Tuesday, 26 November 2013

rahsia, bila diabaikan...

jika sesorang itu berkongsi rahsianya, ia adalah kerana betapa besarnya kepercayaan kita pada seseorang itu.. maka jagalah amanah yg diberikan ni kerana pasti ianya sesuatu maha besar lagi berat bg mereka.
>ingatlah jika kita mempermainkan rahsia/amanah itu, kita umpama mempermainkan kepercayaan yang diberikan... ingatlah ianya sangat berkait dengan iman kita pada tuhan....

“Sesungguhnya Allah memerintahkan kalian untuk menunaikan amanah-amanah kepada pemiliknya....(surah An-Nisa: 58)

Saturday, 23 November 2013

AyAt2 cInTa aLlAH dAn KItA

Seorang muslim dan al-Quran sewajarnya tidak dapat dipisahkan. Dalam pada mencari keindahan islam itu dan menyampaikan kebenaran kepada masyarakat dan dalam mentarbiyah hati-hati diri sendiri dan di luar sana, al-Quran perlu dijadikan rujukan yang paling utama.

Al-Quran juga wajar menjadi sumber motivasi terbesar buat mereka yang mencari2 erti diri menganut islam dan begitu juga bagi merekka mahu memikul amanah dakwah dan tarbiyah ini. Di kala kesedihan dan kelemauan akibat mehnah dan tribulasi di atas jalan dakwah, kita sepatutnya mencari al-Quran terlebih dahulu unutk menenangkan jiwa dan emosi kita, sebelum memburu buku-buku motivasi dan penaik semangat karangan manusia-manusia yang diri sendiri punya banyak kelemahan dan kekurangan. Bukankah al-Quran itu datangnya dari Allah, yang paling tahu dan arif tentang selok-belok, setiap inci daripada jiwa dan perasaan kita?

hatta Allah berfirman didalam surah aljumaah ayat ke 2

 هُوَ الَّذِي بَعَثَ فِي الْأُمِّيِّينَ رَسُولًا مِنْهُمْ يَتْلُو عَلَيْهِمْ آيَاتِهِ وَيُزَكِّيهِمْ وَيُعَلِّمُهُمُ الْكِتَابَ وَالْحِكْمَةَ وَإِنْ كَانُوا مِنْ قَبْلُ لَفِي ضَلَالٍ مُبِينٍ
Dialah yang mengutus seorang Rasul kepada kaum yang buta huruf dari kalangan mereka sendiri, yang membacakan kepada mereka ayat-ayat-Nya, menyucikan (jiwa) mereka dan mengajarkan kepada mereka Kitab dan Hikmah (As Sunnah), meskipun sebelumnya, mereka benar-benar dalam kesesatan yang nyata..

jelas daripada ayat ni menyatakan dengan jelas kepentingan ayat ni yang mana al-quran itu dapat menyucikan jiwa(tazkiyatun nafs). nah apa lagi yang meragukan kita tuk terus berdampingan dengan quran.

baiklah, sebenarnya didalam penulisan kali ini hanya sekadar berniat berkongsi ayat dari surah almaidah ayat ke 6, jelas ketika mula2 menemui ayat ni, benar ia seolah2 menampar kuat di pipi penulis. bukan kepalang sakit dibuatnyer. iya bukan mudah menjalani kehidupan dengan beban tugas yang berat dibahu. ayuh kita tadabburi ayat tersebut...

مَا يُرِيدُ اللَّهُ لِيَجْعَلَ عَلَيْكُمْ مِنْ حَرَجٍ وَلَكِنْ يُرِيدُ لِيُطَهِّرَكُمْ وَلِيُتِمَّ نِعْمَتَهُ عَلَيْكُمْ لَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ ........
....Allah tidak ingin menyulitkan kamu, tetapi Dia hendak membersihkan kamu dan menyempurnakan nikmat-Nya bagimu, agar kamu bersyukur...

ayat yang mudah tapi penuh isi maknanya. walaupun pada permulaan ayat tersebut mmbincangkan tentang bersuci, jelas banyak pengajaran yang boleh diambil daripada setiap perkataan yang Allah turunkan kepada kita.
kadang2 bukan mudah melakukan kerja2 harian kita, kadang ujian itu menyapa bukanlah dengan sentiasa memberi isyarat namun ianya datang bak kilat yang sabung menyabung.. lajunye subhanallah, namun yang membezakan kita adalah bagaimana kita menghadapinya.

jelas, Allah telah pun memberitahu kepada kita bahawa allah tidak ingin menyusahkan kita bahkan Dia ingin membersihkan kita serta menyempurnakan nikmat hatta ingin kita bersyukur. iya jelas bukan mudah kita melatih seorang hamba yang bersyukur dikala ditimpa kesusahan, pasti perkataan syukur itu bak berada di barcelona ketika kita sedang dihinggapi ujian dan dugaan di malaysia.


namun, semua nya bergantung bertapa rapatnya kita dengan ayat2 cinta Allah dan bagaimana kita dekat dengan Allah, kerana jika kita menghampiri Allah sambil berjalan Allah akan mendekati kita dengan berlari.


sungguh benar kata2 allah serta kekasihnya rasulullah. moga2 kita menjadi seorang hamba yang dikasihani(ibadurrahman) seperti mana dijelaskan didalam surah furqan ayat 63-77...

sekian wassalam...

Wednesday, 20 November 2013

Syair Imam Syafi’i: “Merantau Demi Ilmu dan Kemuliaan”

Al-Imam asy-Syafi’i berkata dalam syairnya:

ما في المُقامِ لذي عقلٍ وذي أدبٍ
مِنْ رَاحَة ٍ فَدعِ الأَوْطَانَ واغْتَرِب
“Berdiam diri, stagnan, dan menetap di tempat mukim, sejatinya bukanlah peristirahatan bagi mereka pemilik akal dan adab, maka berkelanalah, tinggalkan negerimu (demi menuntut ilmu dan kemuliaan)

سافرْ تجد عوضاً عمَّن تفارقهُ
وانْصَبْ فَإنَّ لَذِيذَ الْعَيْشِ فِي النَّصَبِ
Safarlah, engkau akan menemukan pengganti orang-orang yang engkau tinggalkan. Berpeluhlah engkau dalam usaha dan upaya, karena lezatnya kehidupan baru terasa setelah engkau merasakan payah dan peluh dalam bekerja dan berusaha.

إني رأيتُ وقوفَ الماء يفسدهُ
إِنْ سَاحَ طَابَ وَإنْ لَمْ يَجْرِ لَمْ يَطِبِ
Sungguh aku melihat, air yang tergenang dalam diamnya, justru akan tercemar lalu membusuk. Jika saja air tersebut mengalir, tentu ia akan terasa lezat menyegarkan. Tidak demikian jika ia tidak bergerak mengalir.

والأسدُ لولا فراقُ الأرض ما افترست والسَّهمُ لولا فراقُ القوسِ لم يصب
Sekawanan singa, andai tidak meninggalkan sarangnya, niscaya kebuasannya tidak lagi terasah, ia pun akan mati karena lapar. Anak panah, andai tidak melesat meninggalkan busurnya, maka jangan pernah bermimpi akan mengenai sasaran.

والشمس لو وقفت في الفلكِ دائمة
لَمَلَّهَا النَّاسُ مِنْ عُجْمٍ وَمِنَ عَرَبِ
Sang surya, andai selalu terpaku di ufuk, niscaya ia akan dicela oleh segenap ras manusia, dari ras arabia, tidak terkecuali selain mereka.

والترب كالترب ملقى في أماكنه
والعودُ في أرضه نوعاً من الحطب
Dan bijih emas yang masih terkubur di bebatuan, hanyalah sebongkah batu tak berharga, yang terbengkalai di tempat asalnya. Demikian halnya dengan gaharu di belantara hutan, hanya sebatang kayu, sama seperti kayu biasa lainnya.

إن تغرَّب هذا عزَّ مطلبهُ
وإنْ تَغَرَّبَ ذَاكَ عَزَّ كالذَّهَب
Andai saja gaharu tersebut keluar dari belantara hutan, ia adalah parfum yang bernilai tinggi. Dan andaikata bijih itu keluar dari tempatnya, ia akan menjadi emas yang berharga.

*dinukil dan diterjemahkan secara bebas berdasarkan Syarh Diwan asy-Syafi’i (hal. 25-27), Muhammad Ibrahim Salim, Cet. Maktabah Ibn. Sina – Mesir.

Saturday, 9 November 2013

ArAbIc???

sekadar bekongsi cara saya mempelajari bahasa arab,
tp sebelum itu ini sekadar berkongsi, kerana asalnya saya hanya belajar arab tahun ni, masih diperingkat bayi masih merakak. sekolah? jauh sekali kerana membesar disekolah inggeris....

cara belajar bahasa arab ni ada banyak cara, namun saya menggunakan cara belajar english to arabic, which i think the easiest method, as before this i try to use the matan jurumiyyat.....
baiklah, basically, apa saya pelajari dalam tempoh 6 bulan ini adalah dibahagikan kepada 3 peringkat, yakni:
1)arabic logik (da 20 topik kesemuanya)
2)buku david cowan
3)first kitaab

basically, saya kongsikan sedikit agar kalian mendapat brief idea apa yang kami pelajari,
di dalam arabic logik ini, kami mempelajari, noun, pronoun, imperfect, perfect, feminine noun,predicate, subject, case ending dan paling last n susah sikit adalah masa belajar wazan....
so basically, dekat sini lebih kurang nak kenalkan perkataan basic dalam bahasa arab yang mana kita gunakan dalan seharian....

part two, buku dawid cowan, rasanyer, kat sini kitaorang tak spend banyak benda kat sini...
basically, kat sini kami lebih diajar tentang bina ayat dimana akan involve idoffah...
dan dekat sini iddofah itu agak payah tuk dipelajari, kerana ones u grab it, it will easier till the end....
kat dalam buku ni jugak, kami belajar kata ganti diri, yang mana banyak benda yang saya pelajari disini...

part3, just started last week, yang mana kita kena terjemahkan kitab yusof alqardhawi....ianya lebih kepada latihan yang mana, kami akan diberikan kita arab, n we need to translate ke dalam bahasa inggeris...
so basically, kita sangat2 memerlukan kamus, dan kamus yang kami gunakan adalah hans wehr dictionary.
so kat peringkat tiga ni saya tak dapat merumus panjang kerana masih lagi belajar.....

>daripada yang saya belajar setakat ini adalah kepentingan kita dalam membuat latihan, sepanjang 6 bulan ni, bilangan latihan yang diberikan oleh xifu naser tak terkira dan pastinya ada yang tidak mampu saya habiskan....
>kedua betapa pentingnya kamus, kerana dalam setiap perkataan arab, akan wujudnya beberapa perkataan dasar yang mana kita perlu cari dalam kamus. daripada perkataan dasar ini, akan terhasillanh pelbagai perkataan arab menggunakan wazan. pasti blurkan, ambil contoh..
daripada perkataan pokoknya, ك ت ب
ianyan dapat menghasilkan
كاتب -penulis
مكتبة- perpustakaan
-jelas penggunakan kamus sangat penting...

>kalau da masa, try cari quran perkata kerana ianya sangat bermanfaat dalam mempelajari bahasa arab, kerana dari situ, kita akan dapat banyak vocab....
>dan paling penting kena banyak bertanyer, kerana dari situ kita akan belajar banyak benda
>ni pun penting jugak, jangan putus asa, kerana mmg pening sedikit, lebih2 ag diri ini yang baru sje first time belajar arab, berkerut dahi jugak nak belaj, sekarang pun nak pening belajar, tapi lama2 tu ok, insyaallah...
>dan penting tu betulkan niat....

>>insyaallah mmg bercita2 nak mengajar bahasa arab, tapi masa mencemburui dan diri ni pun masih belajar, so insyaallah akan sebaik mungkin berusaha tuk mengajar apa yang mampu.....
sekadar itu sahaja, ingatlah, bahasa arab, bahasa quran, tak rugi belajar.....

Thursday, 7 November 2013

AkU dAn jAlAn yAnG BeRdUrI.........

perjalanan jauh mencari redhanya bukanlah satu jalan yang mudah. bukanlah satu jalan yang dihamparkan dengan bunga ros semerbak harum. satu jalan yang kiri dan kanannya orang saling bersorak dan bertepuk tangan. ianya satu jalan penunh berduri. 
tidak kisahlah ianya jalan dakwah mahupun jalan mencari tuhan. pokoknya, jalan yang dilalui adalah satu yakni dijalanmu aku bercinta. bercinta ape? bukanlah cinta mat jenin mahupun cinta monyet, namun jauh lebih penting, cinta pada Allah dan Rasul. ianya tidaklah mudah, semudah kata, kerana ianya perlu dicari, perlu dilalui dengan pelbagai onak.
bak kata hasan albanna,
Tidak ada kebangkitan tanpa cinta dan tidak ada cinta tanpa iman.....
ingatlah berjalan di jalan mencari kebenaran ini bukanlah mudah, ianya akan terus dan terus diuji. 
teringat seorang sahabat bertanyer 'diuji bagaimana?'


perkara pertama yang akan diuji adalah diri kita sendiri. bagaimana kita dalam melakukan perubahan. adakah cukup bersedia? apakah tujuan kita berubah? semua ni haruslah kita bermuhasabah bersama...
>dan ingat dalam melakukan perubahan ni, ayat ni yang selalu saya fikirkan.

انْفِرُوا خِفَافًا وَثِقَالًا وَجَاهِدُوا بِأَمْوَالِكُمْ وَأَنْفُسِكُمْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ ۚ ذَٰلِكُمْ خَيْرٌ لَكُمْ إِنْ كُنْتُمْ تَعْلَمُونَ
Berangkatlah kamu baik dalam keadaan merasa ringan maupun berat, dan berjihadlah kamu dengan harta dan dirimu di jalan Allah. Yang demikian itu adalah lebih baik bagimu, jika kamu mengetahui. 
(surah attaubah ayat 41)

ayat nilah, antara ayat2 pertama yang saya kenal daripada quran yang menyusuk qalbu beberapa tahun lepas. ianya bukan mudah tuk berubah. masa yang penjang sangat diperlukan terutamnya diri sendiri.

perkara kedua adalah titik penolak terhadap pengislahan diri kita. teman-teman. satu benda yang sangat penting dlam perubahan setiap individu. ingatlah teman itu sangat memainkan peranan dalam kehidupan kita.

Hadis al-Bukhari dari Abu Musa al-Asy'ari, bermaksud:
“Diumpamakan rakan yang soleh dan rakan yang jahat ialah seperti (berkawan) dengan penjual minyak wangi dan tukang besi. Penjual minyak wangi tidak akan mensia-siakan anda, sama ada anda membelinya atau hanya mendapat bau harumannya. Tukang besi pula boleh menyebabkan rumah anda atau baju anda terbakar, atau mendapat bau busuk.”

perkara ketiga, USRAH/BULATAN GUMBIRA rasa ini adalah sangat memainkan peranan dalanm kehidupan kita kerana kita sangat2 memerlukan kondisi persekitaran yang membolehkan kita berubah. hatta diri yang sedang menulis ini punya banyak dipengaruhi dengan usrah.wujudnya seorang naqib yang concern kepada kita. bolehnya kita berkongsi dan saling mendapat nasihat daripada teman2 usrah yang lain dan banyak ag. 

Kaata-kata Iman As Syahid Hasan Al Banna mengenai halaqah atau usrah iaitu

" Wahai saudaraku, sistem usrah sangat bermanafaat bagi kita dan berguna bagi da'wah. Dengan daya dan kekuatan dari Allah SWT, sistem ini akan mampu menghimpun kalangan anggota ikhwan yang tulus, memudahkan hubungan antara mereka, mengerahkan mereka kepada teladan atau mithali dalam da'wah, memperkukuhkan ikatan persatuan mereka dan mengangkat persaudaraan mereka dari tutur kata-kata dan teori ke tingkat perlaksanaan atau operasi"

maka secara mudah,

diumpamakan kita tidak akan rasa manisnyer berusrah jika kita tidak terlibat bersama dan merasakan seperti mendengar khabar kafe mak yong menjual roti planta yang sedap, namun kita tidak tahu kesedapannya sampai kita sendiri yang pergi merasainya..

baiklah, sebenarnya, sekadar nak share benda lain, tetiba taip benda lain. tak pelah sekadar taip apa yang terbaik sekadar untuk muhasabh diri..
akhir sekali, benda yang paling asas sekali dalam bertaubat ini adalah kita tidak boleh berputus-asa dengan Allah. Kena sentiasa minta ampun padaNya, setiap masa dan ketika. Kena yakin yang Dia akan ampunkan segala dosa yang ada, walau sebesar mana pon dosa itu (kecuali dosa mengsyirikkan Allah) kerana sememangnya sifat Allah itu Maha Pengampun, Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Bukankah begitu wahai jiwa?

Allah sentiasa menanti-nantikan kita untuk mengadu nasib kepadaNya, tetapi kita sering berpaling angkuh daripadaNya.

Allah merindukan rintihan dan doa keampunan daripada kita, tetapi kita tidak pernah mahu meluangkan masa yang ada bersamaNya.

Allah mahu berlari kepada kita sekiranya kita berjalan padaNya, tetapi kita memilih untuk berlari menjauhiNya.

Layakkah kita menjadi hambaNya dengan keangkuhan dan kesombongan kita..?

Yet, Allah tidak berputus-asa dengan kita. Yet, Allah tidak pernah menutup pintu taubatNya kepada kita. And yet, Allah tetap kasih dan sayang kepada kita.

Benarlah, Allah itu Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..!

moga bermanfaat.....

tHoLibul iLm'


part 2 of surah alkahf
Perjalanan Musa dan Khidir tersebut dikisahkan dalam Alquran surah al-Kahfi ayat 60 hingga 82.
Terdapat banyak hikmah dari kisah Khidir antaranya menuntut ilmu. Tampak dalam kisah betapa Nabi Musa sangat bersungguh dalam menuntut ilmu. Walaupun nabi musa merupakan seorang nabi ulul azmi, namun beliau tidak segan dan merendah diri untuk menuntut ilmu bahkan sanggup melalui perjalanan jauh demi untuk menuntut ilmu.

Secara ringkas kisahnya, nabi musa mengikuti nabi khidir dalam usaha beliau mempelajari ilmu dari nabi khidir dimana, awal2 lagi nabi khidir menyatakan bahawa nabi musa tidak akan mempu bersabar dengannya. Disepanjang 3perkara pelik yang dilakukan oleh nabi khidir dipersoalkan oleh nabi musa yang mana di peristiwa ketiga, nabi khidir memberitahu tentang maksud sebenar dia melakukan perkara pelik itu dan akhirnya mereka berpisah disitu. 3 perkara itu adalah melubangi perahu, membunuh seorang budak kecil,dan memperbaiki dinding sebuah rumah yang hampir roboh dikala tiada penduduk disitu.

Maka jawapan bagi setiap perbuatan yang dilakukan oleh nabi khidir adalah perahu itu adalah milik orang miskin yang bekerja di laut kelak dia akan ditangkap dan dirampas perahu itu oleh raja yang akan menyebabkan hidup orang miskin itu menjadi susah.

Adapun anak itu, kedua orang tuanya merupakan Mukminin yang mana nabi khidir khuwatir dia akan mendorong kedua orang tuanya pada kesesatan dan kekafiran. Ketiga, dinding rumah itu merupakan milik dua anak yatim di negeri tersebut yang mana dibawahnya tersimpan harta benda simpanan ayahnya yang soleh untuk keduanya demi kegunaan pada masa hadapan.

Konklusinya, secara ringkas kisah ni menjelaskan tentang perlunya kesabaran dalam menuntut ilmu serta peri pentingnya ilmu itu sendiri. ia masakan kita digelar tholibul ilm namun jauh sekali kita bersabar dengan dugaannya. Moga2 kita istiqamah dlm menunutut ilmu perubatan dan agama. Percayalaha janji allah dalam firmanNya dalam surah al-Mujadilah ayat 11,

“Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di antara kalian dan orang-orang yang diberi ilmu (agama) beberapa derajat.” 
Banyak ayat yang menyatakan keutamaan ilmu dan kewajiban menuntutnya. Dalam hadis, Rasulullah pun sering mengingatkan umatnya untuk menuntut ilmu. Beliau pun menyatakan keutamaan ilmu bagi para Muslimin.
Dalam hadis riwayat Abu Dawud dan At-Tirmidzi dari Abud Darda menceritakan bahwa Rasulullah bersabda,
 “Barangsiapa menempuh suatu jalan yang padanya dia mencari ilmu, Allah akan mudahkan dia menempuh jalan dari jalan-jalan (menuju) jannah dan sesungguhnya para malaikat benar-benar akan meletakkan sayap-sayapnya untuk penuntut ilmu.

Mudah-mudahan kita dapat mengambil iktibar dari kisah ini, mudah2an perjuangan kita didalam menuntut ilmu dipermudahkan insyaallah...

Monday, 4 November 2013

DoA DaN pEdAnG

<Doa Itu Umpama Pedang>

Imam al-Izz al-Hanafi berkata:

فالأدعية والتعوذات والرقى بمنزلة السلاح، 
Doa-doa, memohon perlindungan daripada Allah, dan jampi adalah umpama pedang.

والسلاح بضاربه، لا بحده فقط، 
Pedang itu bergantung juga kepada orang yang menggunakannya, bukan sekadar pada ketajamannya.

فمتى كان السلاح سلاحا تاما والساعد قويا، والمحل قابلا، والمانع مفقودا: حصلت به النكاية في العدو، 
Apabila pedang itu tajam, orang yang menghayunnya kuat, yang mahu diserang itu mampu dipotong, dan penghalang-penghalang sudah tiada; maka pihak musuh akan berjaya ditebas.

ومتى تخلف واحد من هذه الثلاثة تخلف التأثير, 
Apabila salah satu daripada faktor di atas tiada, maka ia tidak akan berjaya.

فإذا كان الدعاء في نفسه غير صالح، أو الداعي لم يجمع بين قلبه ولسانه في الدعاء، أو كان ثم مانع من الإجابة لم يحصل الأثر.
Apabila yang berdoa itu dirinya sendiri tidak soleh, atau hatinya tidak menghayati dengan apa yang diminta oleh lisannya, atau ada penghalang-penghalang yang menghalang doa daripada dimakbulkan. Maka doa itu tidak akan meninggalkan kesan.

[Sharh al-Aqidah al-Tahawiah]

nota kaki:

1)penerimaan amalan itu bergantung pada:
- bergantung kepada pemakanannya halal/haram.
- sebab kepada diterima atau tidaknya doa/ibadah yang dilakukan.

2) Sebab- sebab diperkenankan doa serta beberapa adabnya:
perjalanan yang jauh – (hadis – tiga jenis doa yang diperkenankan , doa orang yg dizalimi, orang dlm
musafir dan doa ibu terhadap anaknya)
antara asas dlm berdoa adalah sentiasa memulakan dengan memuji-memuji nama Allah dan berselawat ke atas rasulullah.

KnOwLaDGe- quoted

True knowledge bring us closer to Allah
To learn a single topic of knowledge and teach it to a Muslim is more beloved to me than having the whole world and giving it in the cause of Allāh.
The first step in knowledge is to listen, then to be quiet and attentive, then to preserve it, then to put it into practice and then to spread it
Sufficient as knowledge for a person is that he fears Allah, and sufficient as ignorance for a person is that he feels impressed with the knowledge he has.

Al-Hasan Al-Basrî – Allah have mercy on him – said: 'When a man sought knowledge, it would not be long before it could be seen in his humbleness, his sight, upon his tongue and his hands, in his prayer, in his speech and in his disinterest (zuhd) in worldly allurements. And a man would acquire a portion of knowledge and put it into practice, and it would be better for him than the world and all it contains – if he owned it he would give it in exchange for the hereafter.

catatan ku...

sekadar mengemaskini dekstop laptopku, terjumpa beberapa article yang ku tulis ketika aku stress, sedih, gembira sebagai satu tanda tuk aku reflect setiap perkara....
iya, pastinya tidak ku post di FB kerana ianya perkara2 yang barangkali boleh disalah erti, namun kini peristiwa itu telah lama hampir lebih 6-12 bulan lepas meninggalkan aku, namun aku letakkan disini sekadar peringatan dan untuk aku mengenang dan muhasabah perkara itu....

"setiap daripada kita pastinya memegang jawatan hatta diri ini. namun terfikir tak kita mengenai betapa beratnya tanggungjawab walaupun jawatan sebagai AJK KEBERSIHAN dan sebagainya. kita sering kali memandang remeh dan seringkali mengabaikan amanah terhadap jawatan2 ini. dan kawan2 sering mengatakan, ler ko baru jadi exco logistic, senang je, aku ni timbalan pengarah, kerja ko senang dibandingkan dengan aku. nah, berkata mmg mudah namun setiap individu perlu fikir sejauh mana kemampuannya melakasanakan amanah ni. memang jelas, kita pasti melakukan kesilapan dalam menjalankan amanah ni, namun kita seharusnya berusaha sebaik mungkin untuk melaksanakan amanah ni sebaik mungkin walaupun tanggungjawab itu kecil...

lebih pedih lagi, ramai diantara kita suka mengatakan 'aku ni sibuklah', 'esok aku da teaching, 'tak da masa',case write up tak siap ag' dikala kita mempunyai tanggungjawab yang perlu dilaksanakan terutamanya untuk handle program kolej.
barangkali kita lupa, kita semua juga merupakan pelajar perubatan, semua busy kut....
apakah definisi busy? padahal kita punya masa untuk menonton movie? masih punya masa ber'facebook', masih punya masa untuk berchit chat, masih sempat bershopping?
>arrrggghhhh, tidak kita risau kelak setiap amanah itu akan dipertanggungjawab? dan lupakah kita bahawa jika kita memudahkan tugas orang lain, Allah akan mudahkan tugas kita?

>namun biarlah, yang penting kita terus mujahadah dalam melaksanakan tugas kita. kerana aku tahu, dalam risalah hasan albanna, antara ciri2 pemuda adalah mempunyai semngat(khamasah) yang tinggi, maka aku harus kuat dengan semangat muda ku, terus melangkah mencari redhaMu dengan khamasah yang Engkau berikan..

>dan tidak lupa allah berfirman, surah albaqarah ayat 286

لَا يُكَلِّفُ اللَّهُ نَفْسًا إِلَّا وُسْعَهَا ۚ لَهَا مَا كَسَبَتْ وَعَلَيْهَا مَا اكْتَسَبَتْ
Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya

>nah apa lagi perlu engkau fikirkan, teruskan melangkah, genggam kata2 tuhanmu, sesungguhnya setiap daripada kita pasti diuji pokonya, adakah kita yakin pada ayat ni....
----keep moving bro------

nota tangan:
teringat enam persoalan imam alghazali, dan persoalan yang keempat adalah
, "Apa yang paling berat di dunia ini?". Ada yang menjawab baja, besi, dan gajah. Semua jawapan hampir benar, kata Imam Ghazali, tapi yang paling berat adalah "memegang AMANAH" (Al Ahzab 72). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka untuk menjadi kalifah (pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya sanggup mencabar permintaan Allah SWT, sehingga ramai dari manusia masuk ke neraka kerana ia tidak mampu memegang amanahnya.
semoga kita melaksanakan setiap tanggungjawab yang diberikan dengan sebaik mngkin...


AkU dAn pEmUdA KaHfI

secara ringkas surah alkahf diambil namanya sempena kisah peghuni gua yang beriman serta bergantung sepenuhnya pada allah. Surah ini juga menjelaskan tentang kekuasaan Allah pada hambaNya yang beriman. Secara amnya iannya terbahagi kepada 4 kisah yang allah rangkumkan agarnya ianya menjadi satu motivasi/pengajaran bagi kita sebagai hamba yang sentiasa rindu kepadaNya.

Kisah pertama, ashabul kahfi yang mana ianya menekankan kisah sekumpulan sahabat yang melarikan diri ke gua kerana ingin menyelamatkan akidah daripada seorang raja yang kufur. Kisahnya diteruskan dengan Allah menidurkan mereka selama 350 tahun, yang mana di sini Allah menegur Rasulullah agar mengucapkan INSYAALLAH setiap kali berjanji.

Jelas ketika aku menulis tentang surah ini, aku cemburu bangat sama pemuda kahfi. Manakan tidak, ramai diantara kita sering mengimpikan persahabatan seperti Rasulullah dan Abu Bakar, Nabi Musa dan Harun ataupun Salman Al-Farisi dan Abu Darda’, begitu juga dengan diriku. Aku merindukan dan mencemburui persahabatan seperti persahabatan pemuda kahfi kerana mereka hidup berkumpulan, bergerombolan meriah mencari redha Tuhan. Pastinya persahabatan mereka jauh sekali bersenggeta mahupun bermusuhan, jelas ini adalah satu pengajaran daripada Allah tentang peri pentingnya hidup tanpa bermusuhan.
konklusinya,IBRAH dari kisah ini yang ingin saya kongsikan adalah satu perkara yang sangat penting dlm menjaga iman kita yakni betapa pentingnya kita sentiasa berdampingan dengan mereka yang sentiasa dapat mengingatkan kita kepada Allah. Jelas kita ini seorang manusia yang sentiasa mempunyai iman yang berubah-rubah dek umpama Electro Cardiogram yang ada naik turunnya.

Mengambil ibrah yang kedua dr kisah ini, Allah merakamkan dalam quran, ketika mana mereka dalam keadaan yang gawat dan susah serta kelaparan, tetapi mereka masih berpesan kepada sahabat mereka yang ditugaskan ke kota mencari makanan itu supaya mencari dan memilih makanan yang bersih dan halal. Ini menandakan bahawa mereka adalah pemuda-pemuda yang bertakwa kepada Allah walaupun bagaimana situasinya.

Akhir sekali, saya berpesan pada diri saya dan kalian semua usahakanlah dalam mengekalkan keimanan itu, INGATLAH Allah sentiasa ada dalam mendengar keluhan kita, mendengar rintihan kita. Maka rintihlah, adulah, nagislah memohon berdoa kepada Rabb kita. Sesungguhnya berdoa itu senjata yang sangat hebat bagi individu muslim. Sekadar ingin berkongsi satu doa yang dirakamkan dalam surah kahf, ayat 10 yang boleh diamalkan:

 رَبَّنَا آتِنَا مِن لَّدُنكَ رَحْمَةً وَهَيِّئْ لَنَا مِنْ أَمْرِنَا رَشَدًا 
"Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu, dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan agama kami".

mohon dilihat terjemahan dan membaca surah alkahfi mudah-mudahan, kita sama2 mentadabbur kisah ini secara bersama...