Assalamualaikum, lama sudah tidak bermadah. insyaallah kali ini sekadar ingin berkongsi satu perkara yang sangat penting dlam kehidupan penulis ini.
Kawan2ku sekalian,
Saya pernah berada di dalam kegelapan itu. Malah saya pernah
merasakan suasana berada dalam lubang gelap yang paling dalam. Teringat 7 tahun
yang dahulu betapa aku dan kehidupanku sungguh berbeza. Alhamdulillah, kini aku
telah keluar. Belum, aku belum lagi berada di puncak kejayaan tertinggi. Tapi
cukup tinggi untuk saya memerhatikan ke bawah, betapa saya tidak mahu kembali
semula ke dalam kegelapan itu.
Ketika sedang menaip celoteh kali ini, aku teringat kata2
ni, “Jahiliyyah ni macam karat pada besi (Hati) jugalah. Lagi lama kita biarkan
ia, lagi tak peduli kita padanya, maka lagi berkaratlah ia. Semakin lama,
semakin sukar karat itu untuk ditanggalkan. Dan semakin lama, semakin tiada
nilai besi itu.”
Aku teringat, bagaimana selama hampir 4 tahun, aku mencari
tujuan hidupku, aku mencari kenapa aku diciptakan? Aku mencari kenapa aku perlu
melalui semua ini? pada saat tu, aku jauh didalam kegelapan jahiliah. Bile aku
mengenangkan perkara ni, aku sebak, sedih kerana waktu ni, sahabat2ku yang ku
kenali sekarang sedang tekun di sekolah agama, memepelajari agama, menguasai
bahasa arab, memahami sirah manakala aku di sekolah mubaligh kristian bahasa
asasnya inggeris dan kurangnya aku dlm mengenali islam. Manakan tidak, seminggu
hanya 2jam 40 minit masa yang diperuntukkan untuk islam, maka persoalan ini
wujud adakah aku islam pada ‘NAMA’ atau aku ni ISLAM yang menyerahkan diriku
kepada Rabbku?
4 tahun aku mencari islam, aku mula memasuki Asasi, aku
masih mencari. Dimanakah harus aku mulakan? Aku tidak punya sape2 untuk
membimbingku? Aku bingung? Aku teruskan pencarian ku… disini aku punyai kawan2 rummate
yang mmg tarbiyah sekolah agama. Ada
pernah aku diajak ke surau, namun hanyalah ajak2 ayam. Aku perlukan seorang
kawan yang membimbing aku secara istiqamah, aku tahu aku lemah, tapi aku
inginkan perubahan. Jiwaku tidak tenang.
Di kala ketika penghujung pengajian ku di asasi, aku
menerima satu berita kematian orang yang aku kasihi. Malam itu badanku
mengigil, aku blurr, aku tidak mampu membaca buku kerana keesokkan paginya aku
menghadapi peperiksaan akhir asasi, seolah2 satu kuasa menunjukkan sesuatu
buruk bakal berlaku. Aku menerima panggilan tentang berita kematian, jiwaku
sayu menerimanya, badanku kian bertambah mengigil, aku nyaris ilang focus, pagi
itu aku terpaksa ke dewan peperiksaan, aku perlu memberi tumpuan kepada paper
matematik kerana aku perlukan pointer 4.0, aku tidak ingin kecewakan ayah dan
ibuku, cukuplah apa yang aku lakukan di spm. Dikala ini, keinginan aku tentang islam
makin mendalam. Aku masih mencari namun persoalan sama, dimana harus aku
bermula? Aku perlukan pembimbing?aku perlukan MURABBI? Aku perlukan tarbiyah…
semua persolan ini menusuk dadaku.
Segala2nya berubah ketika aku di tahun satu ijazah sarjana
muda, hari pertama di menara gading kedua ku ramai mengenaliku. Pada saat
itulah, aku mula mengenali perkataan ‘USRAH’. Saat itu, aku dibimbing oleh
MURABBI ku sehingga kini, banyak yang ku pelajari bersamanya.
Ketika aku menaip kisah ini, aku teringat akan kisah
pembunuh yng membunuh 99 orang. Bagaimana dirinya itu mencari pintu taubat
sehingga sanggup merantau dari kampong ke kampong. Akhirnya dia bertemu dengan
seorang alim. Walaupun pemuda ini tidak berjaya sampai ke tempat yang dituju
dan meniggal di tengah perjalanan, namun atas rahmat allah dan usahanya, dia
memasuki syurga. >secara ringkas, dulu kita biasa dengar, Allah lihat akan
usahanya bukan hasilnya, dlm kisah ini, walaupun dia tidak berjaya sampai ke
tempat itu namun, usahanya untuk pergi ke tempat yang lebih baik dilihat oleh
ALLAH. Ingatlah setiap usaha yang kita lakukan ini tidak terlepas daripada
pandang Allah.(1)
>>aku menceritakan tentang kisah ini hanyalah sekadar
ingin berkongsi kepada kalian bahawa setiap manusia punyer masa lampau yang
bruk, kadang2 kita ini terlampau judgemental, kita suka kata, “hang beruntung
kerana keluarga hang baik, dia bagi asuhan agama, aku tak da sape2 nak bantu”.
Ya akhi, ya ukhti, saya pernah alami zaman jahiliah, dan saya sedaya upaya
menjauhkan diri dari kembali ke zaman jahiliah itu. Saya juga seperti kalian,
tidak sehebat mana masih mencari redhaNya. Dikala ini pun aku masih mencari. Ingatlah,
hebatnya seseorang itu bukanlah pada ilmunya, bukanlah juga baiknya akhlaknya,
tp ianya hanyalah salah satu wasilah drpd wasilah2 yang wujud dan ingatlah
mereka yang terbaik disisi Allah adalah mereka yang paling berTAQWA pada ALLAH.
>sebentar tadi
saya ada menyebutkan tentang ‘USRAH’, sekadar ingin berkongsi, usrah ini
bukanlah sesuatu yang wajib yang akan menyebabkan kita kembali pada ALLAH tapi
dgn usrah, kita da seorang pembimbing, seorang MURABBI, sahabat2 yang sama2
mencari islam. (insyaallah, selepas exam saya akan berikan sedikit perkongsian
tentang USRAH @BULATAN GEMBIRA yang saya lalui selama ini)
>> ingatlah ‘If u wait for the chaged, u actually wait
for urself’.. sampai bila kita perlu menunggu, dan ingatlah ‘The changed u make
today will influence the future’, pk kanlah tentang masa depan anak kita,
suami/isteri kita, kadang2 kita selalu memikirkn ingin mempunyai keluarga yang
bahagia, yang soleh, namun, ah, kita lupa pada diri sendiri. aku selalu
berpesan, jika kita inginkan sesuatu yang baik, pastikan ianya bermula dari
diri kita…
Kawan2ku sekalian,
Perkongsian ini saya berikan, adalah saya tahu ramai
diantara kita ingin berubah, dan ramai tercari2 perubahan, ingatlah, hidup ini
bagaikan sungai, terdapat banyak batu, banyak dugaan namun air tetap mengalir,
tetap dapat meneruskan perjuangan, begitu juga kita, bila kita ingin melakukan
perubahan pasti ada dugaan, pasti ada pancaroba, namun berdoalah pada Allah,
agar diberikan hidayah, rahmat Allah agar sentiasa mendapat hati yang mendapat
naungan allah yang sentiasa mengingati Allah.. ingatlah kita hanya manusia,
berdoalah pada Allah, itu adalah senjata kita…
Dah entah berapa kali akhirnya, tp ni akhir yang betul2,
teringat kisah seorang pelacur dan anjing, klu dilihat akan keduanya, kedua2nya
mendapat tmpt yang terendah dlm masyarakat, namun disebabkan murni jiwa sang
pelacur ini, menyebabkan Allah memasukkanya dlm syurga Allah, ingatlah diri
kita cukup hina, melainkan dengan RAHMAT ALLAH, maka carilah ia, mohonlah
kepada ALLAH, moga kita menjumpai diri kita insyaallah..
rujukan hadis..
Hadith ini diriwayatkan oleh Imam Muslim dalam Sahihnya pada
bab: Penerimaan Taubat Pembunuh:
عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ
أَنَّ نَبِيَّ اللَّهِ صَلَّى
اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ كَانَ فِيمَنْ
كَانَ قَبْلَكُمْ رَجُلٌ قَتَلَ تِسْعَةً
وَتِسْعِينَ نَفْسًا فَسَأَلَ عَنْ
أَعْلَمِ أَهْلِ الْأَرْضِ فَدُلَّ
عَلَى رَاهِبٍ فَأَتَاهُ فَقَالَ
إِنَّهُ قَتَلَ تِسْعَةً وَتِسْعِينَ
نَفْسًا فَهَلْ لَهُ مِنْ
تَوْبَةٍ فَقَالَ لَا فَقَتَلَهُ
فَكَمَّلَ بِهِ مِائَةً ثُمَّ
سَأَلَ عَنْ أَعْلَمِ أَهْلِ
الْأَرْضِ فَدُلَّ عَلَى رَجُلٍ
عَالِمٍ فَقَالَ إِنَّهُ قَتَلَ
مِائَةَ نَفْسٍ فَهَلْ لَهُ
مِنْ تَوْبَةٍ فَقَالَ نَعَمْ وَمَنْ
يَحُولُ بَيْنَهُ وَبَيْنَ التَّوْبَةِ انْطَلِقْ إِلَى أَرْضِ كَذَا
وَكَذَا فَإِنَّ بِهَا أُنَاسًا
يَعْبُدُونَ اللَّهَ فَاعْبُدْ اللَّهَ
مَعَهُمْ وَلَا تَرْجِعْ إِلَى
أَرْضِكَ فَإِنَّهَا أَرْضُ سَوْءٍ فَانْطَلَقَ
حَتَّى إِذَا نَصَفَ الطَّرِيقَ
أَتَاهُ الْمَوْتُ فَاخْتَصَمَتْ فِيهِ مَلَائِكَةُ الرَّحْمَةِ
وَمَلَائِكَةُ الْعَذَابِ فَقَالَتْ مَلَائِكَةُ الرَّحْمَةِ جَاءَ تَائِبًا مُقْبِلًا
بِقَلْبِهِ إِلَى اللَّهِ وَقَالَتْ
مَلَائِكَةُ الْعَذَابِ إِنَّهُ لَمْ يَعْمَلْ
خَيْرًا قَطُّ فَأَتَاهُمْ مَلَكٌ
فِي صُورَةِ آدَمِيٍّ فَجَعَلُوهُ
بَيْنَهُمْ فَقَالَ قِيسُوا مَا
بَيْنَ الْأَرْضَيْنِ فَإِلَى أَيَّتِهِمَا كَانَ
أَدْنَى فَهُوَ لَهُ فَقَاسُوهُ
فَوَجَدُوهُ أَدْنَى إِلَى الْأَرْضِ
الَّتِي أَرَادَ فَقَبَضَتْهُ مَلَائِكَةُ
الرَّحْمَةِ قَالَ قَتَادَةُ فَقَالَ
الْحَسَنُ ذُكِرَ لَنَا أَنَّهُ
لَمَّا أَتَاهُ الْمَوْتُ نَأَى
بِصَدْرِهِ
"Dari Abu Sa'id Al Khudri r.a., bahawasanya Nabi SAW
bersabda "Zaman dahulu ada seorang pembunuh yang telah membunuh sembilan
puluh sembilan orang. Lalu dia bertanya kepada penduduk negeri, "Siapa
ulama yang paling alim di negeri ini?" maka ditunjukkan orang seorang
rahib (pendeta). Lalu di datangi rahib itu seraya mengatakan bahawa dia telah
membunuh sembilan puluh sembilan orang. Kemudian dia bertanya apakah pintu
taubat masih terbuka baginya atau tidak? jawab Rahib: "Tidak!" maka
dibunuhnya rahib itu, dan genaplah pembunuhannya seratus orang.
Kemudian dia bertanya pula penduduk; "siapa ulama di
negeri ini?" maka ditunjukkan orang kepadanya seorang ulama yang alim. Dia
menceritakan kepada orang alim itu bahawa dia telah membunuh seratus orang.
kemudian bertanya apakah pintu taubat masih terbuka baginya atau tidak? Jawab
ulama, "Ya, selalu terbuka! Pintu taubat selamanya tidak pernah tertutup.
Siapa yang sanggup menutup pintu taubat bagi kamu? pergilah kamu ke negeri
begini begini, kerana di sana penduduknya menyembah Allah. Sembahlah Allah
bersama-sama dengan mereka dan jangan kembali lagi ke negeri kamu, kerana
negeri kamu telah rosak." Maka pergilah orang itu ke negeri yang ditunjuk
ulama.
Setengah perjalanan tiba-tiba orang itu meninggal. maka
bertengkarlah malaikat rahmat dengan malaikat 'Azab. Kata malaikat rahmat,
"orang ini telah taubat dan dia sedang menghadap dengan hati yang taubat
itu kepada Allah Ta'ala" Kata malaikat Azab, "Dia belum pernah
melakukan kebaikan sedikit jua pun." Tiba-tiba datang seorang malaikat
dengan rupa manusia, lalu dia berdiri di tengah-tengah mereka seraya berkata,
"ukurlah jarak kedua negeri itu, ke mana yang lebih dekat bawalah dia ke
situ." Setelah diukur ternyata yang lebih dekat ialah negeri yang
ditujunya. Maka dibawalah dia oleh malaikat rahmat."
suatu perkongsian dari yg jelas hati syeikh~
ReplyDelete