua adalah titik penolak terhadap pengislahan diri kita. teman-teman. satu benda yang sangat penting dlam perubahan setiap individu. ingatlah teman itu sangat memainkan peranan dalam kehidupan kita.
Hadis al-Bukhari dari Abu Musa al-Asy'ari, bermaksud:
“Diumpamakan rakan yang soleh dan rakan yang jahat ialah seperti (berkawan) dengan penjual minyak wangi dan tukang besi. Penjual minyak wangi tidak akan mensia-siakan anda, sama ada anda membelinya atau hanya mendapat bau harumannya. Tukang besi pula boleh menyebabkan rumah anda atau baju anda terbakar, atau mendapat bau busuk.”

Kaata-kata Iman As Syahid Hasan Al Banna mengenai halaqah atau usrah iaitu
" Wahai saudaraku, sistem usrah sangat bermanafaat bagi kita dan berguna bagi da'wah. Dengan daya dan kekuatan dari Allah SWT, sistem ini akan mampu menghimpun kalangan anggota ikhwan yang tulus, memudahkan hubungan antara mereka, mengerahkan mereka kepada teladan atau mithali dalam da'wah, memperkukuhkan ikatan persatuan mereka dan mengangkat persaudaraan mereka dari tutur kata-kata dan teori ke tingkat perlaksanaan atau operasi"
maka secara mudah,
diumpamakan kita tidak akan rasa manisnyer berusrah jika kita tidak terlibat bersama dan merasakan seperti mendengar khabar kafe mak yong menjual roti planta yang sedap, namun kita tidak tahu kesedapannya sampai kita sendiri yang pergi merasainya..
diumpamakan kita tidak akan rasa manisnyer berusrah jika kita tidak terlibat bersama dan merasakan seperti mendengar khabar kafe mak yong menjual roti planta yang sedap, namun kita tidak tahu kesedapannya sampai kita sendiri yang pergi merasainya..
baiklah, sebenarnya, sekadar nak share benda lain, tetiba taip benda lain. tak pelah sekadar taip apa yang terbaik sekadar untuk muhasabh diri..
akhir sekali, benda yang paling asas sekali dalam bertaubat ini adalah kita tidak boleh berputus-asa dengan Allah. Kena sentiasa minta ampun padaNya, setiap masa dan ketika. Kena yakin yang Dia akan ampunkan segala dosa yang ada, walau sebesar mana pon dosa itu (kecuali dosa mengsyirikkan Allah) kerana sememangnya sifat Allah itu Maha Pengampun, Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Bukankah begitu wahai jiwa?
Allah sentiasa menanti-nantikan kita untuk mengadu nasib kepadaNya, tetapi kita sering berpaling angkuh daripadaNya.
Allah merindukan rintihan dan doa keampunan daripada kita, tetapi kita tidak pernah mahu meluangkan masa yang ada bersamaNya.
Allah mahu berlari kepada kita sekiranya kita berjalan padaNya, tetapi kita memilih untuk berlari menjauhiNya.
Layakkah kita menjadi hambaNya dengan keangkuhan dan kesombongan kita..?
Yet, Allah tidak berputus-asa dengan kita. Yet, Allah tidak pernah menutup pintu taubatNya kepada kita. And yet, Allah tetap kasih dan sayang kepada kita.
Benarlah, Allah itu Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..!
moga bermanfaat.....
No comments:
Post a Comment