سورة العصر
بسم الله الرحمن الرحيم
وَالْعَصْرِ (1) إِنَّ الْإِنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ (2) إِلَّا الَّذِينَ آَمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ (3)
Maksud : “Demi masa. Sesungguhya setiap manusia benar-benar berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman, melakukan amal soleh dan saling nasihat-menasohati untuk (menegakkan) yang haq, serta nasihat-menasihati untuk (berlaku) sabar.” (al-‘Ashr : 1-3).
Tafsir ayat
Al-asr membawa maksud zaman atau masa. Dan dalam masa setiap makhluk ciptaan Allah pasti akan mengalami perubahan dari susah ke senang dari muda ke tua dan lain-lain lagi. Allah s.w.t berfirman bahawa Sesungguhya setiap manusia benar-benar berada dalam kerugian. Ayat ini tidak menunjukkan pengkhususan tetapi ianya berbentuk am. Ayat ini difahami dengan bahawa setiap manusia tidak kira lelaki atau perempuan, miskin atau kaya dan lain-lain lagi akan sentiasa mengalami kerugian. Allah s.w.t kemudiannya membuat pengecualian denagn berfirman Kecuali orang-orang yang beriman, melakukan amal soleh dan saling nasihat-menasihati untuk (menegakkan) yang haq, serta nasihat-menasihati untuk (berlaku) sabar.
Seseorang manusia akan tetap berada dalam kerugian kecuali mereka-mereka yang mempunyai 4 sifat berikut iaitu iman, amal soleh, nasihat menasihati untuk menegakan kebenaran dan nasihat menasihati untuk sentiasa berada dalam keadaan sabar.
a) Iman
Iman bererti percaya tanpa ragu. Iman secara istilahnya kita beriman kepada Allah, malaikatNya, KitabNya, RasulNya, Hari Akhirat dan Qadar (takdir) sama ada baik atau buruk.. Ini sebagaimana yang diriwayatkan daripada nabi apabila baginda ditanya oleh Jibril tentang iman kemudian nabi pun menjawab :
أن تؤمن بالله، وملائكته، وكتبه، ورسله، واليوم الاخر، وتؤمن بالقدر خيره وشره
Maksud : Engkau beriman kepada Allah, Malaikat, Kitab, Rasul, Hari Akhir dan qadar sama ada baik atau buruk (H/R Muslim)
Iman adalah ucapan dan perbuatan. Ucapan hati dan lisan, dan amal hati, lisan dan anggota tubuh, iman itu bertambah dengan taat dan berkurang dengan maksiat.
Beriman kepada Allah bermaksud mempercayai Allah adalah maha Esa tiada sekutu bagiNya. Dialah maha pencipta, pemberi rezeki, mematikan, menghidupkan serta pelbagai lagi sifat ketuhanan yang layak bagiNya.
b) amal soleh
beramal soleh adalah antara sifat yang dapat membebaskan seseorang daripada keadaan rugi. Amal tebahagi kepada dua iaitu amal jahat dan amal baik(soleh). Amal yang jahat adalah amal yang menyalahi perintah Allah s.w.t seperti berzina, tidak menutup aurat, meninggal solat dan banyak lagi. pelaku amal jahat jika tidak bertaubat sebelum mati akan mendapat seksa di neraka kelak. Orang yang melakukan amal jahat akan berkurang imannya. Amal yang baik ialah amal yang selari dengan perintah Allah seperti bersolat zakat puasa berbuat baik kepada ibu bapa, bersilaturahim, menuntut ilmu dan banyak lagi. pelaku amal yang baik akan mendapat balasan syurga. Sesuatu amal tidak dinamakan baik atau soleh jika tidak memenuhi dua syarat. Syarat pertama ialah ikhlas. Wajib ikhlas kerana Allah semasa beramal. Nabi s.a.w bersabda bahawa Allah s.w.t berfirman :
أنا أغنى الشركاء عن الشرك، من عمل عملاً أشرك فيه معي غيري تركته وشركه
Maksud : Aku adalah maha kaya dan tidak memerlukan sebaran sekutu, barang siapa yang menyekutukan Aku dalm amalannya aku tinggalkan dia dengan sekutunya
Walau macam manapun seseorang itu baik amalnya tetapi jika dilakukan dengan tidak ikhlas kerana Allah maka amal tersebut akan menjadi sia-sia.
Syarat yang kedua ialah melakukannnya sebagaimana yang diajarkan nabi s.a.w. nabi s.a.w bersabda :
من عمل عملاً ليس عليه أمرنا فهو رد
Maksud : barangsiapa yang beramal bukan mengikut amalan sebagaimana yang ditunjuk ajarkan oleh kami maka ianya tertolak (H/R Muslim)
Hadis ini pula mennjukkan bahawa wajib seorang muslim beramal sebagaimana yang diajarkan oleh nabi. jika seseorang ikhlas macam mana pun tetapi jika tidak mengikuti petunjuk yang telah ditetapkan maka amal tersebut juga akan tertolak.
Wajib bagi seorang muslim itu menyertakan niat Ikhlas kerana Allah dalam amalannya serta beramal sebagai mana yang diajarkan oleh Rasulullah barulah amalan tersebut menjadi amal yang soleh.
c) nasihat-menasihati dalam menegakkan kebenaran
hendaknya seseorang itu menasihati sahabat-sahabatnya yang lain jika dia melihat sahabatnya melakukan sesuatu perkara yang tidak baik. Ini adalah sifat orang-orang yang tidak rugi. Disamping mengingikan kebaikan untuk diri sendiri kta juga menginginkan kebaikan untuk saudara kita dan antara sarana yang dapat menghantarnya kepada kebaikan ialah dengan menasihati dia agar menjauhi perkara-perkara yang diharamkan Allah.
d) nasihat-menasihati untuk berlaku sabar
dalam kita menjalankan usaha untuk menjalankan peritah Allah, seorang pasti akan merasa berat dan lemah. Ini adalah lumrah maka tidak dapat tidak seorang muslim itu hendaknya saling memperkuat dan memperteguh antara satu sama lain dnegan saling nasihat menasihati untuk tetap sabar dalam menjalankan perintah Allah.
pengajaran
daripada surah al-asr kita dapat mengambil pelajaran bahawa semua manusia tanpa kecuali akan berada dalam kerugian kecuali mereka yang mempunyai 4 sifat dalam diri mereka. Sifat pertama ialah beriman, kedua beramal soleh, ketiga berdakwah dan keempat bersabar.
Imam syafie berkata :
لو لم ينزل الله على عباده حجة إلا هذه السورة لكفتهم
Maksud : Seandainya Allah hanya menurunkan surat ini saja sebagai hujjah buat makhlukNya, tanpa hujjah lain, sungguh telah cukup surat ini sebagai hujjah bagi mereka. (usul tsalasa, Muhammad at-Tamimi)
Maksud Imam syafie disini ialah seandainya tidak ada surah lain yang menjadi hujah atau peringatan bagi manusia agar sentiasa beriman, beramal soleh, berdakwah dan sabar maka surah ini sudah mencukupi sebagai peringatan dan dalil.
Sumber utama dalam agama
2 sumber utama agama yang wajib diagungkan oleh seorang muslim daripada perkataan manusia serta pandangan akal mereka ialah al-Quran dan as-Sunnah yang sahih.
Rujukan :
a) Tafsir juz amma, Syiekh Muhammad bin soleh al-Uthaimin
b) Syarah tsalasatul usul, Muhammad bin soleh al-Uthaimin
No comments:
Post a Comment