Sunday, 7 September 2014

NaSiHaT ImAm SyAfIee


Beliau banyak meninggalkan kata-kata nasihat yang boleh dijadikan panduan kepada para pelajar. Antaranya ialah :

1. Imam al-Syafie pernah bersyair:

Aku mengadukan kepada Waki’ (guru beliau) tentang buruknya hafalan
Maka beliau membimbingku untuk meninggalkan perbuatan maksiat
Dan berkata, ‘Ketahuilah bahwa ilmu adalah cahaya
Dan cahaya Allah tidak diberikan kepada pelaku maksiat’

2.Beliau Berkata :

Barangsiapa ingin agar Allah membukakan hatinya atau meneranginya, maka dia harus meninggalkan pembicaraan yang tidak bermanfaat, meninggalkan dosa-dosa, menghindari perbuatan-perbuatan maksiat dan menyembunyikan amalan yang dikerjakan antara dia dan Allah. Jika dia mengerjakan hal tersebut, maka Allah akan membukakan ilmu baginya yang akan menyibukkan dia dari yang lainnya. Sesungguhnya dalam kematian terdapat perkara yang menyibukkan.”

Saturday, 19 April 2014

aKu bUkAn kEtUa??

memetik kata-kata Ustaz Hasan Al-banna rahimahumullah,

كونوا عبادا قبل ان تكونوا قوادا تصل بكم العبادة إلى أحسن القيادة

"jadilah kamu hamba sebelum kamu menjadi ketua, kerana ibadah itu akan membawa kamu kepada sebaik-baik kepimpinan..."

kata-kata ini cukup jelas memberi erti betapa beratnyer tugas seorang pemimpin. iyya!!PEMIMPIN itu bukannyer berarti perdana menteri, namun suami, ketua kelas, ketua department dan sebagainyer juga adalah pemimpin.

Benarin dong, barangsiapa yang tidak kuat dan tidak bersedia dengan mehnah dan tribulasi yang menanti sebagai pemimpin, amat mudah sekali untuk tersungkur gugur, terjatuh futur.

kerana itulah kita perlu menjadi seorang hamba, bukan hamba yang miskin, namun hamba kepada Rabbnya, kerana jika hubungan dengan Allah, 'thumb up' insyaallah hablun minannas juga selesai....
tugas pemimpin itu bukanlah mudah, lebih2 lagi dengan keadaan semasa kini yang makin menghimpit diri setiap pemuda dengan masalah atau fitnah akhir zaman, yang mana islam telah berjaya diabut dari jiwa pemuda kini....

baiklah teringat kata2 sheikh imam alghazali,

sesunggunya kejatuhan islam itu akan bermula dari atas, dan pembinaan itu akan bermula dari bawah..


maka tugas pemimpin itu adalah persis seperti yang dihabaq mai oleh hasan albanna,

"Andai diumpama Islam seperti sebuah bangunan usang yang hampir roboh, maka aku akan berjalan ke seluruh dunia bagi mencari jiwa-jiwa muda. Aku tidak ingin mengutip dengan ramainya bilangan mereka. Tetapi aku ingin hati-hati yang IKHLAS untuk membantu dan bersamaku membina kembali bangunan usang itu menjadi sebuah bangunan tersergam indah."

dan juga


أن النصر ليس بالعدد والعدَّة؛ إنما بقوَّة الإيمان والصبر والإخلاص

sesungguhnya kemenangan tidak dicapai dengan ramainya bilangan dan banyaknya persediaan, tetapi dengan kekuatan iman,kesabaran dan keikhlasan.

apa yang ditekankan disini yang perlu ada didalam jiwa setiap orang adalah keikhlasan, percayalah dengan jiwa yang ikhlas, dengan semangat yang tinggi pasti kita akan mampu menjadi seorang pengemudi yang baik.
kata Umar bin Hafiz hafizahullah.

 كَمْ مِنْ قَرِيبٍ بَعِيدٌ وَكَمْ مِنْ بَعِيدٍ قَرِيبٌ

Berapa ramai mereka yang (nampak seperti) dekat (pada tempat) tetapi hakikatnya jauh (pada rohani), dan berapa ramai mereka yang (nampak seperti) jauh tetapi hakikatnya dekat(pada rohani)

memikirkan akan kata2 ini, berapa ramai diantara kita yang yakin amalannyer itu akan membawa dia dekat kepada jannah?

NOTA BERSAMA

اللَّهُمَّ طَهِّرْ قَلْبِي مِنَ النِّفَاقِ
Ya Allah sucikanlah hatiku daripada nifaq,

وَعَمَلِي مِنَ الرِّيَاءِ
dan 'amalanku daripada riya',

وَلِسَانِي مِنَ الْكَذِبِ
dan lisanku daripada menipu,

وَعَيْنِي مِنَ الْخِيَانَةِ
dan mataku daripada khianat,

فَإِنَّكَ تَعْلَمُ خَائِنَةَ الأَعْيُنِ
maka sesungguhnya Awak mengetahui mata yang berkhianat,

وَمَا تُخْفِي الصُّدُورُ
dan apa yang saja yang disembunyikan dalam dada....

Monday, 7 April 2014

mAsA dAn kItA

Surah al-Asr

سورة العصر

بسم الله الرحمن الرحيم

وَالْعَصْرِ (1) إِنَّ الْإِنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ (2) إِلَّا الَّذِينَ آَمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ (3) 

Maksud : “Demi masa. Sesungguhya setiap manusia benar-benar berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman, melakukan amal soleh dan saling nasihat-menasohati untuk (menegakkan) yang haq, serta nasihat-menasihati untuk (berlaku) sabar.” (al-‘Ashr : 1-3).

Tafsir ayat

Al-asr membawa maksud zaman atau masa. Dan dalam masa setiap makhluk ciptaan Allah pasti akan mengalami perubahan dari susah ke senang dari muda ke tua dan lain-lain lagi. Allah s.w.t berfirman bahawa Sesungguhya setiap manusia benar-benar berada dalam kerugian. Ayat ini tidak menunjukkan pengkhususan tetapi ianya berbentuk am. Ayat ini difahami dengan bahawa setiap manusia tidak kira lelaki atau perempuan, miskin atau kaya dan lain-lain lagi akan sentiasa mengalami kerugian. Allah s.w.t kemudiannya membuat pengecualian denagn berfirman Kecuali orang-orang yang beriman, melakukan amal soleh dan saling nasihat-menasihati untuk (menegakkan) yang haq, serta nasihat-menasihati untuk (berlaku) sabar.

Seseorang manusia akan tetap berada dalam kerugian kecuali mereka-mereka yang mempunyai 4 sifat berikut iaitu iman, amal soleh, nasihat menasihati untuk menegakan kebenaran dan nasihat menasihati untuk sentiasa berada dalam keadaan sabar.

a) Iman

Iman bererti percaya tanpa ragu. Iman secara istilahnya kita beriman kepada Allah, malaikatNya, KitabNya, RasulNya, Hari Akhirat dan Qadar (takdir) sama ada baik atau buruk.. Ini sebagaimana yang diriwayatkan daripada nabi apabila baginda ditanya oleh Jibril tentang iman kemudian nabi pun menjawab :

أن تؤمن بالله، وملائكته، وكتبه، ورسله، واليوم الاخر، وتؤمن بالقدر خيره وشره

Maksud : Engkau beriman kepada Allah, Malaikat, Kitab, Rasul, Hari Akhir dan qadar sama ada baik atau buruk (H/R Muslim)

Iman adalah ucapan dan perbuatan. Ucapan hati dan lisan, dan amal hati, lisan dan anggota tubuh, iman itu bertambah dengan taat dan berkurang dengan maksiat.

Beriman kepada Allah bermaksud mempercayai Allah adalah maha Esa tiada sekutu bagiNya. Dialah maha pencipta, pemberi rezeki, mematikan, menghidupkan serta pelbagai lagi sifat ketuhanan yang layak bagiNya.

b) amal soleh

beramal soleh adalah antara sifat yang dapat membebaskan seseorang daripada keadaan rugi. Amal tebahagi kepada dua iaitu amal jahat dan amal baik(soleh). Amal yang jahat adalah amal yang menyalahi perintah Allah s.w.t seperti berzina, tidak menutup aurat, meninggal solat dan banyak lagi. pelaku amal jahat jika tidak bertaubat sebelum mati akan mendapat seksa di neraka kelak. Orang yang melakukan amal jahat akan berkurang imannya. Amal yang baik ialah amal yang selari dengan perintah Allah seperti bersolat zakat puasa berbuat baik kepada ibu bapa, bersilaturahim, menuntut ilmu dan banyak lagi. pelaku amal yang baik akan mendapat balasan syurga. Sesuatu amal tidak dinamakan baik atau soleh jika tidak memenuhi dua syarat. Syarat pertama ialah ikhlas. Wajib ikhlas kerana Allah semasa beramal. Nabi s.a.w bersabda bahawa Allah s.w.t berfirman :

أنا أغنى الشركاء عن الشرك، من عمل عملاً أشرك فيه معي غيري تركته وشركه

Maksud : Aku adalah maha kaya dan tidak memerlukan sebaran sekutu, barang siapa yang menyekutukan Aku dalm amalannya aku tinggalkan dia dengan sekutunya

Walau macam manapun seseorang itu baik amalnya tetapi jika dilakukan dengan tidak ikhlas kerana Allah maka amal tersebut akan menjadi sia-sia.

Syarat yang kedua ialah melakukannnya sebagaimana yang diajarkan nabi s.a.w. nabi s.a.w bersabda :

من عمل عملاً ليس عليه أمرنا فهو رد

Maksud : barangsiapa yang beramal bukan mengikut amalan sebagaimana yang ditunjuk ajarkan oleh kami maka ianya tertolak (H/R Muslim)

Hadis ini pula mennjukkan bahawa wajib seorang muslim beramal sebagaimana yang diajarkan oleh nabi. jika seseorang ikhlas macam mana pun tetapi jika tidak mengikuti petunjuk yang telah ditetapkan maka amal tersebut juga akan tertolak.

Wajib bagi seorang muslim itu menyertakan niat Ikhlas kerana Allah dalam amalannya serta beramal sebagai mana yang diajarkan oleh Rasulullah barulah amalan tersebut menjadi amal yang soleh.

c) nasihat-menasihati dalam menegakkan kebenaran

hendaknya seseorang itu menasihati sahabat-sahabatnya yang lain jika dia melihat sahabatnya melakukan sesuatu perkara yang tidak baik. Ini adalah sifat orang-orang yang tidak rugi. Disamping mengingikan kebaikan untuk diri sendiri kta juga menginginkan kebaikan untuk saudara kita dan antara sarana yang dapat menghantarnya kepada kebaikan ialah dengan menasihati dia agar menjauhi perkara-perkara yang diharamkan Allah.

d) nasihat-menasihati untuk berlaku sabar

dalam kita menjalankan usaha untuk menjalankan peritah Allah, seorang pasti akan merasa berat dan lemah. Ini adalah lumrah maka tidak dapat tidak seorang muslim itu hendaknya saling memperkuat dan memperteguh antara satu sama lain dnegan saling nasihat menasihati untuk tetap sabar dalam menjalankan perintah Allah.

pengajaran

daripada surah al-asr kita dapat mengambil pelajaran bahawa semua manusia tanpa kecuali akan berada dalam kerugian kecuali mereka yang mempunyai 4 sifat dalam diri mereka. Sifat pertama ialah beriman, kedua beramal soleh, ketiga berdakwah dan keempat bersabar.

Imam syafie berkata :

لو لم ينزل الله على عباده حجة إلا هذه السورة لكفتهم

Maksud : Seandainya Allah hanya menurunkan surat ini saja sebagai hujjah buat makhlukNya, tanpa hujjah lain, sungguh telah cukup surat ini sebagai hujjah bagi mereka. (usul tsalasa, Muhammad at-Tamimi)

Maksud Imam syafie disini ialah seandainya tidak ada surah lain yang menjadi hujah atau peringatan bagi manusia agar sentiasa beriman, beramal soleh, berdakwah dan sabar maka surah ini sudah mencukupi sebagai peringatan dan dalil.

Sumber utama dalam agama

2 sumber utama agama yang wajib diagungkan oleh seorang muslim daripada perkataan manusia serta pandangan akal mereka ialah al-Quran dan as-Sunnah yang sahih.

Rujukan :

a) Tafsir juz amma, Syiekh Muhammad bin soleh al-Uthaimin
b) Syarah tsalasatul usul, Muhammad bin soleh al-Uthaimin

Tuesday, 1 April 2014

HeKzAm DaN MuRaBbI

sekadar share penulisan seorang murabbi kepada mutoraabbinyer....

Seperti biasa, apabila menjelangnya 'musim' peperiksaan, kita mestilah lebih mendekatkan diri kita kepada Allah. Jika sebelum ini kita jarang turun surau, mulai sekarang kita tanamkan azam untuk sentiasa berjemaah disurau. Perbanyakkan solat sunat dan berdoa kepada Allah, terutama di sepertiga malam yang terakhir, kerana waktu itulah doa-doa kita mudah untuk dimakbulkan Allah. Mohonlah keampunan, kejayaan dalam peperiksaan, dan tanamkan azam untuk menjadi lebih baik lagi dimasa akan datang.

Diberitakan oleh Abu Hurairah, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Allah turun ke langit dunia pada sepertiga yang akhir di setiap malam. Dia berfirman 'Barang siapa berdoa kepadaKu, akan Kuperkenankan doanya. Barang siapa meminta kepadaKu, akan Ku beri dia. Siapa yang minta ampun, akan Ku ampuninya."
-sahih riwayat Bukhari, bab Solat Tahajud-

Yang kedua, mohonlah keampunan dan doa daripada kedua ibu bapa kita. Bagi yang tinggal berdekatan, pulanglah sebentar, bagi yang jauh, telefonlah mereka. Tanyakan khabar, mohon kemaafan, dan ucapkan terima kasih kepada mereka. Sesungguhnya yang membantu kita untuk hidup dan berjaya hingga kini adalah atas usaha dan doa daripada ibu bapa kita juga. Pastikan kita sentiasa menjaga hubungan yang baik dengan mereka.

"Dan Kami perintahkan (wajibkan) manusia agar berbuat baik kepada kedua ibu bapanya. Ibunya telah mengandungkannya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyusukannya dalam tempoh dua tahun. Bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua orang tuamu. Hanya kepada Aku kamu dikembalikan"
-surah Luqman, 31:14- 

"Wahai orang-orang beriman! Mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat. Sungguh, Allah beserta dengan orang-orang yang sabar"
-surah Al-Baqarah, 2:153-hadapi ini mendapat rahmat dan keberkatan Allah.

Islam tidak terbatas dalam konteks ibadah sahaja, bahkan lebih luas dan menyeluruh dalam semua aspek kehidupan. Islam mengajar kita menjadi manusia yang terbaik, dari segi pemikiran, akhlak, sahsiah dan budaya kerja. Allah berfirman:

"Dan katakanlah, 'Bekerjalah kamu, maka Allah akan melihat pekerjaanmu, begitu juga RasulNya dan orang-orang Mukmin; dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) Yang Mengetahui yang ghaib dan yang nyata, lalu diberitakanNya kepada kamu apa yang telah kamu kerjakan."
-surah At-Taubah, 9:105-

"Bekerjalah", merupakan kata suruhan yang cukup jelas dalam menekankan kepentingan bekerja, termasuklah belajar dan menuntut ilmu. Jika difahami suruhan ini, Allah dengan jelas telah menolak sifat malas dalam diri seorang muslim. Maka menjadi kewajipan kepada kita untuk terus berusaha, untuk berjaya dalam kehidupan kita.

Setiap apa yang kita lakukan akan dihitung diakhirat kelak. Allah, rasulNya dan orang-orang beriman akan menjadi saksi atas setiap perlakuan kita didunia ini. Secara tidak langsung, ayat ini menekankan bahawa setiap perlakuan kita mestilah selari dengan perintah Allah, tidak melanggar apa yang dilarangNya.

"Katakanlah, 'Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan seluruh alam."
-surah Al-An'am, 6:162-

Sebagai pelajar, keikhlasan dalam menuntut ilmu sangatlah penting. Jika kita belajar untuk mencari keredhaan Allah, maka tidak perlu ada rasa takut, kecewa dan berputus asa walaupun sebesar mana kesulitan yang kita hadapi. Kita mesti yakin bahawa Allah pasti akan menolong kita, jika benar apa yang kita lakukan ini untuk keredhaanNya.

Istiqamah dan bersederhana dalam melakukan kebaikan adalah lebih baik dan dituntut. Begitu juga ketika kita mengulangkaji pelajaran. Tidak perlu kita memaksa diri belajar dari larut malam hingga ke pagi, tetapi aturlah masa agar ianya tidak mengganggu masa tidur dan membolehkan kita fokus keesokan harinya.

Aisyah r.a. pernah menceritakan kisah seorang wanita yang berlebih-lebihan dalam solatnya. Rasulullah bersabda:"Jangan begitu! Kerjakanlah sekadar mampu. Demi Allah, Dia tidak bosan memberikan pahala, sehingga kamu sendiri yang merasa bosan (mengamalkannya). Amal yang lebih disukai disisi Allah ialah amal yang dilakukan secara tetap dan teratur"
-sahih, riwayat Imam Bukhari- 

Dalam sebuah hadis qudsi, Rasulullah s.a.w. mengingatkan,
"Tuhan kalian berfirman: Wahai anak Adam (manusia sekalian)! Hendaklah kamu sibuk beribadah kepadaKu, nescaya Aku penuhi hatimu dengan rasa cukup dan Aku penuhi kedua-dua tanganmu dengan rezeki.

Wahai anak Adam! Janganlah kamu menjauhi dirimu daripadaKu, kerana tentu Aku penuhi hatimu dengan rasa serba tidak cukup dan Aku penuhi kedua-dua tanganmu dengan kesibukan."
-sahih, riwayat al-Hakim dan dipersetujui oleh al-Zahabi-

Belajar juga termasuk sebagai salah satu ibadah, apabila kita niatkan keranaNya. Jika kita belajar dengan sebenar-benar ikhlas kerana Allah, insyaAllah diri kita akan lebih dekat kepadaNya.


Wednesday, 26 March 2014

SinGa dAn aKu...

percutian yang memang tidak diduga, apatah lagi segalanya dirancang 2 minggu sebelum berangkat ke pulau singa. anyway, sebenarnya tujuan ke sana sebenarnya ingin mempelajari kehidupan islam disana. dan alhamdulillah salah satu perkara yang saya pelajari disana adalah bagaimana kehidupan masyarakat cina(buddha) disitu.

antara yang masih tergiang-giang didalam kotak pemikiran saya adalah ketika kawan2 non muslim ku yang mencari tempat lapang tuk saya menunaikan solat kerana disingapore bukan mudah nak mencari surau apatah ag masjid. first time, in my life, i have experience solat terbuka dihadapan public. Subhanallah, cuma Allah sahaja faham perasaan tu.

[masjid sultan singapore]

apabila first time menjejakkan kaki di masjid sultan, masjid yang tertua di bumi singa, hati ni sebak, pertamanya sangat sukar untuk saya mencari masjid disitu, dan kedua kerana walaupun jumlah masjid di singapore sangat sedikit namun jemaah yang hadir sungguh ramai. apatah lagi di malaysia, masjid terlalu banyak namun, berapa banyak yang dimakmurkan oleh masyarkat kita.

Allah subhaanahu wa ta’ala berfirman

إِنَّمَا يَعْمُرُ مَسَاجِدَ اللَّهِ مَنْ آمَنَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ وَأَقَامَ الصَّلَاةَ وَآتَى الزَّكَاةَ وَلَمْ يَخْشَ إِلَّا اللَّهَ ۖ فَعَسَىٰ أُولَٰئِكَ أَنْ يَكُونُوا مِنَ الْمُهْتَدِينَ
“Hanya yang memakmurkan masjid-masjid Allah ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan Hari akhir, serta tetap mendirikan shalat, menunaikan zakat dan tidak takut (kepada siapapun) selain kepada Allah, maka merekalah orang-orang yang diharapkan termasuk golongan orang-orang yang mendapat petunjuk” (QS. At Taubah: 18)

antara yang sempat aku lalui disitu adalah madrasah aljunaid, yang berhampiran dengan masjid sultan, melalui kawasan itu aku lihat cahaya islam disingapore. manakan tidak, selama beberapa hari, aku tinggal di kawasan fully chinese, bukan racist namun ketika disana, sangat sukar tuk aku bertemu dengan muslim. 



pada saat itu, aku terfikir, betapa cahaya islam di malaysia lebih kukuh namun perpecahan itu mula merekak di bumi malaysia. di peringkat IPTA, masing2 anak muda bergaduh dengan labellan, engkau GAMIS, engkau IKRAM, ISMA dan sebagainya. manakalah golongan atasan yang faham tentang islam sibuk dengan salafi, sufi, UMNO, PAS dan sebagainya. dimanakah kesatuan kita? dimana silapnya?


>selama sepenggal memang jawatan sebagai MEP, jelas cuma Allah sahaja tahu bagaimana hati ini cuba menyatu balik rekahan2 itu. manakan aku punyer kuasa untuk itu, aku hanya menyerahkan segalanya kepada yang Maha Bijaksana.

وَٱعۡتَصِمُواْ بِحَبۡلِ ٱللَّهِ جَمِيعً۬ا وَلَا تَفَرَّقُواْ‌ۚ وَٱذۡكُرُواْ نِعۡمَتَ ٱللَّهِ عَلَيۡكُمۡ إِذۡ كُنتُمۡ أَعۡدَآءً۬ فَأَلَّفَ بَيۡنَ قُلُوبِكُمۡ فَأَصۡبَحۡتُم بِنِعۡمَتِهِۦۤ إِخۡوَٲنً۬ا وَكُنتُمۡ

عَلَىٰ شَفَا حُفۡرَةٍ۬ مِّنَ ٱلنَّارِ فَأَنقَذَكُم مِّنۡہَا‌ۗ كَذَٲلِكَ يُبَيِّنُ ٱللَّهُ لَكُمۡ ءَايَـٰتِهِۦ لَعَلَّكُمۡ تَہۡتَدُونَ
“Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai berai, dan ingatlah akan nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (masa jahiliyah) bermusuh-musuhan, maka Allah mempersatukan hatimu, lalu menjadilah kamu karena nikmat Allah orang-orang yang bersaudara” 
[Ali-Imran ; 103]

sebenarnya diri ini ingin meneruskan perkongsian tentang percutian yang aku pelajari terutamnya tentang kisah islam disana namun, cukuplah disini sahaja. buat teman-temanku, aku ucapkan ribuan terima kasih atas nasihat kalian setiap kali aku dirundung kebingugan. kepada yang membaca, bersatulah...
sesungguhnya islam perlu bersatu. biarlah perbezaan manhaj dlm melakukan tugas suci dakwah namun tujuan dakwah kita sama yakni menegakkan islam. 

 dimana kah janji kalian dengan ungkapan ini?
 
Allahu ghayatuna!
Ar-Rasul qudwatuna!
Al-Quran dusturuna!
Al-Jihad sabiluna!
Al-Mautu fi sabilillah, asma amanina!

 ayuh sama2 kita muhasabahkan...
maaf tetiba emotional, moga2 kalian mengampuni saya sebagai pemimpin kalian buat setu penggal ni, banyak yang belum dilaksanakan, tp insyaallah saya akn cuba langsaikan...
insyaallah..
saya meminta maaf jika ada sebarang kesilapan yang pernah saya lakukan..
moga islam terus utuh dan bertambah baik di bumi KTDI....

Monday, 10 March 2014

Bainal Ams wal Yaum

hari ini, 4 tahun lepas, satu hari benar-benar mengingatkan akan apa itu erti perubahan. satu hari yang benar-benar membezakan aku di antara masa lepas & hari ini (Bainal Ams wal Yaum).
baiklah, coretan kali ini tidaklah bertujuan untuk menceritakan tentang diri sendiri namun sekadar satu perkongsian tentang erti perubahan dalam kehidupan.

Benar, idealnya kita mahu berubah kerana perubahan itu fitrah seorang manusia. namun adakah ianya secara drastik sepertimana perubahan  Saidina Umar al-Khattab daripada seorang penentang Islam yang tegar kepada pembela Islam yang menyerahkan dirinya untuk islam. Atau perubahan Mus'ab daripada seorang anak manja yang dipenuhi hidupnya dengan kemewahan dan kesenangan dunia kepada seorang pemuda zuhud yang syahid dengan hanya kain gamis sebagai pakaiannya. Subhanallah.

Tetapi hakikatnya setiap manusia punya kekuatan yang berbeza untuk berubah. Ada yang perlukan lebih masa dan tenaga untuk melakukan sesuatu perubahan. Dan yang lebih dikhuatiri adalah apabila seseorang itu berubah secara terlalu drastik, suatu hari apabila berlaku sesuatu yang tidak diingini, dia akan kembali kepada jurang dalam yang lama, malah jatuh lebih dalam lagi. Biarlah perubahan yang terjadi adalah perubahan yang berasaskan kefahaman dan perubahan yang konsisten.

Pokoknya, berubah. Dan istiqamah dengan perubahan itu.

Nabi SAW bersabda:

"Amalan yang paling disukai Allah adalah amalan yang dilakukan secara istiqamah (terus-menerus) walaupun ianya sedikit."
[Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim]


Sama ada kita sedar atau tidak sahaja. Setiap hari kita melalui fasa perubahan. Pokoknya, setiap saat dan ketika, kita tidak boleh lari daripada berubah. Kerana perubahan itu berkadar terus dengan masa, makanya, tidak berubah adalah sesuatu yang amat mustahil dilakukan.

Cuma persoalan yang lebih utama kini adalah, perubahan yang bagaimana yang kita mahukan..? Perubahan jenis apa yang mahu kita semaikan..?

Sudah tentulah perubahan yang positif. Perubahan yang baik lagi membaikkan. Dan perubahan yang mendekatkan lagi diri kita kepadaNya dan bukan semakin jauh daripada kasih sayangNya.

Dalam al-Quran Allah menceritakan bermacam-macam ayat tentang keampunanNya, tentang maghfirahNya yang tiada tolok bandingnya. Walau sebesar mana dosa kita, keampunan Allah itu tetap setia menanti buat mereka yang mencarinya.

"Dan bersegeralah kamu mencari keampunan dari Tuhanmu dan mendapatkan syurga seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertaqwa..."
[ali-Imraan, 3:133-134]

Allah itu baik kan...?

namun seringkali kita tidak bersangka baik dengan Allah..
seringkali kita hanyut dengan kehidupan kita, kita lupa akan perancangan Allah..
kita lupa akan detik-detik yang selalu hadir mengetuk-ngetuk pintu hati kita untuk berubah,

Namun.......

aaahhhh, sekiranya benar Allah tidak sayang kepada kita, andai benar Allah tidak peduli kepada kita, jika benar Allah tidak mengasihi dan ambil berat tentang kita, mengapa agaknya begitu banyak sekali di dalam alquran Allah mengajar kita bagaimana mahu menjadi orang-orang yang bertaqwa, bagaimana mahu menggapai redhaNya? Mengapa agaknya Allah begitu bersungguh-sungguh menurunkan firmanNya yang mulia, berkaitan dengan tips-tips dan cara untuk masuk sorga? Tidak cukup dengan itu, Dia hantar pula ar-Rasul SAW yang mulia lagi tercinta, untuk mengajar dan membimbing kita, supaya kita lebih dengan faham dengan tuntutan ayat-ayat chentaNya..?

Jika agama gagal menawarkan HARAPAN, ia bukan dari Tuhan.

MAKA, Kita hidup dengan harapan. Kita kuat dengan harapan. Dan kita bangkit dengan harapan. Dan Islam sememangnya menawarkan harapan. Allah sentiasa menawarkan harapan.

Namun kitalah yang seringkali menghancurkan dan menguburkan harapan. Kitalah yang seringkali menjadikan harapan itu tampak kelam dan tiada masa hadapan. Dan kita jugalah yang seringkali menjadikan harapan itu musuh kepada perubahan.

Mengapa kita perlu berubah..?

Kerana syurga itu hanya untuk orang-orang yang mengorbankan jiwa dan raganya demi agama yang tercinta. Kerana redha Allah itu hanya untuk orang yang bersungguh-sungguh mendambakan cintaNya. Dan kerana keselamatan dari azab neraka itu hanyalah untuk mereka yang benar-benar taat pada suruhanNya dan meninggalkan segala laranganNya.

Bagaimana mungkin kita mengecapi semua itu seandainya kita tidak mahu berubah..?

Iyyya, berubah itu susah. Tetapi perubahan itu perlu, dan perubahan itu perlu dilakukan sekarang.

Saya tutup penulisan kali ini dengan satu ayat quran dan hadith yang saya kira, cukup memberkas pada jiwa dan raga saya. Moga ia juga memberikan kesan yang sama kepada kalian semua.

انْفِرُوا خِفَافًا وَثِقَالًا وَجَاهِدُوا بِأَمْوَالِكُمْ وَأَنْفُسِكُمْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ ذَلِكُمْ خَيْرٌ لَكُمْ إِنْ كُنْتُمْ تَعْلَمُونَ
Pergilah kamu beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah), sama ada dengan keadaan ringan (dan mudah bergerak) ataupun dengan keadaan berat (disebabkan berbagai-bagai tanggungjawab); dan berjihadlah dengan harta benda dan jiwa kamu pada jalan Allah (untuk membela Islam). Yang demikian amatlah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui.
[surah attaubah ayat 41]

Dari Anas bin Malik r.a. berkata: "Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda,

"Allah SWT berfirman, 'Wahai anak Adam, sepanjang engkau memohon kepadaKu dan berharap kepadaKu, akan Aku ampuni apa yang telah kamu lakukan, Aku tidak peduli.

Wahai anak Adam, jika dosa-dosamu setinggi awan di langit kemudian engkau meminta ampunan kepadaKu, akan Aku ampuni.

Wahai anak Adam, sesungguhnya jika engkau datang kepadaKu membawa kesalahan sebesar dunia, kemudian engkau datang kepadaKu tanpa menyekutukan Aku dengan sesuatu pon, pasti Aku akan datang kepadamu dengan ampunan sebesar itu pula.'"

[Hadith riwayat Tirmidzi]

>>mengharapkan kalian semua mendoakan kepada mereka yang pergi mendahului kita, moga-moga mereka ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman...
dan buat kita semua, jika kita masih mempunyai ibu dan ayah berbaktilah, kerana tiada berguna menyesal dikemudian hari ketika ketiadaan mereka...

Tuesday, 28 January 2014

dUgAaN aNd hArApAn..

عَنْ أُمِّ سَلَمَةَ  أَنَّهَا قَالَتْ 
 سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ 
 يَقُولُ مَا مِنْ مُسْلِمٍ تُصِيبُهُ مُصِيبَةٌ فَيَقُولُ مَا أَمَرَهُ اللَّهُ
  إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ 
 اللَّهُمَّ أْجُرْنِي فِي مُصِيبَتِي
 وَأَخْلِفْ لِي خَيْرًا مِنْهَا إِلَّا أَخْلَفَ اللَّهُ لَهُ خَيْرًا مِنْهَا
 قَالَتْ فَلَمَّا مَاتَ أَبُو سَلَمَةَ 
قُلْتُ أَيُّ الْمُسْلِمِينَ خَيْرٌ مِنْ أَبِي سَلَمَةَ
  أَوَّلُ بَيْتٍ هَاجَرَ إِلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
 ثُمَّ إِنِّي قُلْتُهَا فَأَخْلَفَ اللَّهُ لِي رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
 قَالَتْ أَرْسَلَ إِلَيَّ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ 
حَاطِبَ بْنَ أَبِي بَلْتَعَةَ يَخْطُبُنِي لَهُ
 فَقُلْتُ إِنَّ لِي بِنْتًا وَأَنَا غَيُورٌ 
فَقَالَ أَمَّا ابْنَتُهَا فَنَدْعُو اللَّهَ أَنْ يُغْنِيَهَا عَنْهَا وَأَدْعُو اللَّهَ أَنْ يَذْهَبَ بِالْغَيْرَةِ

Dari Ummu Salamah sesungguhnya telah berkata

telah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Setiap orang Islam yang ditimpa musibah lalu dia mengucapkan
apa yang diperintahkan Allah iaitu
Sesungguhnya kami kepunyaan Allah dan sesungguhnya kami akan kembali kepada Allah
Ya Allah ! Berikanlah aku pahala kerana musibah yang kuderitai
dan gantikan yang lebih baik "
Nescaya Allah akan menggantikan dengan yang lebih baik"
Ummu Salamah berkata : "Setelah Abu Salamah (suaminya) meninggal dunia
saya mengatakan (dalam hati) siapakah orang-orang Islam yang lebih baik
dari Abu Salamah orang pertama yang hijrah bersama keluarganya
kerana (mematuhi) Rasulullah s.a.w. ?
Kemudian saya mengucapkannya sekali lagi. Lalu Allah menggantikannya
dengan Rasulullah s.a.w. . Rasulullah s.a.w. mengutu Hatib bin Abu Baita'ah
meminang saya untuk menjadi isteri beliau.
Saya menjawab, bahawa saya mempunyai seorang anak perempuan
dan saya seorang perempuan yang cemburu.
Beliau menjawab : "Adapun anak perempuannya. Kita doakan
supaya dicukupkan Allah keperluannya dan tidak tergantung keperluannya
kepada ibunya dan aku mendoakan supaya Allah menghilangkan cemburunyamya".
Hadis sahih riwayat Muslim

Huraian:
Seseorang itu hendaklah redha dan menerima hakikat bahawa setiap yang hidup itu akan mati. Dalam hal ini Rasulullah s.a.w. menganjurkan kita agar mengamalkan doa apabila ditimpa ujian berbentuk kematian dan sebagainya di mana doa itu hendaklah dibaca dengan penuh yakin supaya hati kembali menjadi tenang dan lapang. Kemungkinan dengan kesabaran itu, Allah SWT akan memberikan sesuatu ganjaran atau balasan yang lebih baik kerana segalanya adalah bergantung pada ketentuan dan kehendak Allah SWT.

Sunday, 26 January 2014

aLlAh Is nEaR...


عَنْ أَبِى هُرَيْرَةَ – رضى الله عنه – قَالَ قَالَ النَّبِىُّ – صلى الله عليه وسلم – « يَقُولُ اللَّهُ تَعَالَى أَنَا عِنْدَ ظَنِّ عَبْدِى بِى ، وَأَنَا مَعَهُ إِذَا ذَكَرَنِى ، فَإِنْ ذَكَرَنِى فِى نَفْسِهِ ذَكَرْتُهُ فِى نَفْسِى ، وَإِنْ ذَكَرَنِى فِى مَلأٍ ذَكَرْتُهُ فِى مَلأٍ خَيْرٍ مِنْهُمْ ، وَإِنْ تَقَرَّبَ إِلَىَّ بِشِبْرٍ تَقَرَّبْتُ إِلَيْهِ ذِرَاعًا ، وَإِنْ تَقَرَّبَ إِلَىَّ ذِرَاعًا تَقَرَّبْتُ إِلَيْهِ بَاعًا ، وَإِنْ أَتَانِى يَمْشِى أَتَيْتُهُ هَرْوَلَةً »

Dari Abu Hurairah –radhiyallahu ‘anhu-, ia berkata bahwa Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Allah Ta’ala berfirman: Aku sesuai persangkaan hamba-Ku. Aku bersamanya ketika ia mengingat-Ku. Jika ia mengingat-Ku saat bersendirian, Aku akan mengingatnya dalam diri-Ku. Jika ia mengingat-Ku di suatu kumpulan, Aku akan mengingatnya di kumpulan yang lebih baik daripada pada itu (kumpulan malaikat). Jika ia mendekat kepada-Ku sejengkal, Aku mendekat kepadanya sehasta. Jika ia mendekat kepada-Ku sehasta, Aku mendekat kepadanya sedepa. Jika ia datang kepada-Ku dengan berjalan (biasa), maka Aku mendatanginya dengan berjalan cepat.” (HR. Bukhari no. 6970 dan Muslim no. 2675).



Hadits ini mengajarkan untuk berhusnuzhon (berprasangka baik) pada Allah. Yaitu setiap hamba hendaklah 
berprasangka pada Allah bahwasanya Dia maha pengampun, begitu menyayangi hamba-Nya, maha menerima taubat, melipatgandakan ganjaran dan memberi pertolongan bagi orang beriman. Berhusnuzhon pada Allah di sini dibuktikan dengan seorang hamba punya rasa harap dan rajin memohon do’a pada Allah.

Di antara nama Allah adalah: Al Qoriib Al Mujiib (Maha Dekat lagi Maha Mengabulkan). maka apa lagi yang menghalangi kita dan taubah?

فَاسْتَغْفِرُوهُ ثُمَّ تُوبُوا إِلَيْهِ إِنَّ رَبِّي قَرِيبٌ مُجِيبٌ

“Karena itu mohonlah ampunan-Nya, kemudian bertobatlah kepada-Nya. Sesungguhnya Rabbmu amat dekat lagi memperkenankan (doa hamba-Nya)” (surah Hud: 61).

 Sifat Allah dekat sebagaimana sifat Allah lainnya. Semoga Allah memberikan kita taufik dan hidayah untuk semakin dekat dengan-Nya dan selalu mengingatNya di kala sendirian mahupun di kumpulan orang banyak.

Saturday, 25 January 2014

ChUbbY bAby..

the best ever teachers in the paediatrics posting is the cute and chubby baby.
disini, mereka mengajar akan erti tidak kenal putus asa, dan mereka mengajar apa itu erti usaha.
pemeriksaan development milestone, bukanlah hanya satu perkara untuk memenuhi salah satu komponen yang akan dinilai didalam short case namun jauh daripada itu...

jika dilihat pada pola cara mereka berjalan, mengikut kertas biru DA, mereka akan bermula dengan rolling to both way, before able to sit without support, able to walk with support and finally at the age of 15 months, baby yang comel ag montel dah mampu untuk berjalan dengan bebas meneroka duni yang fana ini...

arrgh sungguh indah baby2 ini, ketika inilah dia mengajar kita erti tidak kenal apa itu putus asa. selama 15bulan, setiap dugaan itu mematangkannyer. yang dia kenal hanyalah erti usaha dan tidak ada perkataan putus asa didalam peti mindanya...

aku terfikir, sekuat mana pun usaha kita kerahkan dan sekeras apa pun doa kita teriakkan, ingatlah putus asa akan menghancurkannyer..
dan INGATLAH, doa itu senjata terampuh orang mu'min tapi tanpa usaha, kita sebenarnya sedang menumpulkan senjata itu...

eeerrrrmmm, bagaimana dengan kita?

قُلْ يَا عِبَادِيَ الَّذِينَ أَسْرَفُوا عَلَىٰ أَنْفُسِهِمْ لَا تَقْنَطُوا مِنْ رَحْمَةِ اللَّهِ ۚ إِنَّ اللَّهَ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ جَمِيعًا ۚ إِنَّهُ هُوَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ
Katakanlah: "Hai hamba-hamba-Ku yang malampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. 
surah zumar ayat 53

berbalik pada soalan kedua, baby yang comel itu bukanlah disebabkan oleh pipinyer yang tembam dan kulit yang halus,namun jauh disudutnyer adalah disebabkan oleh dia terpelihara daripada dosa dan maksiat..

maka disini, dia mengajar kita erti ketampanan dan kecantikan. kecantikan yang hakiki bukanlah memakai 'tudung FAREEDA' atau bertudung hajimah, namun kecantikan itu adalah bergantung dengan diri sendiri yang dipanjarkan oleh iman kita...
the most important things is not the external beauty, but the one that coming out from the internal.

tulisan kali ini, adalah muhasabah dari seorang kanak2, yang sedang bertarung dengan penyakit leukemia, bukan satu yang ku jumpa yang ni yang kedua, moga2 apa yang mereka ajari kepada gua, akan ku manifestasikan didalam hidupku...
ingat USAHA, DOA dan TAWAKAL......
insyaallah, moga2 kita teruskan usaha,

BENAR, doa itu umpama pedang bagi seorang muslim, namun usahanyer telah betul2 menajamkan mata pedang itu? ataupun adakah si pemain pedang itu telah betul2 hebat bermain dengan pedang itu?
ayuh muhasabah..

وَإذَا سَأَلَكَ عِبَادِي عَنِّي فَإِنّي قَرِيْبٌ أُجِيبُ دَعْوَةَ الدَّاعِ إذَا دَعَانِ فَلْيَسْتَجِبُوا لِي وَلْيُؤْمِنُوا بِي لَعَلَّهُمْ يَرْشُدُونِ
Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu mendapat petunjuk (berada dalam kebenaran)
Surah Al Baqarah ayat 186






tEgUh aTaU rEsIgN??

bermulanya satu demi satu bebanan tugas yang terus bertambah, menyebabkan aku berfikir? adakah ini ujian? atau adakah ini satu dugaan?

aku tersedar dek teguran sang murabbi ku yang menyatakan ianya satu TARBIYAH indah yang Allah turunkan kepada hambaNya untuk menguji dan mematangkan kita...

bak katanya, tarbiyah itu terbahagi kepada dua yakni:

1)tarbiyah yang diperoleh daripada ilmu
2)tarbiyah yang diperoleh daripada sekeliling

>sungguh indah aturan allah dalam mendidik hamba2nya...

aku bukan lah cicakman mempunyai kuasa dek lidah yang panjang, dan aku bukanlah spiderman, mempunyai spider web dihujung tangannya...aku hanyalah manusia biasa yang tiada punya apa2 kuasa super saiya yang keempat yang istimewa....

aku cemburu sama saidina umar, aku cemburu dengan Muaz b. Jabal, Abu Ubaidah Al-Jarrah..
cukup kental jiwa mereka, jika dibandingkan insan yang dina ini...

teringat akan kisah ni, ayuh kita muhasabah daripada kisah ini...

Pernah sekali, ketika Saidina Umar dan sahabat-sahabat sedang duduk di dalam sebuah bilik, Saidina Umar bertanya, "impikanlah!".


Salah seorang sahabat berkata, "Aku impikan bilik ini dipenuhi dengan harta yang banyak, jadi aku boleh sedekahkannya ke jalan Allah."

Kemudian Saidina Umar berkata lagi, "Bermimpilah!"

Kemudian, seorang lagi sahabat berkata, "Aku impikan bilik ini dipenuhi dengan emas dan permata, jadi aku boleh sedekahkannya ke jalan Allah."

Saidina Umar berkata lagi, "Bermimpilah!"

Sahabat berkata, "Whaia Amirul Mukminin, kami tak tahu apa yang ingin diimpikan lagi. Engkau mahukan bilik ini dipenuhi dengan apa?"

Saidina Umar menjawab, "Aku impikan rumah ini dipenuhi dengan ‘rijal-rijal’ seperti Muaz b. Jabal, Abu Ubaidah Al-Jarrah, Salim hamba Huzaifah bin Al yaman...  untuk aku gunakan mereka untuk menegakkan kalimah Allah, supaya aku boleh hantar mereka ke jalan Allah”

عمر رضي الله عنه : أنه قال : لأصحابه : تمنوا فقال بعضهم : أتمنى لو أن هذه الدار مملوءة ذهبا أنفقه في سبيل الله و أتصدق و قال رجل : أتمنى لو أنها مملوءة زبرجدا و جوهرا فأنفقة في سبيل الله و أتصدق ثم قال عمر تمنوا فقالوا : ما ندري يا أمير المؤمنين فقال عمر : أتمنى لو أنها مملوءة رجالا مثل أبي عبيدة بن الجراح و معاذ بن جبل و سالم مولى أبي حذيفة و حذيفة بن اليمان.ما ندري يا أمير المؤمنين فقال عمر : أتمنى لو أنها مملوءة رجالا مثل أبي عبيدة بن الجراح و معاذ بن جبل و سالم مولى أبي حذيفة و حذيفة بن اليمان.

Status : Atsar sahabat, sanad hasan, disebut dalam tarikh


antara pengajaran yang boleh diambil adalah, hebatnyer mereka bukanlah kerana mereka anak didik GOKU, CICAKMAN dan sebagainyer, namun adalah betapa IKHLASnyer mereka dengan tanggungjawab mereka...

untuk renungan bersama, bak ustaz hasan albanna habak mai kat kita,


أن النصر ليس بالعدد والعدَّة؛ إنما بقوَّة الإيمان والصبر والإخلاص

sesungguhnya kemenangan tidak dicapai dengan ramainya bilangan dan banyaknya persediaan, tetapi dengan kekuatan iman,kesabaran dan keIKHLASan.

dan akhir sekali, memetik kata-kata Ustaz Hasan Al-banna rahimahumullah,

كونوا عبادا قبل ان تكونوا قوادا تصل بكم العبادة إلى أحسن القيادة

"jadilah kamu hamba sebelum kamu menjadi ketua, kerana ibadah itu akan membawa kamu kepada sebaik-baik kepimpinan..