Bismillahirrahmanirrahim
Alhamdulillah. Syukur ke hadratNya kerana saya masih lagi diberi kekuatan dan keizinan untuk menulis warkah seterusnya. Semoga kita semua berada dalam kemanisan iman hendaknya. InsyaAllah.
Kawan-kawan yang saya hormati dan kasihi sekalian, dah lama tak berceloteh dengan berkarya dalam buletin cer citer yang pastinya tidak berpunya copy right reserved. ini kerana bagi saya konsep yang perlu diguna pakai dalam menyampaikan ilmu adalah "sharing is helping". namun untuk warkah kali adalah bukan untuk bercerita mengenai perkara2 itu namun adalah untuk membincangkan topik 'TARBIYAH'.
Apa ke benda nyer tarbiyah ni?
Tarbiyah berasal dari bahasa Arab yang bererti pendidikan,
sedangkan orang yang mendidik dinamakan Murobbi.
TARBIYAH(sebuah proses pembentukan).....
nah ni secara mudah menjelaskan kepada kita makna tarbiyah tu sendiri.
suka saya ingin memberikan satu analogi agar kita sama2 mendidik diri kita mendekati PENCIPTA kita dan akhirnya mencapai cinta yang satu.
analogi yang ingin dibawa ialah diri kita ini umpama seni lukisan yag pastinya memerlukan kertas putih,berus, water colour serta air dalam penghasilan lukisan yang cantik. lukisan2 inilah yang melambangkan diri kita pada penghujungnya yakni kita hari penghisaban amalan kita.kawan2 yang saya hormati sekalian, sentiasalah berfikir bahawa diri kita ini umpama kertas putih yang bersih dan suci.kerana kita perlu sentiasa berfikiran positif terhadap diri kita. tanpa berfikiran positif, nescaya sukar bagi kita untuk melakukan transformasi ke arah yang lebih baik.
firman ALLAH dalam surah al-israa' ayat ke 25,
"Tuhan kamu lebih mengetahui akan apa yang ada pada hati kamu; kalaulah kamu orang-orang yang bertujuan baik mematuhi perintahNya, maka sesungguhnya dia adalah Maha Pengampun bagi orang-orang yang bertaubat."
sudah pasti dalam memulakan satu2 lukisan itu pastinya kita memerlukan BERUS. berus ini adalah semangat ingin tahu kita yakni semangat inkuiri yang menjadi tunjang dalam pembangunan tamadun renainsance di barat. jika kita mahu untuk berubah dengan mendidik diri kita, nescaya kita dapat lakukan. semuanya bergantung pada kita. sesungguhnya pilihan ini terdapat pada diri kita. kerana setiap perkara didatangkan dua pilihan yakni NAK atau TAK NAK....
seperti mana dalam firman ALLAH dalam surah Ar-Ra'd ayat ke 11,
"....Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri...."
serta dalam surah al-anfal ayat ke 53,
"yang demikian itu, ialah kerana sesungguhnya Allah tidak akan mengubah sesuatu nikmat yang telah dikurniakanNya kepada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan (ingatlah) sesungguhnya Allah Maha mendengar, lagi Maha Mengetahui."
manakala dalam penghasilan lukisan yang menarik,sudah pastinya kita memerlukan 'water colour' yang terbaik. oleh yang demikian, sudah pastinya dengan mencari ilmu2 dari buku-buku, orang yang berilmu serta berpandukan AL-quran dan hadis dapat me'warna'kan diri kita menjadi lebih cantik.orang-orang berilmu termasuklah ibu bapa kita atau mudahnya MUROBBI ini, insyaallah akan membantu kita dalam mendidik diri kita ke arah jalan yang benar.
tanpa air yang bersih serta jernih, kita tidak dapat mencairkan water colour tu sendiri, begitu juga kita dalam kehidupan ini, tanpa pemilihan seorang sahabat yang dapat membantu mendidik diri kita serta mengajak diri ke arah kebaikan nescaya kita akan sukar untuk mendekatkan diri kita pada agama kita.oleh yang demikian pilihlah kawan2 yang dapt membantu kita mendekatkan diri kita kepada ALLAH.
oleh yang demikian, dalam mendidik diri kita ini dalam menjadi seorang insan yang takut pada penciptaNYA, kita haruslah mendidik diri dalam segala aspek tanpa melupakan satu perkara.apa yang dikongsikan ini adalah untuk kita semua tidak kisahlah yang baru mendekati agama mahupun sudah lama mengenali agama ini, namun setiap insan memang perlu memnuhi 2 perkara ini yakni dinasihatkan dan memberi nasihat, namun barangkali kawan2 diluar sana mempunyai cara yang tersendiri dalam mendidik diri kita.
Tidak semua dari kita akan berjaya melalui proses-proses yang perlu dihadapi. Ada yang tertinggal, ada yang terlucut dan ada yang mengalah. Namun, ada juga yang sanggup dan bersabar dalam menghadapi proses-proses itu.
sebelum saya tinggalkan warkah saya pada kali ini, ingin saya kongsikan satu kata2 yang sempat saya baca dalam buku Manhaj Tarbiyah ‘indal Ikhwanul Muslimin,
“Cara ideal dalam berinteraksi dengan fitrah manusia, baik secara langsung melalui kata-kata maupun secara tidak langsung dalam bentuk keteladanan, sesuai dengan sistem dan peringkat khusus yang diyakini, untuk memproses perubahan dalam diri manusia menuju kondisi yang lebih baik”.
INGATLAH diri kita, takkan pernah sempurna. Tapi, masih ada ruang, untuk menyempurnakan diri kita ini.
Itu sahaja dapat saya tuliskan buat kawan2 saya yang diluar sana.
Doakanlah each other. Kerana doa itu, pengikat hati, paling mustajab.
sekian
No comments:
Post a Comment