Tuesday, 21 May 2013

SaYoNaRa jAhILiYah..

BISMILLAHI RAHMANI RAHIM....

Assalamualaikum, lama sudah tidak bermadah. insyaallah kali ini sekadar ingin berkongsi satu perkara yang sangat penting dlam kehidupan penulis ini.

Kawan2ku sekalian,
Saya pernah berada di dalam kegelapan itu. Malah saya pernah merasakan suasana berada dalam lubang gelap yang paling dalam. Teringat 7 tahun yang dahulu betapa aku dan kehidupanku sungguh berbeza. Alhamdulillah, kini aku telah keluar. Belum, aku belum lagi berada di puncak kejayaan tertinggi. Tapi cukup tinggi untuk saya memerhatikan ke bawah, betapa saya tidak mahu kembali semula ke dalam kegelapan itu.
Ketika sedang menaip celoteh kali ini, aku teringat kata2 ni, “Jahiliyyah ni macam karat pada besi (Hati) jugalah. Lagi lama kita biarkan ia, lagi tak peduli kita padanya, maka lagi berkaratlah ia. Semakin lama, semakin sukar karat itu untuk ditanggalkan. Dan semakin lama, semakin tiada nilai besi itu.”

Aku teringat, bagaimana selama hampir 4 tahun, aku mencari tujuan hidupku, aku mencari kenapa aku diciptakan? Aku mencari kenapa aku perlu melalui semua ini? pada saat tu, aku jauh didalam kegelapan jahiliah. Bile aku mengenangkan perkara ni, aku sebak, sedih kerana waktu ni, sahabat2ku yang ku kenali sekarang sedang tekun di sekolah agama, memepelajari agama, menguasai bahasa arab, memahami sirah manakala aku di sekolah mubaligh kristian bahasa asasnya inggeris dan kurangnya aku dlm mengenali islam. Manakan tidak, seminggu hanya 2jam 40 minit masa yang diperuntukkan untuk islam, maka persoalan ini wujud adakah aku islam pada ‘NAMA’ atau aku ni ISLAM yang menyerahkan diriku kepada Rabbku?
4 tahun aku mencari islam, aku mula memasuki Asasi, aku masih mencari. Dimanakah harus aku mulakan? Aku tidak punya sape2 untuk membimbingku? Aku bingung? Aku teruskan pencarian ku… disini aku punyai kawan2 rummate yang mmg tarbiyah sekolah agama.  Ada pernah aku diajak ke surau, namun hanyalah ajak2 ayam. Aku perlukan seorang kawan yang membimbing aku secara istiqamah, aku tahu aku lemah, tapi aku inginkan perubahan. Jiwaku tidak tenang.

Di kala ketika penghujung pengajian ku di asasi, aku menerima satu berita kematian orang yang aku kasihi. Malam itu badanku mengigil, aku blurr, aku tidak mampu membaca buku kerana keesokkan paginya aku menghadapi peperiksaan akhir asasi, seolah2 satu kuasa menunjukkan sesuatu buruk bakal berlaku. Aku menerima panggilan tentang berita kematian, jiwaku sayu menerimanya, badanku kian bertambah mengigil, aku nyaris ilang focus, pagi itu aku terpaksa ke dewan peperiksaan, aku perlu memberi tumpuan kepada paper matematik kerana aku perlukan pointer 4.0, aku tidak ingin kecewakan ayah dan ibuku, cukuplah apa yang aku lakukan di spm. Dikala ini, keinginan aku tentang islam makin mendalam. Aku masih mencari namun persoalan sama, dimana harus aku bermula? Aku perlukan pembimbing?aku perlukan MURABBI? Aku perlukan tarbiyah… semua persolan ini menusuk dadaku.

Segala2nya berubah ketika aku di tahun satu ijazah sarjana muda, hari pertama di menara gading kedua ku ramai mengenaliku. Pada saat itulah, aku mula mengenali perkataan ‘USRAH’. Saat itu, aku dibimbing oleh MURABBI ku sehingga kini, banyak yang ku pelajari bersamanya.

Ketika aku menaip kisah ini, aku teringat akan kisah pembunuh yng membunuh 99 orang. Bagaimana dirinya itu mencari pintu taubat sehingga sanggup merantau dari kampong ke kampong. Akhirnya dia bertemu dengan seorang alim. Walaupun pemuda ini tidak berjaya sampai ke tempat yang dituju dan meniggal di tengah perjalanan, namun atas rahmat allah dan usahanya, dia memasuki syurga. >secara ringkas, dulu kita biasa dengar, Allah lihat akan usahanya bukan hasilnya, dlm kisah ini, walaupun dia tidak berjaya sampai ke tempat itu namun, usahanya untuk pergi ke tempat yang lebih baik dilihat oleh ALLAH. Ingatlah setiap usaha yang kita lakukan ini tidak terlepas daripada pandang Allah.(1)

>>aku menceritakan tentang kisah ini hanyalah sekadar ingin berkongsi kepada kalian bahawa setiap manusia punyer masa lampau yang bruk, kadang2 kita ini terlampau judgemental, kita suka kata, “hang beruntung kerana keluarga hang baik, dia bagi asuhan agama, aku tak da sape2 nak bantu”. Ya akhi, ya ukhti, saya pernah alami zaman jahiliah, dan saya sedaya upaya menjauhkan diri dari kembali ke zaman jahiliah itu. Saya juga seperti kalian, tidak sehebat mana masih mencari redhaNya. Dikala ini pun aku masih mencari. Ingatlah, hebatnya seseorang itu bukanlah pada ilmunya, bukanlah juga baiknya akhlaknya, tp ianya hanyalah salah satu wasilah drpd wasilah2 yang wujud dan ingatlah mereka yang terbaik disisi Allah adalah mereka yang paling berTAQWA pada ALLAH.

 >sebentar tadi saya ada menyebutkan tentang ‘USRAH’, sekadar ingin berkongsi, usrah ini bukanlah sesuatu yang wajib yang akan menyebabkan kita kembali pada ALLAH tapi dgn usrah, kita da seorang pembimbing, seorang MURABBI, sahabat2 yang sama2 mencari islam. (insyaallah, selepas exam saya akan berikan sedikit perkongsian tentang USRAH @BULATAN GEMBIRA yang saya lalui selama ini)
>> ingatlah ‘If u wait for the chaged, u actually wait for urself’.. sampai bila kita perlu menunggu, dan ingatlah ‘The changed u make today will influence the future’, pk kanlah tentang masa depan anak kita, suami/isteri kita, kadang2 kita selalu memikirkn ingin mempunyai keluarga yang bahagia, yang soleh, namun, ah, kita lupa pada diri sendiri. aku selalu berpesan, jika kita inginkan sesuatu yang baik, pastikan ianya bermula dari diri kita…

Kawan2ku sekalian,
Perkongsian ini saya berikan, adalah saya tahu ramai diantara kita ingin berubah, dan ramai tercari2 perubahan, ingatlah, hidup ini bagaikan sungai, terdapat banyak batu, banyak dugaan namun air tetap mengalir, tetap dapat meneruskan perjuangan, begitu juga kita, bila kita ingin melakukan perubahan pasti ada dugaan, pasti ada pancaroba, namun berdoalah pada Allah, agar diberikan hidayah, rahmat Allah agar sentiasa mendapat hati yang mendapat naungan allah yang sentiasa mengingati Allah.. ingatlah kita hanya manusia, berdoalah pada Allah, itu adalah senjata kita…

Dah entah berapa kali akhirnya, tp ni akhir yang betul2, teringat kisah seorang pelacur dan anjing, klu dilihat akan keduanya, kedua2nya mendapat tmpt yang terendah dlm masyarakat, namun disebabkan murni jiwa sang pelacur ini, menyebabkan Allah memasukkanya dlm syurga Allah, ingatlah diri kita cukup hina, melainkan dengan RAHMAT ALLAH, maka carilah ia, mohonlah kepada ALLAH, moga kita menjumpai diri kita insyaallah..

Ingatlah kenalilah Allah, pasti Allah mengenali kita, ingatlah Allah pasti ALLah ingat kita.. insyaallah untuk yang akan datang saya akan menceritakan bagaimana usrah mengubah kehidupan ku…perlukan doa kalian agar penulis dan kalian semua sentiasa dibawah rahmat ALLAH dan sentiasa mengingati Rabbnya...

rujukan hadis..


Hadith ini diriwayatkan oleh Imam Muslim dalam Sahihnya pada bab: Penerimaan Taubat Pembunuh:

عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ
أَنَّ نَبِيَّ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ كَانَ فِيمَنْ كَانَ قَبْلَكُمْ رَجُلٌ قَتَلَ تِسْعَةً وَتِسْعِينَ نَفْسًا فَسَأَلَ عَنْ أَعْلَمِ أَهْلِ الْأَرْضِ فَدُلَّ عَلَى رَاهِبٍ فَأَتَاهُ فَقَالَ إِنَّهُ قَتَلَ تِسْعَةً وَتِسْعِينَ نَفْسًا فَهَلْ لَهُ مِنْ تَوْبَةٍ فَقَالَ لَا فَقَتَلَهُ فَكَمَّلَ بِهِ مِائَةً ثُمَّ سَأَلَ عَنْ أَعْلَمِ أَهْلِ الْأَرْضِ فَدُلَّ عَلَى رَجُلٍ عَالِمٍ فَقَالَ إِنَّهُ قَتَلَ مِائَةَ نَفْسٍ فَهَلْ لَهُ مِنْ تَوْبَةٍ فَقَالَ نَعَمْ وَمَنْ يَحُولُ بَيْنَهُ وَبَيْنَ التَّوْبَةِ انْطَلِقْ إِلَى أَرْضِ كَذَا وَكَذَا فَإِنَّ بِهَا أُنَاسًا يَعْبُدُونَ اللَّهَ فَاعْبُدْ اللَّهَ مَعَهُمْ وَلَا تَرْجِعْ إِلَى أَرْضِكَ فَإِنَّهَا أَرْضُ سَوْءٍ فَانْطَلَقَ حَتَّى إِذَا نَصَفَ الطَّرِيقَ أَتَاهُ الْمَوْتُ فَاخْتَصَمَتْ فِيهِ مَلَائِكَةُ الرَّحْمَةِ وَمَلَائِكَةُ الْعَذَابِ فَقَالَتْ مَلَائِكَةُ الرَّحْمَةِ جَاءَ تَائِبًا مُقْبِلًا بِقَلْبِهِ إِلَى اللَّهِ وَقَالَتْ مَلَائِكَةُ الْعَذَابِ إِنَّهُ لَمْ يَعْمَلْ خَيْرًا قَطُّ فَأَتَاهُمْ مَلَكٌ فِي صُورَةِ آدَمِيٍّ فَجَعَلُوهُ بَيْنَهُمْ فَقَالَ قِيسُوا مَا بَيْنَ الْأَرْضَيْنِ فَإِلَى أَيَّتِهِمَا كَانَ أَدْنَى فَهُوَ لَهُ فَقَاسُوهُ فَوَجَدُوهُ أَدْنَى إِلَى الْأَرْضِ الَّتِي أَرَادَ فَقَبَضَتْهُ مَلَائِكَةُ الرَّحْمَةِ قَالَ قَتَادَةُ فَقَالَ الْحَسَنُ ذُكِرَ لَنَا أَنَّهُ لَمَّا أَتَاهُ الْمَوْتُ نَأَى بِصَدْرِهِ

"Dari Abu Sa'id Al Khudri r.a., bahawasanya Nabi SAW bersabda "Zaman dahulu ada seorang pembunuh yang telah membunuh sembilan puluh sembilan orang. Lalu dia bertanya kepada penduduk negeri, "Siapa ulama yang paling alim di negeri ini?" maka ditunjukkan orang seorang rahib (pendeta). Lalu di datangi rahib itu seraya mengatakan bahawa dia telah membunuh sembilan puluh sembilan orang. Kemudian dia bertanya apakah pintu taubat masih terbuka baginya atau tidak? jawab Rahib: "Tidak!" maka dibunuhnya rahib itu, dan genaplah pembunuhannya seratus orang.

Kemudian dia bertanya pula penduduk; "siapa ulama di negeri ini?" maka ditunjukkan orang kepadanya seorang ulama yang alim. Dia menceritakan kepada orang alim itu bahawa dia telah membunuh seratus orang. kemudian bertanya apakah pintu taubat masih terbuka baginya atau tidak? Jawab ulama, "Ya, selalu terbuka! Pintu taubat selamanya tidak pernah tertutup. Siapa yang sanggup menutup pintu taubat bagi kamu? pergilah kamu ke negeri begini begini, kerana di sana penduduknya menyembah Allah. Sembahlah Allah bersama-sama dengan mereka dan jangan kembali lagi ke negeri kamu, kerana negeri kamu telah rosak." Maka pergilah orang itu ke negeri yang ditunjuk ulama.

Setengah perjalanan tiba-tiba orang itu meninggal. maka bertengkarlah malaikat rahmat dengan malaikat 'Azab. Kata malaikat rahmat, "orang ini telah taubat dan dia sedang menghadap dengan hati yang taubat itu kepada Allah Ta'ala" Kata malaikat Azab, "Dia belum pernah melakukan kebaikan sedikit jua pun." Tiba-tiba datang seorang malaikat dengan rupa manusia, lalu dia berdiri di tengah-tengah mereka seraya berkata, "ukurlah jarak kedua negeri itu, ke mana yang lebih dekat bawalah dia ke situ." Setelah diukur ternyata yang lebih dekat ialah negeri yang ditujunya. Maka dibawalah dia oleh malaikat rahmat."



Tuesday, 7 May 2013

TaRbIyAh Itu UmPaMa DeTtoL


Bismillahirrahmanirrahim 

Alhamdulillah. Syukur ke hadratNya kerana saya masih lagi diberi kekuatan dan keizinan untuk menulis warkah seterusnya. Semoga kita semua berada dalam kemanisan iman hendaknya. InsyaAllah.

Kawan-kawan yang saya hormati dan kasihi sekalian, dah lama tak berceloteh dengan berkarya dalam buletin cer citer yang pastinya tidak berpunya copy right reserved. ini kerana bagi saya konsep yang perlu diguna pakai dalam menyampaikan ilmu adalah "sharing is helping". namun untuk warkah kali adalah bukan untuk bercerita mengenai perkara2 itu namun adalah untuk membincangkan topik 'TARBIYAH'.

Apa ke benda nyer tarbiyah ni? 
Tarbiyah berasal dari bahasa Arab yang bererti pendidikan,
sedangkan orang yang mendidik dinamakan Murobbi.
TARBIYAH(sebuah proses pembentukan).....
nah ni secara mudah menjelaskan kepada kita makna tarbiyah tu sendiri.
suka saya ingin memberikan satu analogi agar kita sama2 mendidik diri kita mendekati PENCIPTA kita dan akhirnya mencapai cinta yang satu.

analogi yang ingin dibawa ialah diri kita ini umpama seni lukisan yag pastinya memerlukan kertas putih,berus, water colour serta air dalam penghasilan lukisan yang cantik. lukisan2 inilah yang melambangkan diri kita pada penghujungnya yakni kita hari penghisaban amalan kita.kawan2 yang saya hormati sekalian, sentiasalah berfikir bahawa diri kita ini umpama kertas putih yang bersih dan suci.kerana kita perlu sentiasa berfikiran positif terhadap diri kita. tanpa berfikiran positif, nescaya sukar bagi kita untuk melakukan transformasi ke arah yang lebih baik.

firman ALLAH dalam surah al-israa' ayat ke 25,
"Tuhan kamu lebih mengetahui akan apa yang ada pada hati kamu; kalaulah kamu orang-orang yang bertujuan baik mematuhi perintahNya, maka sesungguhnya dia adalah Maha Pengampun bagi orang-orang yang bertaubat."

sudah pasti dalam memulakan satu2 lukisan itu pastinya kita memerlukan BERUS. berus ini adalah semangat ingin tahu kita yakni semangat inkuiri yang menjadi tunjang dalam pembangunan tamadun renainsance di barat. jika kita mahu untuk berubah dengan mendidik diri kita, nescaya kita dapat lakukan. semuanya bergantung pada kita. sesungguhnya pilihan ini terdapat pada diri kita. kerana setiap perkara didatangkan dua pilihan yakni NAK atau TAK NAK....

seperti mana dalam firman ALLAH dalam surah Ar-Ra'd ayat ke 11,
 "....Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri...."

serta dalam surah al-anfal ayat ke 53,
"yang demikian itu, ialah kerana sesungguhnya Allah tidak akan mengubah sesuatu nikmat yang telah dikurniakanNya kepada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan (ingatlah) sesungguhnya Allah Maha mendengar, lagi Maha Mengetahui."


 manakala dalam penghasilan lukisan yang menarik,sudah pastinya kita memerlukan 'water colour' yang terbaik. oleh yang demikian, sudah pastinya dengan mencari ilmu2 dari buku-buku, orang yang berilmu serta berpandukan AL-quran dan hadis dapat me'warna'kan diri kita menjadi lebih cantik.orang-orang berilmu termasuklah ibu bapa kita atau mudahnya MUROBBI ini, insyaallah akan membantu kita dalam mendidik diri kita ke arah jalan yang benar. 

tanpa air yang bersih serta jernih, kita tidak dapat mencairkan water colour tu sendiri, begitu juga kita dalam kehidupan ini, tanpa pemilihan seorang sahabat yang dapat membantu mendidik diri kita serta mengajak diri ke arah kebaikan nescaya kita akan sukar untuk mendekatkan diri kita pada agama kita.oleh yang demikian pilihlah kawan2 yang dapt membantu kita mendekatkan diri kita kepada ALLAH.

oleh yang demikian, dalam mendidik diri kita ini dalam menjadi seorang insan yang takut pada penciptaNYA, kita haruslah mendidik diri dalam segala aspek tanpa melupakan satu perkara.apa yang dikongsikan ini adalah untuk kita semua tidak kisahlah yang baru mendekati agama mahupun sudah lama mengenali agama ini, namun setiap insan memang perlu memnuhi 2 perkara ini yakni dinasihatkan dan memberi nasihat, namun barangkali kawan2 diluar sana mempunyai cara yang tersendiri dalam mendidik diri kita.

 Tidak semua dari kita akan berjaya melalui proses-proses yang perlu dihadapi. Ada yang tertinggal, ada yang terlucut dan ada yang mengalah. Namun, ada juga yang sanggup dan bersabar dalam menghadapi proses-proses itu.

sebelum saya tinggalkan warkah saya pada kali ini, ingin saya kongsikan satu kata2 yang sempat saya baca dalam  buku Manhaj Tarbiyah ‘indal Ikhwanul Muslimin,

“Cara ideal dalam berinteraksi dengan fitrah manusia, baik secara langsung melalui kata-kata maupun secara tidak langsung dalam bentuk keteladanan, sesuai dengan sistem dan peringkat khusus yang diyakini, untuk memproses perubahan dalam diri manusia menuju kondisi yang lebih baik”.


INGATLAH diri kita, takkan pernah sempurna. Tapi, masih ada ruang, untuk menyempurnakan diri kita ini.
Itu sahaja dapat saya tuliskan buat kawan2 saya yang diluar sana.
Doakanlah each other. Kerana doa itu, pengikat hati, paling mustajab.
sekian

PeMiKiRan KU tEnTanG KEhIdUpAn


assalamualaikum,bermulanya satu episod baru dlm hidup terlibat dgn blog tuk tujuan menulis warkah penyaji hidangan hati yang memang lapar dengan ilmu2 yang bermanfaat.maklumlah terlampau 'busy' dengan kehidupan sedia ada...namun berusaha menggunakan DeTtol tuk meng'tidakkan perkataan 'busy'.....warkah ni hanya lah santapan bagi jiwa ini dan sekadar perkongsian bagi jiwa2 yang kelaparan akan ilmu..

tertarik dengan kata2 seorang sahabat,
ketahuilah dalam diri seorang manusia terdapat tiga perkara yang sentiasa lapar dan mengingankan dirinya sentiasa dipenuhi...perkara itulah AKAL, HATI, dan PERUT.....

cuba kita berfikir sejenak setiap hari sebelum tidur sama ada perkara ni sentiasa diberi makan atau tidak. sudah pasti kita harus berbincang mengenai perut dahulu kerana perut ini tidak pernah kita lupa nak bagi makan, kalau tak, sudah pasti akan kita akan merana daripada penyakit gastritis atau peptic ulcer.....tp jangan pulak bg terlebey makan kerana boleh pulak menyebabkan kepada diabetes mellitus,hypertension mahupun atreosclerosis.....

dari segi akal pulak, sudahkan akal di hemisfera kiri dan kanan dipenuhkan dengan ilmu2 yang bermanfaat? jika cuma satu hemisfera dipenuhkan dengan ilmu, ianya tidak akan stabil ini yang menybabkan kekadang kita berasa pening....
malah ianya terjadi kepada insan yang hina ini....
oleh yang demikian penuhkanlah ilmu  duniawi dan akhirat bersama2 agar dapat melahirkan akal yang sihat dan sentiasa mengingati allah....
malah ingin memetik kata2  IMAM( lupa imam yang mana satu, sama ada AL GHAZALI atau yang lain), ilmu perubatan ini sendiri dapat mendekatkan diri kepada ALLAH. cuba kita kaji embryologi itu sendiri, bagimana first loops yang wujud dari shifting between bulbuscordis dan primitive ventricles dan second loops form from prmitive ventricles and primitive atrium....

 Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam bersabda,
طَلَبُ الْعِلْمِ فَرِيْضَةٌ عَلىَ كُلِّ مَسْلَمٍ

”Menuntut ilmu wajib bagi setiap muslim.”
(HR. Ibnu Majah nomor 224 dengan sanad shahih).

Imam Ahmad rahimahullah berkata,
يَجِبُ أَنْ يَطْلَبَ مِنَ الْعِلْمِ مَا يَقُوْمُ بِهِ دِيْنَهُ

”Seorang wajib menuntut ilmu yang bisa  membuat dirinya mampu menegakkan agama.” 
[Al Furu’ 1/525].

oleh yang demikian sama2 kita memenuhkan otak kiri dan otak kanan ini dengan ilmu-ilmu ALLAH, yang mana ilmu2 ini cuma umpama titisan air menitik diatas lautan.....
antara DOA yang boleh diamalkan dalam menuntut ilmu ini ialah dalam SURAH TAHA AYAT 114....

Dalam perkara hati pula, ingatlah ianya perlu sentiasa dijaga...
for example dalam perubatan, apa yang akan berlaku jika seseorang itu mempunyai liver CIRRhOSIS, there will be incerase in the oncotic pressure due to to a lot of causes for example due to increase in sytn=hesis in albumin...thus causing to ascites....disini jelas betapa masalah hati dalam kajian bidang perubatan ini sendiri dapat menyebabkan seluruh anggota menjadi bengkak...begitu juga jika kita tidak dapat menjaga hatii kita ini....
malah sungguh jelas ALLAH berfirman dalam SURAH AR-RA'D AYAT 28 dan SURAH TAHA AYAT 130 yang mana ALLAH menjelaskan dengan mengingati ALLAH sahajalah hati kita ini akan menjadi tenang...nah apa lagi perlu kita persoalkan dalam ayat suci ALLAH ini.... 
dan berasa malulah kita jika tidak bertasbih kepada ALLAH seperti mana ALLAH berfirman dalam SURAH AL-ISRA' AYAT 44 yang mana ALLAH menyatakan ......'dan tidak ada sesuatu pun  melainkan bertasbih dan memujiNYA'....TIDAK MALUKAH kita yang sekecilnya kuman malah sekecil lagi DAN HINA disisi ALLAH tidak berzikir memuji kebesaran ALLAH...
sama2lah kita berzikir dan mengingati ALLAH...malah dengan berzikir inilah kita dapat menghapuskan dosa kita yang tak terkira ini,sepertimana yang terdapat dalam kebanyakkan hadis....
banyak pulak wardah yang ditulis ini...

eeeerrrrmmmm, harap segala kesilapan yang dapat dilihat dalam coretan kali ini dapat diperbetulkan dan jika boleh teruslah menegur insan ini....dan saya harap  hamba ini bukan tergolong antara golongan yang menjual AYAT-AYAT ALLAH dengan murah dan lupa pada segala apa yang dicatatkan ini(2:44 dan 61:3)....
JZKK....IM08